Credit to Spineuniverse.com

Dah banyak hari aku duk sakit pinggang. Paling kritikal sebab hari Rabu hari tu pi KL balik hari sebab ziarah sedara laki aku mninggal dekat KL. Yala, sebab duduk dalam kereta ja dah berapa jam. Lepas tu pulak ada duk duduk kat lantai. Posturr badan pulak tak betui. Bila bangun tu Ya Allah... Rasa macam nak menangis weiii 😭😭😭 Allahu sakitnya.

Semalam bed rest pun macam tak bed rest kan. Biasa lah anak2 kecik memang la mcm tu. Sat2 nak makan la apa la. Laki pulak kena la pi tengok kerja kan semalam. Hari ni Jumaat baru berkesempatan untuk pi jumpa orthopaedic dekat Gleneagles Penang ni.

Lama dah sepatutnya pi jumpa doc kan. Tapi sebab takut punya psal. Bertahan ja. Seram bila baca pasal slip disc. Seram bila baca operation pasal slip disc and all that. Omaigod... Omaigod.. Takut nya πŸ˜…

Sampai ja dekat counter untuk registration outpatient tu miss tu Tanya nak jumpa doc mana.. Terus minta ortho yang tak ramai que patients dia. So dia miss tu bagi aku appointment untuk jumpa Dr Khoo ni.

Bila masuk jumpa Dr Khoo tu aku explain la bla bla bla. So dia minta aku baring untuk dia check dekat tempat dia sakit tu. Start dari tulang belakang sampai ke tulang dekat pinggang nak ke tulang ekoq tu. Adoiii.. Mengerang aku bila sampai dekat pinggang tu.

Lepas dia tekan2 tu dia cakap probably macam bukan slip disc. Sebab aku ada point dekat tempat tertentu aku sakit. Dia minta untuk tekan tempat yang sakit tu and suruh aku releks sebab dia nak bagi muscle aku releks. Sebab lani muscle aku yang sakit. Muscle spasm katanya. Ada dua points dia tekan tadi. Mula2 rasa macam nak terajang ja. Lepas tu Lama2 aku rasa muscle aku dah releks dah. Kiranya dekat dua points yang aku sakit tu. Dia tekan dekat tempat yang sama tu dalam 1 minit mcm tu la. Lepas ja tu, dia suruh aku bangun. And surprisingly aku dah tak rasa sakit hazab kebedah macam yang aku rasa sebelum2 ni.

Rasa macam ringan and free from pain gitu. And totally it works for me. So duduk la balik dekat kerusi tu and doc tu explain kat aku pasal muscle spasm ni. Kiranya aku lega la jugak sebab dia cakap simptom ni bukan simptom slip disc. If slip disc you akan sakit kaki and tak boleh brjalan dah. And you akan sakit dekat bahagian pinggul kiri kanan yang saya tekan tadi tu.

Dia ada Tanya gak aku amik ubat apa.. Aku just amik Panadol Extend for these few days so dia cakap aku dah extend kena makan Celebrex or Arcoxia dah. So he prescribed and asked me to buy at outside pharmacy. Dia kata kalau dekat sini mahal. Huwaaa... Sbijik macam Dr Cheah paeds anak2 aku. Kalau dah ada ubat tak prescribed dah ubat tu.

And Dr Khoo pun suggest aku untuk beli roller/massage ball untuk tekan point tu kalau your husband not around. He even show me how to use the ball and tekan macam mana. Siap suruh beli dekat Lazada ja. Hahhahaha. And satu lagi dia suggest untuk Guna yang patch panas yang selalu orang Guna untuk reduce inflammation dekat muscle. Ala yang jenis panas tu.

And dia cakap if tak OK gak after buat utk releks kan muscle tu... Then mai balik clinic dia.. Dia akan arrange for Xray or MRI. If not.. Then no need.

But Alhamdulillah at least his answer actually ease what I've been thinking this past few years. Takut oiiii. Semua takut. Takut nak jumpa doctor. Takut kalau betul slip disc.. Haihhh semua la. Baca plak risk operation slip disc semua tu lagi buat aku risau to the max.


Pic credit to above Web. 

Scary kot kalau betul benda ni. Ni kira kalau product ni.. Kira defect laπŸ˜…
Risk masa operation pun high jugak😬


Credit to Mr Google. 

Hat ni yang apa aku kena. 
Duduk serba tak kena. 

Ni antara apa yang aku cari kat YouTube macam mana nk reduce muscle spasms dekat lower back. 




So ni lani lepas ni kalau jadi lagi boleh la try ni and buat. 


Ni la roller ball untuk tekan dekat point yang sakit tu. Dr Khoo suruh beli kat Lazada ja. Huhu. Thanks Dr. 


Atau pun Guna heat patch macam ni untuk reduce pain. 

So lepas ni kena standby la heat patch lplllpp n}pppppp} Apapuni and beli roller ball tu untuk Guna bila muscle spasm menyerang. 

Apapun, Alhamdulillah la Harap2 la dengan apa yang Dr Khoo ni ajar aku. Aku tak payah la lagi nak tanggung sakit yang dasyat ni. Orang yang tak pernah kena mesti kata ala sakit pinggang ja pun... Aku pernah beberapa kali kena sampai tak boleh nak bangun dari katil. Terpaksa jatuh kan badan dekat lantai dri katil and bangun slow2 Sambil tahan sakit. Lepas tu duk pegang perabot habis sebab nak support punya la sakit time tu. Painkiller biasa tak Jalan time tu.. Memang suruh laki aku beli Arcoxia kat farmasi time tu. Dapat tu lega lah skit. Tapi yalah.. Sampai bila nak depends dengan ubat kuat macam tu. At least bila da tau alternative and punca tu lega la juga kan. One of the main reason aku pernah accident and jatuh from moto. So impact dia memang sampai sekarang kdang2 rasa mngilu dekat tulang pinggang tu kalau tengah baring then Aishah mai duduk ka. Ya Allah memang serius seram. Another thing is my weight la kan. Dah gemuk ni of course la it is one of the main reason kan. Baru ja nak IF dah kena sakit pinggang ni.. Tak berani la nak IF2 sangat ni sebab kena telan painkiller kan. Huhuhu. 

Another way nak kurang kan gejala sakit belakang sebab muscle spasm ni adalah dengan reduce weight la kan. Rasa macam nak kena puasa direct for the whole year kecuali time period ja kot baru la berat ni boleh kurang kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. And aku ada tnya gak any supplement u would like to suggest me to take. Dia cakap actually for this no supplement but u can take calcium pill to ensure ur bones are healthy. Tapi aku ingat dulu masa mngandung orang cakap kalau selalu cramp kaki sebab tak cukup calcium kan? So lepas ni marilah kita amalkan Ostematrix Shaklee balik ya. 

So for those yang suffering back pain or lower back pain yang terlampau teruk. Pergi pak check. Consult with the specialist. Jangan assume sakit hang sama dengan aku. You need the expert to examine you. Aku just cerita kan pengalaman aku ja. So for those yang ada sakit tu cepat2 la jumpa doctor. It will be easier to know the condition and to know how to overcome it in future rather than worrying like me before. Bongok betul la rasa. Huhuhu. 

Ni pun tadi lepas mandi I asked my husband to put some hot cream... I'm using Mustajab and then press at the points yang aku sakit tu. Sedap ja rasa lepas tu. Alhamdulillah sebab dah Dapat solutions sedikit sebanyak to overcome this problem. 

OK la.. Tu aja nak cerita. Tidur malam ni taj payah la nak amik painkiller sebab rasa way much more better than before kan. 


Ni la Dr Khoo yang rawat aku. Tenkiu Dr Khoo. Hampa orang Penang kalau sakit belakang ka sakit tulang belulang ka. Boleh la try pi kt Dr Khoo kat Gleneagles Penang ni. Kat Gleneagles Penang ada 8 orang Doctor Specialist dalam Orthopaedic ni siap ada sub specialist Masing2. 

Bye semua. Take care. 










SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Ayah Rawlins pun sama - pernah mengalami sakit belakang dan kemudiannya kaki dia sakit. Kemudian bila jumpa Doktor, diarahkan untuk bersenam dan menurunkan berat badan. Alhamdulilah, dah ok dah now.

    ReplyDelete
  2. Takut juga slip disc ni. Ramai kawan ada slip disc ni. Bolehla standby tiger balm patch ni

    ReplyDelete
  3. Wah ni la kalau dah jumpa doktor pakar. Sekali tekan je dah boleh hilang muscle pain tu. Bijakkkkk sangat. Tu la dia memang banyak experienced. Syukur la ada banyak jalan penyelesaian yang mudah.

    ReplyDelete
  4. Husband sy tulang bengkok. Asyik mengeluh sakit. Kesian juga. Kadang2 nampak dia macam susah nak bangun

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillahhh dah jumpa solution untuk kurangkan sakit belakang, pinggang kan. mesti rasa lega. moga sihat sokmo ! :D

    ReplyDelete
  6. teruk jugak bila kena muscle spasm ni. Kalau punca dia sebab berat badan, kena ambik pengajaran jugak ni haha beringat sebelum kena. Satgi dah kena mau teriak di bucu katil. Get well soon kak liaaaa

    ReplyDelete
  7. Laaa samalah kita. Sy selalu sakit belakang. Dekat area pinggang. Duduk lama sakit, berdiri lama sakit, kena baring jugak bru sakit tu kurang.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS