Kali ni nak cerita recent trip to Hatyai untuk Jalan-Jalan cari makan noks.
Kami pi ni pada hari Jumaat bersama an 26hb tak silap. And kami masuk ikut Wang Kelian, Perlis atau Wang Prachan di Thailand.
Untuk destinasi first kami adalah di Tanyong Po atau Tanjung Pauh kalau orang Melayu di Satun kata. Tanyong Po tu nama Siam dia.. Tanjung Pauh nama Melayu dia. Jangan tak tau yang Tanyong Po ni yang terletak di daerah Satun ni dulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu.. Sebab tu ada orang Melayu dekat sana yang masih fasih berbahasa Melayu. Bab bahasa dekat sini jangan risau.. Depa kebanyakkan yang Melayu memang boleh speaking Kodiang dengan hampa.
Okla cut the story short, kami sampai di Tanyong Poh agak lewat jugak.. Dalam pukul 4.30 nak ke 5 petang dah. Rasa macam puasa dah. Hazab kebedah tahan Perut dari Penang tak makan apa2. Practise posa konon2 nya. Gila berkeroncong Perut aku.....
Sampai saja kat Tanyong Po ni, terus order makanan tak ingat dunia OK. Order semua takmau kalah bhaiiii.
Meh la tengok kami makan apa kat Tanyong Poh tu...
Taraaaaa.. Meriah.. Kami 3 orang mak2 ja makan dekat pondok ni. Bapak2 orang 5 orang makan kena kongsi dengan anak2 yang takmau makan dengan mak2. Lega syukur anak2 nak bagi me time melantak tak hingattt.
The ketammmmmmm.
The sayoq campoqqq
The daging bakaq. Their own style. Different from Danok punya stail. But still taste good untuk stail dia tersendiri.
The udang lipanssss. My fav. Kalau letak ni dengan ketam. Aku akan belasah yang ni dulu. Kalau hampa tak pernah makan udang lipan ni silalah makan. Rasa dia macam ketam jugak. Manis isi dia pun macam ketam. Sebab tu aku suka serang yang ni dulu sebab lagi senang nak makan kan.
Siakap steam lemon. OK lah not bad. Tapi tak leh lawan steam lemon kak ton lagi. Makan steam lemon kak ton berasap otak2.
Udang rebuih ni cicah dengan pencicah dia tu yang masam2 pedas macam video ponen telen tu duk mncicah makan tu...
Nyummmsss. Habis ke mak2 3 orang makan ni. Jawapan dia tak habis. Kami pass over dekat Meja bapak-bapak orang yang serang makanan macam ikan piranha tu.
Kalau nak tau dari Tanyong Po ni boleh nampak Langkawi tau. And line celcom pun Dapat tau kat sini. Bukan roaming ya. Memang naik line celcom kat sini. Cuma ya call semua tak boleh buat la kan... Aku pernah cerita pasal cerita makan dekat Tanyong Po sebelum ni dekat SINI
Selesai ja makan di Tanyong Po ni kami cepat2 nak gerak ke Hatyai. Jarak dari Tanyong Po ke Hatyai lebih kurang dalam 110km..bersamaan plus minus 2hrs jugak la belum kira berhenti tanda tempat.. Kencing berak dsb.
Tak ingat masa dekat petrol pump mana ntah laki aku pass baton sruh aku drive pulakkkk. Aku baru feeling2 nak jadi mam besaq kt belakang. Deni tak bagi chance langsung lah. Lagi buat aku bara.. Dia bgi Time nak maghrib dia... Dia tak tau ka bini dia ni silau terukkkkk. Sakit hati jugak lah kan. Tapi selaku bini yang baik. Aku pun bwak ja lah.
Biasa time maghrib nak pi ke malam tu untuk orang yang silau memang akan masalah skit lah. Kena be extra careful lah. Actually kami laki bini dua2 silau teruk tapi dua2 duk perasan mata elok takmau pakai spec. Aku tak suka pakai spec sebab rimas. Lens? Lens lagi la tak boleh sebab silau kan. So mau takmau memang kena bawak kereta tu extra careful la kan. Nak pulak aku yang lead dekat depan.
Nak bawak kereta dekat Thailand ni tak la susah mana. Cuma macam aku cakap la kena extra careful. Kalau accident ka nanti kita yang akan kena teruk. Kalau compared susah tak bawak kereta dekat Thailand dengan Aussie... Aku rasa drive dekat Aussie lagi hazab kebedah...
Satu sebab Aussie tu merata ceruk pun ada camera.. Kt hutan pun nak ada camera.. Over speed limit amik la hang surat saman sampai Malaysia.. Dah la Jalan ceruk2 yang takdak orang yang straight ja tu speed limit 80km/hr...apoooo...aku reja duk pedo ja kaki aku dari over speed... Mngantuk takyah cita la kalau drive kat sana... Tapi dari kena saman. Baik lah melalak sorang2 drive dalam kereta macam orang gila... Kalau tak.. Kena saman.. Silakan bayaq la saman tu ya. Selagi tak bayaq saman selagi tu hang kena blacklist dari masuk Aussie.
Aku tak ingat dah sampai kt Hatyai and hotel tu pukui berapa. Tapi rasa ya dekat-dekat pukui 9 jugak la. 9 masa Malaysia.. 8 masa telennnnn.
Nanti bersambung aku cerita part Hotel dekat Hatyai pulak ya.
tengok menu2 makanan ni di masa sekarang tengahari ni sangatlah mencabar keimanan. hahahahha
ReplyDelete