Haluuuu.. Hampa semuaaaa...
Disebabkan tengah bermalas-malasan di hotel.. Short getaway ja pun dekat Penang ni jugak Haa. So mari lah kita merajinkan diri untuk update blog ya.

Untuk kali ni nak story skit ya pasal product dari Mamonde.. Well known Korean beauty brand ya. Kat Malaysia rasa pernah nampak physical store dia kt dalam Parkson Gurney Plaza tu. Dekat yang kiosk2 tu. Sekarang ni not sure if still have or not la kan.

But kalau hampa nak senang, boleh la terjah dekat Althea Korea ja. One stop online for K beauty.



Apa yang best sangat dengan Mamonde Rose water gel cream ni?


*it claims to be suitable for all skin type.
* best for those having dry skin
* water based
*keep skin hydrated.
*calming irritation and inflamatory.
* rose smell
* using high quality Bulgarian Damask Rose.
* rich in hyaluronic acid and trehalose.

So what the keys ingredients actually do?

Bulgarian Damask Rose extract-has anti-inflamatory dat keeps skin hydrated and supple.

Hyaluronic acid- a humectant dat attract moisture to the skin and prevent dryness.

Trehalose - a moisturising agent that help bind water to the skin and prevent evaporation to keep the skin hydrated.

Best ke tak best dengan ingredients dia tu?

As for me... Aku memang gila sangat Menda2 yang boleh keep my skin hydrated ni. Yess kulit berminyak macam aku ni pun perlu ya pakai moisturiser sebab bila Muka aku ni tak ckup hydrated, makin galak la minyak duk keluaq untuk cover konon2 nya Muka aku tak cukup hydrated. Paham tak? Sebab tu la perlu ya pakai moisturiser cuma kena pandai cari yang sesuai untuk jenis kulit berminyak ni. For oily.. Memang kena cari yang jenis water based ya.

As for this Mamonde Rose Water Gel Cream ni, dia memang water based ya. So sesuai la utk oily skin kan.



Overall for me.. 

Best ka Mamonde Rose Water Gel Cream ni? At first upon application aku rasa a bit sticky to my face la. Maybe sebab terletak banyak kot. Maybe la. After da serap ke Muka, OK ja. Maybe sebab terletak lebih kot. It leaves my skin semi matte look. Kiranya kalau nak capai Korean glass skin look tu kira skit lagi la. Memang bagi aku.. OK la... Muka mmg rasa fresh lepas pakai ni... Lepas tu skin rasa toing2.

OK la.. Jom aku bagi details pasal product ni ok

Price
Rm70


Volume:
80ml


Where to purchase :


Will repurchase? 
Yes.. Why not.... 


Glass skin challenge. Using only skin care and lip balm. Jom kita sahut challenge glass skin look. 






SHARE 25 comments

Add your comment

  1. Menarik produk2 keluaran korea ni. Berbaloi beli. Tapi kena tengok sesuai dengan kulit kita atau tidak. Baru lah comey lotey 😬

    ReplyDelete
  2. wahh makin cantik kawan sis yg sorang ni tau! good for u alia.. suka kalau jumpa produk yg ok kan.. mcm best plak tgk tu haa

    ReplyDelete
  3. I have been using this brand for quite some time already… really like its good quality… plus do not feel that sticky on my skin, kinda refreshing…

    ReplyDelete
  4. suka tengok orang review mamonde ni sebab produk dia banyak bestttt lagi-lagi rose toner dia tu.

    ReplyDelete
  5. wow! this products looks so nice.. i like the rose rose water gel cream.. smelling rosy is very refreshing... hehehe~ and it looks so hydrating.. must be a great product..

    ReplyDelete
  6. bau dia okay tak? kadang de bau rose ni macam tak best sangat.

    ReplyDelete
  7. Wowwww makin cantiklah kawan kita sorang ni. Brand ni nampak menarik. Mesti best pakai sebab ada bau rose kan fresh je rasa.

    ReplyDelete
  8. Mamonde ni memang best dengan harga yang agak berpatutan ni pastinya jadi produk pilihan para pecinta skin ala k-pop ni kan

    ReplyDelete
  9. Banyak jugak ya barang atau produk dari Korea, ingat ke drama & dari segi dunia hiburan sahaja tpi produk kecantikan pun. Haha menarik. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  10. Wau.. Memang kebanyakan best sangat guna produk dari Korea. Nak pula beli dari althea website. Patut la muka nampak glowing tu

    ReplyDelete
  11. Korea pun ada produk sebegini. hehe. Maaf ye, Naim tak tahu. Yang pasti para wanita akan mencari selepas ini. Kalau best buat artikel result selepas menggunanya. hehe

    ReplyDelete
  12. Pernah tgok kat Althea tapi tak terbeli pulak..mayb sb harga kot. Tapi bila dh tgok Alia pakai..rasa mcm nak cuba pulak..:)

    ReplyDelete
  13. Seriously Alia, the product looks yummy! Macam nak makan. Hihi dah la rose. Ermmm wangi and sedapnya :D

    ReplyDelete
  14. Mcm2 produk kecantikkan ada dipasaran skrg...yg penting sesuai dgn kulit muka kita...boleh juga nanti bonda cuba produk ni...

    ReplyDelete
  15. Lama tak pakai produk Mamonde, rasa nak pakai balik la. Althea pun offer harga bagus, bolehlah consider beli ni. Suka sebab dia gel texture, sesuai untuk acne-prone skin jugak.

    ReplyDelete
  16. Kira macam mosturizer lah nie ya ? Baguslah mmg tengah cari pelembap utk kulit. Especially utk siku dan lutut. Sealu kering area situ. Nanti nak cuba pakai yg nie

    ReplyDelete
  17. muka kita pun jenis oily dan berminyak..yup memng pakai moisturizer jenis wter based..boleh cuba yang ni nanti lepas moisturizer kita habis..nampak best ni..

    ReplyDelete
  18. nampak menarik tapi kena tengok sesuai ke tidak untuk kulit masing-masingkan...tapi bole jer klu nak cuba sbb yang nie water based aje...thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  19. boleh dijadikan sebagai cream malam ni. sebab dia water based and basicly untuk buat kulit moist.

    ReplyDelete
  20. produk yang menarik.. tapi tahu dah mesti tak ngam dengan skin nisa, sebab nya nisa memang tak boleh go dengan apa apa produk yang ada rose water. tapi tu lah nisa sukaaa bau rose, wangi soft gitu

    ReplyDelete
  21. Geram je tengok texture gel tu. rasa macam nak makan je..

    ReplyDelete
  22. waterbase tak produk ni? tengok macam best je krim tu rasa boleh makan :) kalau waterbase bolehlah beli untuk wife nanti kan :)

    ReplyDelete
  23. Amboi tantiknya die!Kite pun glass skin tapi jenis berminyak wak.Gituhhh.Macam best je kan. Tekstur die nampak macam lilin pulak.hehehe

    ReplyDelete
  24. Produk mamonde pun salah satu fav Lia gak. sebab produk yang berkualiti dan wellknown. comel pulak warna tekstur dia tu

    ReplyDelete
  25. Kita pun ada ni! Serious best gila sbb rasa light atas kulit. Mamonde ni antara produk favourite kita jugak and kalau beli apa apa dari range dorg, tk pernah mengecewakan.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS