Hai seperti yang sedia maklum aku nak share skit few items yang aku rasa BERBALOI untuk hampa beli di Eco Shop.

Satu sebab murah, satu lagi sebab kualiti pun not bad la...why pay more if you can get cheaper price at the same quality kan? Why bother why bother 💁‍♂️💁‍♂️💁‍♂️

Laundary detergent

Masa viral kat Fb tu kan aku pun macam ok ke? Ya lah ada yang borong buat stock sampai 10 botol macam tu kan. Being me yang suka sceptical skit, ok la why not try amik DUA dulu tengok macam mana perginya detergent ni. It turns out walaweh...this detergents smell so good. Bau macam kita hantar pergi dobi tu ha. Kena pulak bila on dryer kan..bila baru keluar dari dryer tu bau semerbak la rumah aku! Best...definitely will buy in bulk after dis. GREEDY MODE ON! This one comes in 500ml size!


Air Freshner

Aku angkut 5 terus. Masa pi balik ISNIN tu dah lincin wei. Masa aku pi jumaat lepas pun tinggal nyawa-nyawa ikan. BAU BEST. tak macam some sesetengah air freshner yang murah tu bila kita beli tu bau dia nan hadooo sangat tu...dis one macam yang hang beli yang rm9.90 tu. Bapak ah dengan RM9.90 aku tambah sekupang lagi aku dapat natang ni lima ketoi!


Hanger / penyangkut baju

Bila mana kedai-kedai lain da jual hanger yang kualiti paling brengset tetapi di Eco Shop jual RM2 untuk jenis yang tebai dan pinky minky apa salahnya beli 2 set. Ye dak?


Decoration items

Eh murah kot. Ni pun aku tengah buat projek untuk balcony aku. Lagi la selagi boleh sep aku sep la. Hajeee gilaa la RM2 ja item2 cenggini. Seppp duit aku!


Set pinggan mangkuk melamine

Eh aku pernah tengok dekat Jusco / Parkson pinggan melamine corak-corak macam gini sekeping RM19 tau. Memang tak kuasa la aku nak beli pinggan melamine RM19...mcam gini RM2 takpe. Ni pun nak pakai buat pi picnic ka apa ka. Eh aku kan romantic..so harus la picnic2 dengan set pinggan mangkuk sweet sweet sawit sawit macam gini.


Wallpaper sticker

Ni yang aku beli ni ala-ala bohemian / morocco style punya sticker untuk biasa orang letak kat dapor buat ala-ala tiles. Yang ni 1 bungkus tu ada 4 keping "tiles"/ corak. So all together aku guna 10 bungkus. Well still consider cheaper using other wallpaper. This one dia punya ukuran 13cm×13cm. So kalau ada yang berminat nak beli, korang ukur la siap-siap and decide berapa bungkus nak kena beli,  nanti pi sana takda la termenung nak beli berapa set pulak kan. Bare in mind keadaan membeli belah di Eco Shop adalah sangat crowded dan korang perlu bersesak-sesak dalam tu especially weekend. That's aku prefer pi time weekdays. This is the best thing about bein a workin mom at home. Hahahah


Susu pekat/ susu sejat

Well well dua hingget ja kot. Tempat lain of course la mahal kan. Paling murah pun pernah jumpa RM2.60..well kalau 60cent tu kalau beli 5 ketul dah berapa boleh sep kan.. so why not rite?


Sebenarnya banyak lagi la menda-menda yang berbaloi untuk beli kat Eco Shop tu macam pasu pokok yang plastic tu RM2 /3 pcs. Frame comel-comel tapi kat tempat aku ni dah takda sebab orang da sapu dulu. Pasu tu pun aku tak beli sebab tu tak tangkap gambar sebabnya berlambak-lambak dah pasu kat rumah aku ni kenn.

Memang cerita dia kalau masuk Eco Shop ni kata nak beli 1 barang ja nanti hang membongak je lah. Semua nak beli dalam ni...sebab pikiaq ala..dua hingget je pun...sekali masa nak bayaq..tet2..tet...lima puluh hingget...nah padan muka...masuk Eco Shop ni jangan mimpi nak set cuma nak beli 5 barang ja...ada ja yang nak beli.tu belum lagi anak2 nak paw mainan la alat tulis la.. ehh lupa nak cakap pensil warna pun RM2 weiiii...😁😁😁




SHARE 17 comments

Add your comment

  1. ECO Bangi baru bukak dan dia punya besar tu ya Allah rambang mata. Set melamine dia takyah cakap lah banyak jenis dan cantik2. Lagi2 yang warna hitam geram jee tengok. Sebelum2 ni pernah p ECO kat segamat, muar dan kota tinggi tapi ECO kat Bangi lah paling besar sy rasa. Kak Alia p ECO kat mana yang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni Eco dekat Butterworth..ok la not bad.boleh than la..tpi agak sempit sebab kotak2 ktatas lantai tu kadang sepah2..org yg bwak ank dlm stroller mcm saya ni jadi payah skit la

      Delete
  2. Yang sabun tu memang wangi.. Peminat setia eco gak hahaha memang masuk sana rambang mata semua nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..pi sana ka duit mesti hbis.macam2 nanti nak beli.huhuhu

      Delete
  3. Betul..tak bergurau dia punya bersaka tu..konon masuk nak beli 2-3barang..tapi nanti keluar 3-4plastik.

    ReplyDelete
  4. Kat Shah Alam tak bukak bukak lagi Eco ni. Paling dekat dekat Klang dengan PJ tapi malas jugak nak ke sana. Tengah tunggu je bila diaorang nak bukak dekat Shah Alam. Yang sabun dengan air freshener tu memang dah target jugak nak beli

    ReplyDelete
  5. Hahaha setujuu.. kala masuk ekdai Eco ni.. konon bajet rm10 je nak beli barang.. last2 haaa.. kat kaunter time kira dah jadi ratus pun ada.. hahahaha.. bahana shopping di Eco.. so.. beringat la ye.. lain kali bawak rm10 je.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. murahnya air freshner tuuu? haha ainy tak pernah masuk eco shop, nanti bolehlah try. thank you ya for the info. sangat bermanfaat. 🤗

    ReplyDelete
  7. jem nak masuk kedai ECO ni wei, kalau kat Bangi berpusu-pusu orang cari parking yang beratur nak bayar pun ramai gak

    ReplyDelete
  8. aida sgt suka kedai gini. kat melaka takde kot eco shop berdekatan sini.
    ada satu kedai baru rm2. lom lagi pegi.
    baru seminggu buka nyer Lia. baca ni, membara semangat aida nak gi tau.
    terutama bab wallpaper tu :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  9. I always get my pens from eco shop. 10 good quality ball pens are just RM2. They write well and last long.

    ReplyDelete
  10. kawasan saya takde kedai eco cuma ada kedai mr diy je. teringin jugak nak beli barang comel comel ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 278

    ReplyDelete
  11. Wah ini seangkatan dengan mr diy ni. Tempat berhantu heehe nak beli sikit je tapi nanti terbeli lebih.

    ReplyDelete
  12. Nasib baik area Seremban ni.tak ada lagi kedai Eco kalau tak memang terjah nak.nak.beli barang untuk cantikkan dapur. Wallpaper tu pun tunggu pergi Kaison nak beli lagi. Tak cukup nak tampal kat dinding dapur

    ReplyDelete
  13. Dekat KL ni ada kedai RM 2 baru bukak. Perghh memang jimat banyak. Macam-macam la ruby beli. Hehehe. Cuma tulah kalau pergi kedai macam ni tak payah bawa suami dan anak-anak. Mereka ni macam jenis tak reti bahasa kena bersesak-sesak. Mula tarik muka. Stress mak nak fikir.

    ReplyDelete
  14. pergi sana berhabis beli marker pen, magic pen, warna air, benda2 lukisan utk anak2

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS