OK lah.. Kali ni nak cerita sikit pasal satu kedai yang menghidangkan makanan dari Barat iaitu Alfresco G Trattoria yang terletak di Gurney Paragon.

Sebenarnya ni pun kes terpengaruh tengok makanan yang junior aku Si Fatin upload. Time tu aku tengok dia punya squid ink risotto tu nampak sempoi dengan yolk bagai tu. Ampunnnn.. Tempting nya. Kiranya dari bulan posa la aku duk aimed kan.

Sekali last weekn kami lepak dekat Gurney Paragon. Kes tersalah beli tiket Toys Story 4. Hahhahahah. Ingat dah keluaq. Sekali comin soon. Dah la hari Khamis wei tiket tu. Bongok satu hal lahhhh.

So dah Alang2 ada dekat Gurney Paragon ni kan teringat la si Alfresco ni. So apa lagi....

Kami pun order la pasta. So kat sini kalau order main course tu akan Dapat full access to salad, soft drinks all u can eat buffet access gitu. So macam OK jugak la deal dia kan.


Ni range menu dia. For me ada harga yang boleh diterima akal. Ada yang tak. Tapi considering u have access to all u can have Buffet spread tu kira OK la boleh laa. 


Ni for kids. Quite pricey. Selalu kalau makan dekat TGIF, Chilies or Italianese kids eat for free with adults meals kan. 


OK next kita pi dekat bahagia buffet dia tu..


Salad selections 


Soft drinks. Nasib ada ayaq kosong sama. 


OK lah. Kalau ada ank kecik.. Aku rasa tak payah la nak beli dekat meal. Merepek2 ja. Nanti tak habis. Ni Haa siap ada nugget bagai semua





Ni yg soup kt buffet tu. Mushroom soup.. OK la cuma kalau pekat lagi mesti sedap. 


Ni salad aku buh. Aku main taram ja letak. Turns out memang sedap gilos. 


Ni aku amik kat ecah. 

OK here comes the part makanan2 yang kami order. 


Ni seafood pasta suami aku order. Komen laki aku.. Tasteless... Rasa tomato semata. Konon2 Italian habis la kanπŸ™„
At least try la adapt skit taste bud orang malaysia kan. Lagi sakit hati bila sotong tu cuma part janggut jaπŸ™„πŸ™„πŸ™„



Ni Adriana punya. Sama jugak kes dia ngn laki aku. 



Ni yang aku order. Sedap juga. Dah lama cari carbonara mcm ni siap ada yolk gini kannn. 




Nyums sedap aku dengan ecah makan. Walaupun tak habis. Tapi luak la tak macam yang laki aku and anena makan. 




Ni pulak salmon yang aku order saja la sebab Adriana Aishah n aku memang suka salmon kan. Nampak ke tak salmon tu? Tak nampak kan. Dalam buku menu kemain dia punya presentation. Bila sampai aku tengok laki aku.. Dia tengok aku.. Apa ni.. Apa niii... Atas tu penuh dengan tomato paste... Which is totally turn off for me. Rasa tomato semata. Sayur yang kat bawah yang masak tu pun aku tak lalu nak rasa. Tengok pun tak selera wei. Serious cakap. Aku sampai kena buang tomato yang atas tu untuk rasa salmon tu. Salmon pun overcooked. Adoiii stress. Bayar mahal OK untuk makanan2 ni. Kenapa la rasa tasteless macam gini. Baik aku grill sendiri and buat kt umah. Lagi puas hati makan yang aku buat. 

Seriousss ahhh tak kena la dengan harga dia. Cuma carbonara dia ja lah yang aku boleh puji pun. Last2 pasta laki aku n Adriana dengan salmon tu kami minta tapau kan untuk bawak balik. Balik pun nak makan kat rumah alter dulu ikut taste bud kami. 


Yes betoi Anthony Bourdain.. Hang betoi.. Makan nasi ngn ikan goreng panas buh toyu ngan sambai belacan lagi sedap kannn. RIP Anthony Bourdain. 

Kalau ada yang Tanya kami nak repeat lagi ka lepas ni.. Maybe tak kot. πŸ˜…





SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Hahahaha sesuai sangat ayat anthony tu. First time tengok carbbonara ada yolk kat tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang2 sekali jumpa.. Tapi mat2 salleh byk gak buat mcm ni

      Delete
  2. the salad selectionsss *mata love love

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS