Kali ni nak cerita menu simple ja tapi sedap. Kebetulan mama and adik aku mai ke rumah hari ni sebab nak sign SNP rumah adik dekat PDC so aku pun masak je lah yang simple-simple. Janji masak kan.
Dalam peti ais cuma ada udang, daging campur and ayam ja. Dalam otak daging campur tu buat daging masak merah pastu udang buat kari. Kalau dulu udang tu balik-balik sambal...balik balik sambal. Sampai muak jugak. Lately ni suka plak kari udang dengan kacang buncis. Jom la tengok bahan-bahan and cara-cara masak kari udang kacang buncis ni.
Amcam terliur dak tengok gambar ni???
Bahan-bahan
1 biji Bawang besar
2 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk cabai
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Udang
Kacang buncis
Garam
Serbuk perasa
Daun kari/karipole
Cara-cara:
1. Tumbuk/blend bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
2. Tumiskan bahan-bahan tadi bersama daun kari.
3. Bila da naik bau masukkan serbuk kari dan serbuk cabai dan kacau.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah air supaya tak terlalu pekat.
5. Dalam 15 minit macam tu bila rempah kari semua da masak, perasakan ikut taste korang.
6. Bila kuah start mendidih, masukkan udang dan kacang buncis.
7. Kacau dalam 2 minit macam tu dah boleh tutup api.
Dah siap...senang gilos wei. Ni memang antara kesukaan mama dengan encik suami aku. Suka bila tengok mama and laki aku suka makan kari ni.
Ok lah..japgi nak update resipi lain pulak. Ok bye.
wah nampak macma menarik selalu gulai bukan warna kuning ye ?I ingat tu sambal tadi, apa pun thank you sharing the resepi, nanti nak cuba la..
ReplyDeleteHahahha..ni nampak merah sbb letak serbuk cili yg halus tu...sebab tu nmpk merah2 skit...
DeleteKita terbiasa gulai /kari kita warna nak merah2 skit...hihi..sebab mak ajar letak serbuk cili skit bagi nampak menarik
Wahhh pestime dengar menu gulai udang kacang buncis. Selalu dengan petai.
ReplyDeleteInsyaAllah nanti boleh cuba buat
Kalau petai saya suka buat sambal...baru kick!
DeleteI love my prawns, cooked in any way! This is one mouth-watering spicy dish that I would love to try. Thanks for sharing the recipe!
ReplyDeleteWelcome...selamat mncuba ya...
DeleteI also loves prawn...so i cannot any prawn dishes!
Pengsan sekejap tengok gulai udang ni. Dah la tengah juice cleanse diet ni. Haiyo...terliur betul tangok kaler pun dah sedap. Craving terus nak makan ni dgn nasi panas.
ReplyDeleteWah menarik juice cleanse diet..nk kena gugel jugak mcm mana tu..hihi
DeleteMenarik..boleh la akak cuba nanti ni..akak suka tukar2 resepi sebab lain orang lain cara masak kan...udang tu nampak fresh sangat..bestnya..kalau akak dapat ni memang x toleh kiri kanan dah
ReplyDeleteHehehhe...kita pun suka tgk menu2 akk.bila tgk menu akk baru ada idea nk masak apa kak...
DeleteNampak sedap walaupun ringkas jer cara masakan dia. Lagi sedap klu makan dengan nasi panas dan sambal belacan serta ulam, perghh
ReplyDeleteBtul..mkan dengan ulam timun n sambal belacan...perghhhh sedap!
DeleteTengok gambar pun dah terliur....ala takpe nyer...ringkas2 pon masak juga. Airtangan kita tu yg berkat....
ReplyDeleteTu la...asal masak je kita ni..sebab kdg2 jemu jugam mkn lauk luar tu
DeleteKalau udangnya besar lagi sedap Dan manis. Jarang akak beli kacang buncis. Selalunya kacang panjang.
ReplyDeleteSelalu buat ydang besar skit...tpi ada udang size ni..kita belasah je...hihi...kita suka buncis compared kacang panjang sebab buncis lagi manis
Deletenampak sedapnya.. pandai masak lah!~
ReplyDeleteTerima kasih kerana sharing resipi gulai udang kacang buncis anda ya!
Hye kylie...
DeleteXpndai mana pun i ni..tpi i enjoy cookin for my love one...hihihi
alaaaa kita tgh diet!!! lapaaaaa terus tau tgk entry ni.
ReplyDeleteInanie diet xajak...kita diet asyik ke laut dalam je ni
DeleteAida pon. When it comes to udang, sambal.
ReplyDeleteKari? Lom pernah try, Alia.
Now da jarang masak udang.
Sinus Aida & asben melampau. Dgn udang kami both elergik terok :(
Tapi dedua suka udang!
Hee ya ka...
DeleteXpa nnt kalau teringin nak makan udang..try la buat kari tau...
Semoga sinus aida ngn husband cepat sembuh
Ana kalau udang masak kari hantu juga. Tp dalam tu udang semata. Sayur goreng lain. Next time boleh try masuk sayur buncis sekali.
ReplyDeleteKita mmg suka letak buncis ni sebab dari dulu kalau mak buat kari udang mesti dia letak kacang pnjang atau buncis
ReplyDeleteapa2 je yang ada udang mesti sedap. kalau gulai macam ni mesti lagi power. bertambah2 la nanti
ReplyDeleteHahahha..tau xpa..udang mmg my fav kalau compare dengan ketam or sotong
DeleteFirst time masuk kacang dlm gulai udang hihihi.. fav tul dgn udang masak lemak.. boleh berhirup kuah mkn pun bertambah nasi
ReplyDeleteWahh nampak so sedap!nak try ur recipe la!
ReplyDeleteYAAllah nampak menyelerakan. lama dah rasanya tak makan udang. nanti boleh cuba masak sendiri tiru resepi ni. tq for sharing
ReplyDeleteBukan main udang tuu berenang2 dalam gulai. Besor pulak tu. Ingatkan sambal wei Alia. Nanti Kak Bell nak try jugak. Lama dah tak memasak ni. Pandai hang masak na..bila nak jamu nya...
ReplyDeleteserius tq atas entry ni. nak masak mcm ni tak reti lagi walaupun simple heheh. newbie mcm i ni kena sllu rujuk resepi haha
ReplyDeleteNaseb baik tak makan udang sangat..haha memang tak de nak beli udang then tak perlu masak udang.. tapi tu kalau ganti ayam pon sedap.. lama tak masak gulai ni...
ReplyDeletefav ainy tu udanggg. thank you share nanti nak cubalah bebila ada masa. nak kena beli udang dulu.
ReplyDeleteAlahaiiii.... Sedapnya udang. Ingatkan gulai udang tu yang masak lemak kuning. Rupanya masak kari. Nak try lah buat kari udang nanti 😁
ReplyDeletewah tengari tengok gulai kacang buncis ni rasa tiba tiba nak masak pula rasa cam lama tak makan udang... nampaknya nak kena pergi beli groceris .. beli udang dan kacang buncis..nak try resepi ni
ReplyDeleteHungry after seeing your prawn dishes. So good if eat with a bowl of hot rice. I want try it next week. Drooling seeing the pics.
ReplyDeleteWow your recipe looks delicious. I love eating prawns even my Mom tells me it causes highblood pressure. I dont care lah, its delicious!
ReplyDeleteAlahai udang dah habis pula..kena beli nih try resipi alia..nampak sedap..kacng buncis dah ada
ReplyDeleteWow macam sedap lah! I mau try juga!
ReplyDeleteoh my... another simple and delicious recipe done by you. Can't wait to try this so much!!!
ReplyDeleteracheal
This recipe looks really easy and delicious. I will definitely try to cook this. I am sure my hubby would really love this one.
ReplyDelete