Ok la kita bersambung terus la ya dari entry yang dulu k. Kalau ikut iti asal hari kedua nak ke Lancelin Sand Dunes dengan The Pinnacles tapi disebabkan hujan plan kami berubah. So kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Perth sahaja. Ya lah last time mai ke Perth banyak shoot keluar dari Perth sampai tak sempat pun nak jalan-jalan di Perth. Kali ni kita banyak main dekat Perth gitewwww haa.
So lepas ja breakfast dekat hotel (hotel sediakan simple breakfast macam bread & cereals), maka kami pun gerak la ke Fremantle or lebih dikenali sebagai Freo di kalangan Perth peeps. Fremantle ni adalah port atau pelabuhan terbesar di Western Australia. Dari Scarborough Beach ke Freo.tak jauh mana sebab dua-dua dekat tepi pantai ada la dalam 20minutes macam tu. So sepanjang dari Scarborough Beach to Freo, memang akan lalu coastal road. Aduhhhh cantik wei. Pagi-pagi dah nampak laut terbentang luas dan biru di depan mata. Tenang ja rasa!
Sampai ja di Freo kami terus ke E Shed untuk membeli souvenier apa yang patut kan. Kat sini ada 2 kedai souvenier, satu kedai Uncle Simon , Megabes satu lagi Aussin (owned by Indonesian). Korang compared sendiri la yang mana murah kan. Sebab ada sini murah..sana mahal skit. Tapi kedai Uncle Simon Megabes da tutup ya dekat Eshed, last bulan 5 hari tu diorang operate dekat Eshed and diorang fully operate dekat Fremantle Market. So korang kalau nak ke Megabes lepas ni boleh ja terus ke Fremantle Market. Open daily, tak macam kat Eshed ni hanya buka time weekend saja.
Ni souvenier yang aku beli untuk self reward. Pesan Uncle Simon dekat aku..buy something nice for yourself first. You yourself should get the reward first for your achievement to come all the way to other country. Dia pun ada cerita pasal masa dia start migrate ke Perth dulu. Memang inspiring la kan. Bestnya kalau dapat idea nak buat bisnes apa kat Perth tu kan.
Lepas ja setel shopping apa yang patut kat sini masing-masing perut dah lapar gila kan so kami pun terjah la untuk makan di sini. Jangan tak tau kat dalam ni ada HALAL food tau. Korang boleh makan kt kedai TEMASEK ni. Makanan sedap...food portion is quite big. Makan kenyang-kenyang senang nak jalan kan.
Then jalan-jalan sikit kat area Freo and terus ke Kaili's for their famous Fish N Chip. Makan ramai-ramai berebut-rebut sedap gilos kot lagi-lagi pulak sejuk-sejuk kat luar tum bit beware of seagull ok. Kalau korang biar makanan korang nanti habis la dia mai makan n hampa gigit jari la nanti kan.
Anak-anak dara we'ols.
Adudu sedapnya ingat balik. Yang prawn cocktail dia tu sedap gila kot.
Maktok dengan cucu-cucunya.
Jangan lupa mai makan Fish n Chip kat Freo ni na. Boleh pilih nak makan kt Cicerello or Kailis. Aku suka dua2. Hahahhah
The girls.
Time ni da start mendung. Right after that start hujan dah.
Lepas ja makan kat Kailis kami ingat nak tangkap la gambar kat area Freo dulu tapi sebabkan hujan kami pun ke next destination iaitu Watertown Factory Outlet. Gila kemain lagi second day duit da habis beli souvenier dengan shopping kat sini. Sampai lupa la nak bergambar dekat sini.
Tapi yang pasti murah gila la..mak aku beli kasut Adidas kt sini dalam $33 ja. Laki aku beli kasut New Balance pun $55 ja. Laki aku kan susah nak cari kasut kat Malaysia sebab kaki size orang2 Aussie sangat. Aku beli Levi's pun offer half price dari $60..so aku angkut yang half price dengan yang $60 tu satu...kat Malaysia nak dapat Levi's RM180 jangan harap la.
Hasil cekauan dia Fossil Outlet. Memang murah gila lah.
Ada juga beli tshirt Cotton On Kids dekat budak-bidak ni tapi tu la masa aku pi tu choice da tak banyak. Baik kat Design Village Outlet lagi banyak choice.
Lepas ja sesi menghabiskan duit di sini kami pun pi ke Kings Park untuk makan bekal makanan kami. Untuk bekal nya aku cuma masak sambal udang(paste sambal dah bawak dari Malaysia, udang size XXL beli di Spudshed malam sebelum tu 1kg $15), rebus telur dan sambal hijau mak aku dari sini qnd nasi of course la kan. Syahdu wei sejuk-sejuk makan menghadap pemandangan Perth CBD dari sini.
My bubbly daughter!
Bff goal. Berguling sakan mak2 budak kat padang ni. Adriana da macam nustan dah..berguling2 macam tenggiling pun ada dah. Mentang2 la hijauuuu and sejukkkk ja kannnn.. cuba kat Malaysia dia pun xkoserrr..
Mama with Anena n Nuna.
Bikoi sisterhood!
Adik beradik Bikoi.
Selesai bergolek-golek kat padang maka jom cari port nak makan pulak.
Sapa tengol Rahsia Hati Perempuan mesti perasan pondok ni ada masa part Mika kena tolak dengan Ari pakai wheelchair tu kan. Haa kat sini la kami berhenti makan and lepak sat.
Dari pondok tempat kami makan tu boleh nampak view-view ni.
Sebelum gelap.
Breathtaking Perth view.
View Perth CBD at night from Kings Park
Lepas makan kat sini and lepak2 and menikmati view dekat sini sat maka kami pun gerak la balik ke hotel untuk berehat. Esoknya nak meneruskan perjalanan jauh ke Busselton pulak.
Ok la stay tune naaa.
Untuk entry first day di perth boleh refer SINI, Travelog Perth (Western Australia) -Day 1
Untuk tempat-tempat Instagrammable di Perth Western Australia jangan lupa baca di SINI, instagrammable place wajib pi di Perth/ Western Australia