Aku ni bukan lah kategori menyimpan sangat tapi memang aku ada satu habit kumpul duit yang rare2 macam dulu simpan duit Lima kupang. Penuh 1 tin biskut Julie's tu. Tak ingat berapa tahun punya simpan. Rasa dari zaman belajar lagi. Last pi deposit kan dekat account maybank rasanya Dapat dekat RM800 kot. Sapa nak bagi kan.
Lepas tu masa kerja pulak, start dari awal tahun kumpul duit RM5 yang warna hijau tu untuk bagi duit raya. Kiranya by the time nak raya tu hanya perlu tukaq duit rm1 ja. Yang balance tak habis bagi duit raya tu continue simpan lagi.
Then tak silap dalam 2014 or 2015 aku start simpan note oren RM20 pulak. Kali ni memang aku target simpan setahun amacm tu Dapat berapa. By the time 2016 aku pi Perth aku Dapat kumpul rm1.2k kot... Dapat la shopping untuk diri sendiri dekat sana kan.
So balik cerita macam mana aku boleh kumpul banyak sangat note oren macam tu..
Masa nak pi Perth May tahun lepas dari Sept 2017 simpan not oren ni. Dapat la duit shopping guna duit ni dalam rm2.2k..tpi x semua guna.. Sebab dalam 1k cashkan and tukar ke AUD. Balance simpan duit dalam bank. Banyak shopping kt Perth guna debit card ja. So balik dari Perth simpan balik not oren ni... RM1.3K da cashkan untuk beli barang2 rumah kt Batu Kawan. Tak semua harapkan duit suami ya. π€ͺ
Sofa yang tengah tu and kerusi teloq putih tu Guna duit oren yang duk kumpul tu.
Ini pun Guna duit oren.
Peti sejuk ni pun sama. Kiranya nampak la Menda2 yang berfaedah jugak kan duit ni pi ke mana ye dak.
Ni balance ada lagi RM1140 dekat tangan. Serius guna method nekad tak guna duit oren ni memang pejam mata ja masuk tabung. Tengok2 dah banyak duit ni. Tak sedaq pun sebenaqnya. Ni duk simpan jugak not hijau.. Tapi asyik terguna ja.... Lagi best kalau withdraw duit kat Maybank rm400.. Duit oren keluar utk jumlah rm200πππ
Pejam mata la simpan dalam tabung oren noksπΆπΆπΆ
Ni method aku la simpan duit kt umah.. Cukup bulan 5 tahun ni after a year menyimpan lepas balik dari Perth thun lepas ada dekat tangan aku RM1380.
So total aku berjaya simpan Guna duit oren ni kalau tak Guna untuk beli barang guesthouse semua tu adalah dekat RM2700. wow... Impressive takkkk. Aku pun tak sangka aku boleh kumpui duit macam ni. Masa kerja makan gaji dulu teruknya nak Dapat simpan duit. Maybe sebab tak berkat kot pi reja asyik rasa stress tak boleh nak buat reja Elok2 kan. Rezeki asyik bocoq ja. Ni kira nak menjawab sekali la soalan kenapa aku takmau kerja dah. Rugi belajaq tinggi takpi takmau reja dah. Ni next time aku mencarut dekat post lain pulak OK.
Wahhh termelalut pulak cerita dia. OK la back to the topic again...as I start realising that buying and shopping is no longer a hobby for me. I stop buying shoes like I used to. Masa student tak ingat reja beli kasut ja. Rumah sewa penuh dengan kasut ja. Allahu... Membaziaq macam setan betul. Now i focus on quality first when buying something. I don't go for quantity like I used before. Budak2 kan.. Beli kasut Vincci sepuloh hingget pun dah seronok kan. Lepas tu beli 2 3 pasang pulak tu. 2 3bulan lepas tu barai. Lepas tu beli lagi Dan lagiiii. Ya lah student takkan nak beli kasut mahal2 kan. Start aku pregnant ke Adriana masa 3 months kot laki aku beli kan satu sandle scholl ni. Ya Allah.. Comfy gila. Punya la best sampai aku pakai kasut tu umoq Adriana nak masuk dekat 2 tahun kot dari dalam Perut aku pakai kasut tu sampai dia dua tahun boleh pakai lagi.
Untuk casual shoes aku ada beli satu flat ni dari Medifeet. Yang ni pun best gila OK. And masa nak raya 2015 kot aku beli wedges from Medifeet jugak. Ni pun comfy walaupun wedges tau.. Both still works well. So aku ada basically dalam 6 pasang kasut sahaja ya. 1 sneakers yang aku guna masa travel. 1 zumba sport shoes.. 2 wedges.. 1 flat... Memang minat aku ke arah nak beli kasut2 ni dah berlalu ya.
Sama juga macam handbag ka perabot ka... Kalau aku berkenan sangat aku akan peram dulu dalam wishlist aku. Macam hari tu beria2 aku nak beli perabot dari Kmart tau.. Memang dah gatai nak transfer dah. Aku drag dulu untuk bagi diri aku bertenang and pikiaq perlu ka.. Memang tak perlu la kan cita dia. Last2 terkubur macam tu ja. Selamat duit aku. Hahahhaha. Sama jugak kes macam handbag pun. Last2 raya beli handbag dekat Kaison sudehhh.
Beg tu beli kat kaison. Wedges tu beli dekat Scholl. Dua2 paw laki aku. Selamat duittt aku. Wedges tu beli sebelum puasa bila laki Tanya kenapa tak pakai.. Cakap nak pakai raya. Kikiki. Gila seppppp.
Beg kaison tu memang nampak plain je. Nak bagi lawa letak la tassel skit. Maka lawo lah Ia. Aku hampir2 nak beli MK dah hari tu before puasa. Nasib Allah bagi akal pikiran yang waras lagi. Kahkahhhhh.
Another tips lain macam mana nak simpan duit Dan Dapat duit lebih adalah dengan buat kerja tambahan. Macam aku yang work and stay at home mom ni.. Memang aku cari duit pocket aku sendiri dengan business. Walaupun income taklah kencang tapi Sambil2 jaga anak tu Dapat jugak duit pocket untuk aku kan. From blogging pun aku jana income jugak. Korang yang nampak iklan2 kat blog aku ni.. Jangan lupa tolong click tau. Ahaks... Jasamu dikenang.
So.. Hampa pulak macam mana cara hampa menyimpan duit hampa? Aku tahun ni punya note oren yang balance tak Guna untuk apa2 akan disimpan di dalam ASB memandangkan tahun ni and tahun depan kami tak plan nak travel naik kapai terbang ke mana2 lagi. Sob2. Tahun menyimpan duit uolls.
Jom.. Share pulak cara hampa macam mana hampa simpan duit and cara hampa untuk tak shopping sangat?
tengah berusaha buat, buat hijau and oren..kdg2 hujung bulan tarik jugak duit oren 1 @ 2 keping
ReplyDeleteit's hard to do it these days as I need to use money for certain things that I couldn't avoid, plus im not working and studying, that makes it even complicated but I did try.
ReplyDeleteHaaa...takde plak wat gini, nanti leh try ....hehe~
ReplyDeleteCara tak nak shopping sgt, jgn bukak website yang macam-macam barang....dan.... jangan selalu sangat gi shopping mall...huhu
duit oren mcm x mampu simpan la, alia :) ha ha ha ha...
ReplyDeletepengaliran nyer deras.
pendek kata, aida ni fail bab simpan duit berwarna gini.
pernah cuba, tapi tak boleh folo la. terpakai semula.
terpakai pun bukan sebab shopping, mostly sebab anak-anak or dapur.
maka, cara aida adalah simpanan terus masuk akaun. akaun khas, bukan akaun gaji.
tiap bulan, selain dari wajib byr bil dan savings yg wajib, aida mewajibkan juga diri sendiri simpan duit dlm akaun khas ni.
ada lah beberapa amaun wajib utk akaun khas tu, yg dilarang keras mengeluarkannya.
digunakan utk 3 tujuan khas iaitu - holiday, insuran pendidikan anak-anak (pay once a year), insuran kereta.
selain dari 3 tujuan tu, akaun tersebut tidak boleh di withdraw :)
so far, so good la, alia. gini aida dah buat for more than 3 years. alhamdulillah...