Berbunga-bunga hati bila dapat hadiah yang super comels dari Enchanteur ni. Aduhhh sweet sangat kotak nya yang pinky pinky gitu. Ehhh aku takdak la pencinta pink but yeah I do admit that pink color is cute tho!
Seronok bila Enchanteur mengambil inisiatif untuk menghasilkan set hadiah yang best macam ni. Takda lah kalau nak beli hadiah ja limited and jenuh menggaru kepala nak beli apa kan.
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Mini size n cute!
Penerima
akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang
kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak-
si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit
sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan
yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri
yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan
- sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari
penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan
bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah
dibawa di dalam beg tangan.
ENCHANTEUR
telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka
dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih
oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan
wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan
tujuan dan keanggunan.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My
Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh
kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu
wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian
floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan
bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman
suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah
sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel
dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama
Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT
Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi
Watsons seluruh negara.
Wangian Mon Amie
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta
losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit
dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini
meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca,
ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit
agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.
Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis
melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan
memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas
hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa
tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna
yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh
negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz
15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya
hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan
mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan
haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia
terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh
negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
Wangian Belle Amour
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga
RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT
SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain
itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di
Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
Harap-harap encik suami baca la post ni. Kalau perfume Echanteur ni dah habis boleh la dia belikan set hadiah ni kan.
Harap-harap encik suami baca la post ni. Kalau perfume Echanteur ni dah habis boleh la dia belikan set hadiah ni kan.
wanginya i like hahhahah
ReplyDeletememang wnagi enchanteur ni.. TB suka sangat bau dia dari dulu lagi.. tak snagka semakin hari, semakin memikat hati.. tambahan pula ada perfume gift set yang comey ni
ReplyDeleteCantiknya gift set ni. Kalau dapat hadiah best ni. Enchanteur punya bau memang best best. Nak present kat orang hadiah ni pon boleh....
ReplyDeleteBerkenan tengok yg kuning ni sbb ada losyen sekali.. Nanti free nak pergi usha lah.. Hope ada la stok..
ReplyDeleteSuka dengan packaging enchanteur . Tak pernah tak cantik tau. Bau pon tersangat wangi.
ReplyDeleteEnchanteur ini wangi kalau kena dengan wanita yang lembut ayu dan sopan santun kot hehehehe
ReplyDeleteBau dia mesti wangi gila kan !! Suka jugak certain bau Enchanteur nie. Tp ada certain tu bau dia terlampau kuat. Sakit hidung kalau si pemakai pakai secara berlebihan
ReplyDeleteAkak suka yg kaler pink tu..botol dh ala2 chanel plak..comel je..apapun enchanteur mmg best..x pernah x best
ReplyDeletesuka juga brand ni tapi jarang guna...mungkin sbb too strong
ReplyDeletealaaa comel dan cantik botolnya. sesuai sangat untuk dijadikan hadiah ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Sekarang suka tengok Enchanteur - hiasan dan packaging dah makin cantik dah. Memang boleh buat set hantaran pun
ReplyDeletemenarik set wangian macam ni. Ada pelbagai pilihan. Ni kalau buat letak atas hantaran kahwin pun cantik kan. Harga pun berbaloi tu kan - jmr23.com
ReplyDeleteSuka enchanteur. sebab bau dia ni dah berzaman ruby bau. mak ruby suka pakai. hehehe. harga dia tak mahal tapi bau semerbak!
ReplyDeletesuka sangat bau enchanteur, memang guna sejak zaman anak dara lagi. ada pek comel ni lagi mudah nak bawa travel
ReplyDeletethis is so cute. nice for ladies
ReplyDelete