Kadang-kadang bila masak ni rasa tak pedas pun tapi nanti bila laki hang da berpeluh sebaldi masa makan masakan hang.. Baru la hang sedaq ooo pedas lagi rupanya. Hahhahaha.
Tapi bila buat tak pedas nanti dia pulak tanya, eh kenapa you buat tak pedas kali ni. Eh aku kompius dah.. Dia yang ikut tekak aku ka.. Aku yang ikut tekak dia sekarang ni. Kahkah.
Hampa pernah dengan tak Saba Makerel? Kalau kat Malaysia ni Saba Makerel semuanya stok frozen let it go ja yang ada. Sama la macam Salmon gak. Tapi bezanya harga dia terlajak murah dari Salmon wei. Maybe sebab Salmon dimomokkan mempunya kandungan Omega 3 dia yang tinggi yada2 kan.
Tapi Saba Makerel tak kurang jugak khasiatnya wei. Orang Jepun dengan orang Korea depa prefer grill ja Saba Makerel ni. Aku bakaq pun suka.. Cicah dengan air asam. Walaweh. Buat masak kuah macam masak lemak cili padi dengan asam pedas pun suka wei.
Credit to above mentioned JustAsDelish. Bakar macam ni pun sedap uiii.
Untuk pengetahuan hampa, ikan mackerel ni tergolong dalam golongan ikan yang mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi mengatasi ikan salmon dan mempunyai makronutrient lain jugak seperti vitamin B12, vitamin D, selenium, niacin, fosforus dan lain-lain lagi. Kalau hampa nak tau, kandungan kolestrol dalam ikan mackerel jugak rendah ok. Kalau hampa nak tau kandungan EPA dalam mackerel ni adalah 3x ganda lebih tinggi dari salmon manakala kandungan DHA pulak 2x ganda lebih tinggi dari salmon.
Antara khasiat lain ikan mackerel adalah:
1. Membantu menurunkan tekanan darah.
2. Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.
3. Membantu melawan tekanan darah tinggi.
4. Menguatkan tulang
5. Sesuai sebagai diet untuk mengurangkan berat badan.
Haaa. Amcam? Kagum tak dengan ikan mackerel ni? Ikan mackerel ni kalau dekat Tesco ni murah ja pun. Biasa dalam RM3.90 macam tu ja. Tapi frozen la tapinya. But who cares kan?
Kalau sapa yang jenis tak kesah makan ikan frozen ni... Haa kita geng lah ya. Of course la rasa dia takkan sama lah dengan fresh dari lautan kan. Tapi kalau dah nak yg fresh dari lautan ni... Kau kena duk jepun la kalau nak makan fresh saba mackerel ni. Kahkah. Aku spesis tak kesah. Asal kata ikan.. Memang aku suka.
Kalau mak aku kat umah dia suka grilled ja. Aku semua suka. Setakat ni dah pernah cuba buat asam pedas melaka dengan saba mackerel ni. Sedap oi. Lemak2 itu pastu kuah masam2 manis. Ahh sedap ahh.
Untuk kali ni aku cuba pulak buat masak lemak cili padi ikan saba mackerel. Takut jugak kan tak sedap. Tapi aku belasah jugak la buat kan. Masak lemak cili padi ni pulak favourite aku kan. So memang padu la rasa dia.
Jom lah aku bagitau bahan-bahan dan cara-caranya dulu.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan saba mackerel (potong 3 bahagian)
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)
8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.)
3 senduk kecil Santan pekat.
Sekeping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan yang siap dipotong tiga.
2. Blend bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan bahan-bahan yang diblend tadi dan tambahkan air.
4. Masukkan asam keping, bagi yang takdak kunyit hidup macam aku.. Sila lah masukkan serbuk kunyit.
5. Bila dah start menggelegak boleh la masukkan ikan tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan santan dan perasakan. Kacau kuah tadi, jangan sampai pecah minyak. Nanti tak cantik la masak lemak tu.
7. Nak pekat, kacau la lama-lama skit sampai pekat ikut kepekatan yang korang prefer.
8. Dah capai kepekatan yang korang suka. Silalah tutup apinya dan hidangkan lauk korang tu.
Makan lauk ni dengan ulam timun dengan sambai belacan and nak lagi umph ada ikan masin memang terangkat lah. Anak menangis pun boleh buat pekak badak ja sambil menikmati hidangan nasik ni sampai tambah 3 kali.
Disclaimer : ini cara aku buat masak lemak cili padi tau. Mungkin tak ori macam org nismilan... Sebab aku orang KEDAH. kahkah.
Serius tau Mimi tak oernah makan ikan Saba Mackerel ni. Bila baca khasiat ikan Saba ni boleh tahan juga bagusnya kan. Eem nampak gaya kena try makan ikan Saba pulak sebab tngok resipi lemak Alia ni bikin terliur
ReplyDeleteWow...ikana saba mackerel ini nampak macam tenggiri kan? Wow....pakai bakar pun boleh? Tapi saya rasa kena masak dengan lemak lar lagi best.
ReplyDeleteEh! Nama dia ikan saba mackarel? Ok tak pernah dgr dan tk pernah tahu. Baru first time ni. Dan plg amazing is saba ni lagi bagus drp salmon tp harga murah? Ini sudah bagus! Byk gila khasiat dia. Tk pyh melorat dah nak kena beli salmon bagai. Semua ada dlm saba ni haa. Berlipat ganda lg. Huhu terbaiklah entry ni! Tp cx tak pernah lak jumpa ikan ni hahah. Amboi masak lemak tu! My favorite!
ReplyDeletethanks for the recepi! yes mackerel got their unique smell, so masak lemak would be best to cover it! but i think outside rarely use mackerel for masak lemak right.
ReplyDeleteWahh kira berjaya lah tu wat masak lemak cili api walau bulan org ns..tahniah..hehehe.
ReplyDeleteWoww ikan saba..mmg ikan saba ni kalau sis dpt yg grillnya mmg x pandang kiri kanan dah..sodap yg amat
macam tak pernah try lagi ikan saba makarel ni, harga dah tentulah mahalkan. Onie pun jenis tak makan pedas, certain menu ja onie makan pedas. :D
ReplyDeleteAlamak, kita ni tau ikan kembung, bawal, merah yang selalu nampak je..ikan saba lupa pulak macm mne..mungkin mak pernah masak, tapi sebb tau makan je..so tak ingat..ehehe..namapk sedap..ikan tak hancur ye bila msal lemak..
ReplyDeleteWah tak sangka ikan saba pun boleh buat menu masak lemak cili padi. Masa stay jepun dulu, aku beli borong saba ni, bakar and makan dgn budu kat sana. Maklumlah ikan ni murah gila, save bajet zaman bujang student..haha
ReplyDeleteWoooo look so delicious the fish and the gravt great to go along with rice..perfect for rainy day to warm the tummy...
ReplyDeleteWow... Never know mackerel can cook Lemak style... Always best known for grill...
ReplyDeleteThanks for the recipe!!!