Resipi : Kek Batik Mudah

in , by Alia Farhan, 1:28 AM
Hai hampaaaa....
Ada kat sini yang suka makan kek batik tak macam kami?
Well kami memang suka kek batik sebab sedap dan senang nak buat.
Kadang-kadang nak beli takut tak kena taste kita...kadang-kadang tengok biskut marienya tak bersalut pun dengan cekelat. Aduhhh tak leh takleh...kena buat sendiri la kalau jenis tekak cerewet dan susah nak capai piawaian ni. Hahahha



Jom la kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya:

1. Sepeket besar biskut marie.
2. Setengah tin susu pekat
3. 3/4 buttercup
4. 3 biji telur
5. 200g milo/ovaltine

Cara-cara:

1. Masukkan buttercup,  milo, dan telur ke dalam non stick pan.
2. Kacau perlahan-perlahan kesemua bahan dengan api yang kecil.
3. Bila kesemua bahan dah bersatu elok, boleh la masukkan biskut marie yang dah dipatahkan.
4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam bekas dan mampatkan.
5. Simpan di dalam peti sejuk bahagian chiller.
6. Lepas 4 -5 jam nanti dah boleh dihidangkan dah.



Dah senang ja kan buat kek batik ni.
Aku sejenis yang suka kek batik yang moist2 dan biskut marie nya lembut2 so aku kena lebihkan skit dekat adunan coklat dia and bagi biskut amrie tu bersalut habis. Fuhhh baru merecik. Ada sesetengah orang suka rasa biskut marie tu ranggup-ranggup skit and biskut marie tu padat-padar. So ikut korang la suka yang rasa macam mana kan.

Selamat mencuba ya.
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Cara kita buat kek batik memang sama. Teringat mertua saya, dia suka betul kek batik saya buat.

    ReplyDelete
  2. Wah.... terima kasih resep kuenya. Bisa nih di coba buat menu buka puasa. Dimakan pulang tarwih sambil nonton tv.

    ReplyDelete
  3. Suka kek batik ni, selalu kaka ipar rajin buat sebab dia punya sedap..hahhaa..Nampak mudah tapi nak buatnya malas betul..kihkih

    ReplyDelete
  4. Hehe betul kek batik memang senang gila jee nak buat, simple step & ingredients jugak! My fav jugak ni selalu jugak buat dulu hehe. Skrg mcm2 version ada kan yet still, this classic pny style tetap relevanly sedap hehe!

    ReplyDelete
  5. Senangnya buat kek batik ni. Dulu memang mama selalu buat kek ni. Bahan-bahan pun tak banyak pun. Antara malas dan rajin je nak buat. Hehe....

    ReplyDelete
  6. sedapnya kek batik. lama tak buat..teringin nak baking pulak beli tengok kek hehehehe...tapi ni antara kek ni paling senang nak buat

    ReplyDelete
  7. Uishhhhhhh, lama kita tak buat kek batik kak... padahal resepi paling simple dan mudah je kan,hehe

    ReplyDelete
  8. Kita memang selalu kalau teringin atau mengidam lah memang akan bua resipi ni hehehe mudah cepat dan sedap ikut suka kita nak isi apakan...

    ReplyDelete
  9. Lama betul tak buat kek batik ni. Raya nanti nak buatlah..senang dan tak banyak kerenah, benda yg leceh2 ni memang dah malas dah nak buat

    ReplyDelete
  10. kek batik ni kalau letak dalam peti ais memang sedap sekali, makan masa sejuk-sejuk sedapnyalaaa tq atas resepi ni... bile rajin nanti bolehlah test buat!

    ReplyDelete
  11. Ya Allah. Lazatnya kek batik. Rawlins tau kaedahnya mudah tapi Rawlins tak pernah lagi try resipi ini. Hehe. Adakah Rawlins perlu try lepas ni?

    ReplyDelete
  12. saya suka kek batik yg lebih pekat dan resepi kek batik sy ada tambah sedikit coffee 3 in 1 tu. mmg akan bertambah umpphh. tp nanti sy cuba resepi nie yer. seskali tukar selera cara buat kuih batik kan. thanks ya krn share

    ReplyDelete
  13. Wah senang je nak buatnya tpi kalau Ika, memang malas hahha. Bukan apa, bila kerja semua benda tak sempat. Sebab selalu balik lambat. Post Ika sikit

    ReplyDelete
  14. Kek batik memang paking senang dan cepat nak sediakan. Rasa pun sedap kan. Tapi kadang kadang nak buat tuh ysng malas walaupun senamg je.. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Benda paling mudah nak buat, dan paling sedap dimakan... Tapi ada juga yang buat duit dengan kek batik... untung sangat tue....

    ReplyDelete
  16. wah nmpk sedanya kek batik pose2 ni..haha...em dah lama ciktom tak buat kek batik.tgok entri ni rasa rindu pulak..hihi..

    ReplyDelete
  17. Sedapnya tengok kek batik. Kalau free time memang nak buat. Lepas kerja nak buat mmg tak sempat rushing untuk berbuka.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS