Yes...seperti yang sedia maklum awal bulan may yang lepas aku dan familia aku berserta mama aku kami ke Perth dengan kawan-kawan aku yang lain, Sha&wan n nuna, ain n nadia.

Plan kami ni dari last year lagi masa tu time free seat AA. Aku dapat tiket AAX ke Perth ni utk 2Adults, 1 kid n infant dalam rm1800+ macam tu. Yes tu harga tiket n insurans je. Masa awal tahun tu aku da start beli meals n lugage. Lepas tu tambah pulak beli hot seat mengenangkan laki den jenis kaki panjang and aku takut terpisah memandangkan ada infant kena check in dekat counter nyahhh.

Maka tup tap tup tap harga tiket aku dengan AAX tu xla murah mana...kahkah..ok la pengalaman...dis is my first time flyin with AAX. last time ke Perth dengan Malindo. Boleh klik sini untuk baca entry yang lepas

Tadi tengok-tengok Instagram ada iklan Malaysia Airlines return all in ke Perth dalam RM925 ja...Ya Allah murahnya. Malaysia Airlines kot. Aku cerita kat suami aku...dia tanya u nak pi Perth lagi ka? Aku jawab tak lah..next Melbourne pulak. Dia tak tau sebenarnya dalam hati aku nak ajak dia migrate terus duduk dekat Perth sebab aku dah jatuh cinta dengan lifestyle orang dekat Perth. Yes I never been to other part of Aussie...but from my observation, Perth is lovely and peaceful city. Kalau nak dibandingkan dengan KL mahupun Penang ni..memang jauh bezanya.


Lovely n peaceful Perth view from Kings Park Perth


Lifestyle kat Perth lebih santai dan relax and they value family time lagi compared to us. Depa pukul 6 dah siap duduk rumah. N get ready for dinner n family bonding. Unlike us, pukul 8 baru sampai rumah. Kalau weekend pukul 12 malam boleh lagi keluar lepak-lepak bawak anak kennnn. Tak kata orang...aku pun sama...comparison paling senang. Aku pi McD kat Mirabooka kat Perth tu (its halal McD btw in Perth) pukul 7 xda orang wei. Its like 3am in McD Malaysia. Kalau pi McD Malaysia..pukul 1am pun silap-silap penuh lagi.

Aku sempat berborak dengan sorang Malaysian ni, dia memang dah lama stay kat Aussie..dulu-dulu dia duduk kat Sydney so aku tanya dia kenapa pindah ke Perth. 1 dia cakap sebab Perth ni ramai Malaysians and ada community Islam dia sendiri n etc. So I asked her, ada different tak between this two cities...n she replied yes...Sydney quite happening and havoc la tapi takdak la sehavoc KL kan. Kalau nak raise kids dia cakap dia prefer Perth. And yes, aku pun rasa menda yang sama. Sama macam suami aku borak dengan husband dia..dia cakap one of the reason dia taknak balik Malaysia and enjoy the peaceful of Aussie is because the lifestyle. Kita dekat Malaysia hidup dah melawan fitrah.

Melawan fitrah maksud dia tu we pushed ourselves so hard here sampai kita xda masa untuk anak-anak untuk wife n etc. Dengggg macam kena penampaq laki aku kata. Satu sebab tekanan, satu sebab living cost kita yang tinggi..so kita terpaksa push ourselves so hard. Tak payah cakap la, laki aku ni kalau hari kerja. Seminggu nak balik and sampai rumah before Maghrib pun payah. Bulan puasa ja sampai awai skit tu pun rapat-rapat nak buka puasa. Sebab tu bila hari cuti dia akan duduk bermalasan dekat rumah dulu n then bila keluar dari rumah pun kami akan lepak dekat mall (for sure sebab mall sejuk kan) sampai la mall tu nak tutup. Kalau dekat Perth mall tutup pukul 5pm ya. Kalau jumaat ja tutup 9pm.

Beza sangat lifestyle kita dengan depa. Kalau dekat sana diorang prefer spent time buat outdoor activities dengan anak-anak. Lepak tepi beach..lepak dekat park...picnic etc. Kalau weekend tu mall pukul 3pm tu dah lenggang wei. Heran sungguh pasaipa depa x suka lepak mall macam kita. Hahahhah.


Berbalik kepada soalan laki aku dekat aku..pasal nak ke Perth lagi ke tak? Of course aku nak lagi. Tapi lambat lagi la. Kalau last time gap aku repeat Perth dalam masa 2 years. Next time In Sha Allah dalam masa 10 tahun ka...sebab aku da berangan time tu anak-anak duk hostel...mama ngn papa boleh la motorhomes sampai ke Esperance berdua. Ya Allah impian sangat nak bermotorhomes jelajah Western Australia wei. Serius tak puassss and tak habis explore kot Western Australia ni. And yes dalam masa dua atau tiga tahun ni kalau ada rezeki maybe nak ke Melbourne dulu. Teringin nak drive along the Great Ocean Road tu.

Tapi aku da berangan wei bila suami kata kalau London pun ok jugak sebab dia dah pernah ke sana. Aku onz je kalau orang da offer kan. Siap pakej suruh lajak ke Spain sekali. Ehhh Spain tu memang dalam wishlist sangat-sangat especially Madrid la kan. Kata Real Madrid fan kennn.

So sekarang ni aku harap sangat kerajinan aku menjelma lah untuk aku ceritakan pasal Travelog Perth alia kali ke 2 nanti.  Walaupun last time punya Travelog Perth alia aku amik masa 1 tahun untuk siapkan semua. Aku harap kali ni cepat la ye😂😂😂


Aku harap aku tak baloq liat nak update macam-macam pasal Perth. 


Korang yang nak baca pasal Travelog Perth aku yang lepas boleh la click kat Travelog and cari pasal entry aku pasal Perth yang lepas tau.

Aku bagi teaser dulu la gambaq-gambaq dekat Perth / Western Australia hari tu. Jangan carut mak yeee.


Berlatar belakangkan Indian Ocean di Scarborough Beach


At Margaret River Choc Factory


Di tengah-tengah legendary Busselton Jetty


Lancelin Sand Dunes


With loves one at Kings Park


Managed to walk through the whole jetty towarda the end. I made it.


Beautiful Augusta!


Rahsia hati perempuan sangat. Ko ingat mira piljah je mampuuuu tangkap gmbar kat siniiiii???

Ok la korang...len kali kita sambung lagi..how's ur raya preparation?




SHARE 23 comments

Add your comment

  1. hehe sebab tenang tu Perth orang panggil kawasan orang2 pencen =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...tenang sangat...
      Pencen2 ajak laki duk sni la..kahkah..

      Delete
  2. Replies
    1. Best sebab tenang n x serabut mcm kt Malaysia

      Delete
  3. Tak menyabar gak nak melancong lagi especially ke Aussie. Rawlins suka ke Melbourne sebab peaceful keadaannya kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..lepas ni nak ke Melbourne pulak...teringin nak rasa travek Melbourne time berpuasa...lagi next 2 years nak pi berpuasa dekat sana lah😍

      Delete
  4. Dah pernah pegi Perth 2 kali. Sekali masa anak 1 tahun 9 bulan, last year masa anak 13 tahun. Memang sukakan kedamaian kat sana. Kat swan river tu tenang ajer. Dah pernah juga ke Gold Coast. Pon best juga. Kehidupan tenang ajer. Tengok orang sana sanggup tunggu kalau ada orang melintas jalan sampai panjang kereta. Takde la hon hon pun. Cuba kat Malaysia....memang kena hon. Silap2 kereta sibuk nak jalan walaupun ada pejalan kaki nak melintas.

    ReplyDelete
  5. cam tuh rupanya lifestyle orang-orang di Perth ek, probabbly satu hari nanti nak jugak ke sana untuk jalan-jalan kan

    ReplyDelete
  6. I once went to Sydney, rasa macam mahal gila kat situ. I love the view and everything. i rasa best lagi dari london. I rasa perth mesti syok kalau suka laidback travelling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..sapa suka nature n laid back travel..mmg patut ke Western Aus ni

      Delete
  7. bestnya! tak pernah lagi ke perth. teringin gak nak kesan dalam taun depan camtu. insyallah! nanti bagila tips ye hahahaah

    ReplyDelete
  8. Sonoknya..huntungla slalu jnjalan. Rezeki kan. Kawan2 ramai gk dok sana. Tgk mmg bnyk free time bersama2 kwn dan famiki..walhal sama je 24jm tuhan bagi. Unfortunately tk dpt join trip ke Aussie next month. Mklumlah tabung tak cukup. Haha. Iol nk cr laki Aussie lah. Hiks.

    ReplyDelete
  9. Kalau ikutkan, negara mat salleh apa pon, mmg rasa best j nk duduk. Sbb cara hidup dorg berbeza n lebih kpd free n easy. Malaysia nie byk drama sgt. Anyway, Australia mmg tmpt yg mnarik utk dilawati dn utk tinggal di sana. Penerimaan mereka terhadap muslim pon ok

    ReplyDelete
  10. Syioknya dpt jenjalan kat Perth..lama dah tak kesana. Memang best suasana kat sana..rasa nak dok sana je hehehe. Yup kwn sis pun ada duduk sana..mmg diorg ni rajin jalan2 gan family n habiskan masa gan family di taman atau pantai..kita tgok pun jeles jew

    ReplyDelete
  11. I've not been to Australia before but the lifestyle that you mentioned is really true for them and Western countries. They really do know how to take life easy, to enjoy and have a good work/life balance. We actually can have the same in Malaysia if we do not have to work! LOL

    ReplyDelete
  12. Bestnya rezeki pergi terbang merata-rata Perth lak tu kita sendiri tak pernah sampai sana dan tak terfikir nak g sana lagi walaupun masih bujang lagi ni dah keluarga lagi susahkan...

    ReplyDelete
  13. Kak Alia, akak dah bleh jadi duta Australia untuk rakyat Malaysia. Intenary akak pun relax dan selesa. Almaklumlah travel dengan anak. Kena banyak masa rehat. Agar kita selesa. Tenaga pun kena banyak. Nanti akak share blogpost makanan halal eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan...penat duk promote Perth ni..
      Kot2 leh senang dpt PR sana ka...
      Wakakkak

      Delete
  14. I just came back from Perth few weeks ago. My family really love the place and lifestyle there, its so relaxing. I wish to go back again soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...i pun xleh move on..how lahhh...rasa macam nk pi duk sana terus je

      Delete
  15. Bestnya pula bila baca pasal Perth ni. Dalam wishlist travel juga ni. Harap sangat 1 day dapat pergi sana. Nak tengok sendiri lifestyle penduduk kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi lia jangan takpi...
      Memang best lifestyle kt sana...
      Aman ja

      Delete
  16. wah. aida tunggu entri travelog alia tu.
    kebetulan, abg ipar aida sefamili beraya di perth ari tu. 1st raya, mlm, fly ke sana.
    kakak ipar sulung aida dok sana.
    planning la utk ke sana juga, alia. visit kakak ipar.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS