Serious bagi aku cantik sangat setup cafe ni betul-betul menghadap laut Dan laut sangat. Dah kompem2 la kalau nk buka puasa mesti tunggu sunset kan. Haa memang terus nampak kot dari sini. Lawoo nyaaa.
Tapi apapun kita cerita dulu lah ya pasal Buffet Ramadan dekat Golden Sands Resort ni ya. Hidangan yang disediakan memang bertepatan dengan tema. Memang kena dengan tekak kampung dot com my aku ni. Ada lemang la, ada hidangan ikan keli la, ayam pasu la, cendol, ikan masin, cencalok Dan macam-macam lagi. Teruja dak yang bertekak sama dengan aku ni? Sapa teruja kita geng.
Dan untuk bagi hampa semua meroyan lagi, silakan la dulu melayan gambar-gambar makanan yang disediakan di Golden Sands Resort by Shangri-la ni. Tolong lah jangan mncarut dekat aku bulan-bulan posa ni atas gambar-gambar yang mengundanggg perut berkeriuk2 ni.
Ikan keli kicap tu win sangat. Memang best n sedap. Boleh cilok idea utk menu berbuka. 🤪
Ketam cili.. Must try!
Noodles station
Pasemboq
Lemang, serunding, nasi beriyani n papadom
Sup gearbox pujaan hati.. Nyum2
Aneka buah-bahan and bubur kacang hijau.
Aneka pencuci mulut.
Tempting sangat tengok time-time posa ni kan.
Haihhhh. Sedapp
Adudu. Berkeroncong teruk perut aku ni.
Dekat luar pulak ada bakar-bakar. Kambing golek, ayam pasu Dan seafood bakar.
Feeling2 sangat kot tunggu berbuka Sambil layan pemandangan laut and pantai dekat luar tu. Ahhh cantiknyaaaa
Sesuai jugak kalau nak dating dengan yang tersayang kan.
Sambil-Sambil nak berbuka tu boleh bawak anak-anak Jalan dekat Garden dia yang lawa ni.
Anak-anak heppy dapat main dekat garden
And mama depa paling heppy dapat tengok sunset yang lawa gila ni.
Apapun memang enjoy habis la kalau Dapat berbuka puasa dekat sini dengan yang tersayang kan.
Untuk pengetahuan hampa harga Buffet Ramadan Di Golden Sands Resort by Shangri-la ni adalah Seperti yang tertera;
Buy 1 free 1 tu.,(kecuali Jumaat)
Kiranya hampa beli untuk diri hampa.. Laki hampa eats for free gitu. Lepas tu bayar untuk anak-anak yang umur 6 tahun ke atas for RM48. Below 6years eat for free. So why not rite?
For reservation:
Tel : 6048861911
Email: gsh@shangri-la.com
Add your comment