Setelah diteliti dan study, maka aku membuat kesimpulan mereka tersangatlah rajin dan menitik beratkan penjagaan muka mereka. Basic skin care depa sahaja ada 10 steps ok. Hampa ada berapa steps? Aku so far duk ada 3 4 steps ja tu pun selalu culassss dan ke laut dalam. Dah culas dan pemalas tapi ada hati lagi nak cantik macam awek korean? ommmooooo.
Jom kita tengok 10 steps of Korean Skincare:
Credit to onmogul
1. oil based cleanser
Yang ni selalu aku tak pakai pun lagi-lagi kalau kat rumah. Tapi akan guna bila make up. Lepas make up memang wajib pakai ni untuk removed segala make up and kekotoran yang melekat dekat muka.
2. foam cleanser
Ni normally first step aku kalau aku tak pakai make up la kan. Currently using yang honey- bee venom based products. Sedap ja bila lepas cuci muka tu.
3. Exfoliater
Atau scrub muka. Yang ni normally aku guna seminggu 2x ja sebab kalau lebih-lebih nanti kulit hampa akan jadi sensitif dan merah-merah. Scrub muka ni bagus untuk buang sel-sel kulit mati, tak bagi pori-pori tersumbat dan promote pembentukkan sel kulit baru,
4. Toner
Biasanya toner ni pun selalunya aku amik mudah. Basically toner ni penting ya untuk remove resideus yang tertinggal masa step 1 sampai step 3. Toner pun penting untuk bagi kulit kita bersedia untuk absorp apa yang kita akan pakai on the next step.
5. Essences
Dulu aku selalu skip toner bila duk pakai essence. Sebab nampak macam textrue sama ja kot. NEHIIII NEHIIII. Jangan repeat kesalahan aku ok. Sebab essence tu most likely a concentrate of liquid nourishes yang provide skin elastic, moisture, kurangkan pigmentasi dan prevent kedutan dekat muka. I'm so in love with my SKII essence.
6. Serum/ ampoules
Haa ni kira ultimate option la jugak ye. Sebab tu kalau check skin care korean ni macam-macam ada; serum la, ampoules la, boosters la name it. Aku pun kadang-kadang heran nak bubuh bila weiiii. Tapi untuk pengetahuan hampa, biasanya serum ni adalah super concentrated essence yang ada specific target; contoh untuk wrinkles ka pigmentation ka, dewy skin ka.So basically untuk ni hampa boleh apply dekat targeted area ja lah ye.
7. Sheet mask/ sleep mask
Nid an elaboration more on this? I just love sheet masks and sleep masks. I apply sleep mask every nite shifting between sheet mask. Hahahaha.
I don't have time for spa. So this is how i treat myself at home. I freak out whenever my sheet mask supplies decreased.
8. Eye cream
Disebabkan kulit di sekitar bawah mata ada;ah paling nipis dan sensitive, maka this area cepat dehydrate. Sebab tu kdang-kadang bila pakai eye shadow nanti eye shadow tak lekat and then nanti nampak capuk-capuk. So the best way to prevent dark circles and wrinkles dekat area bawah mata tu adalah dengan eye cream. So far aku selalu pakai eye mask, at the time being not using any eye cream sebab non work for me. Do let me know if you have any eye cream that u love, ok?
9. Moisturiser
Yes, yang ni biasanya step ke 4 aku. Hahahaha. Basically untuk moisturiser ni korang kena cari yang sesuai dengan muka korang. For oily skin, u can go for gel based. Kalau yang kulit kering tu boleh go for cream/ lotion based moisturiser. Penting ya untuk pakai moisturiser ni. Even kalau oily skin pun wajib pakai sebab moisturiser will lock the moisture to our skin. Kalau kulit tak cukup moisture it will send the wrong signal to our brain so that it will send a wrong signal to produce more oil to our skin. Paham-paham ja lah bila oily skin ni make up susah nak lekat, pastu jerawat pun cepat ja hinggap. Sebab tu kena pakai moisturiser yang sesuai dengan skin type kita. Macam aku combination oily, so aku prefer yang gel based moisturiser.
Lately, bila nak mentrual memang muka akan cepat break out. Stress gila mak oiii. Cuba bagitau ubat jerawat apa yang sesuai untuk perubahan hormon yang mencanak-canak ni nak oiiii. Dah macam remaja2 pulak duk jerawat sana sini. Yes my remaja time muka susah nak naik jerawats kot.
10. Night cream/Sun protection.
Night cream antara yang fames dalam penjagaan kulit orang korea. It also promote youthful skin and new cell regeneresis gituuu haa.
Untuk sun protection; as we know la kan, UV rays ni memang berbahaya untuk kulit kita. disamping untuk mengelakkan sun burn, ia juga boleh elak dari cancer kulit.
So hampa punya skin care steps macam mana?
Ada banyak culas macam kami dak?
Lepas ni kami berazam sempena tahun baru ni nak follow step by step yang ada ni supaya skin kami segak helokkk nanti. Stress wei tengok kulit lani duk break out sokmo. Mesti sebab kulit duk oily kadang-kadang tak kena gaya kan.
Disamping tu jangan lupa amik wudhu selalu tau. Baru la muka ada Nurrr. Bukan nur sajat ye...
p/s: So sesapa yang tau eye cream yang best-best sila la rekemen dekat i ya
penjagaan kulit muka memang penting , nak cantik kena rajin
ReplyDeletenak cantik memang kena banyak spend - hehehehe tu la keluar ayat dari zaza iman, ' kau bukan tak cantik tapi tak ada duit dan tak pandai mekap je' adoi #sissentap heehehehe
ReplyDeleteIn shaa Allah. Pasti berseri-seri persis wanita korea punyalah ! hehe
ReplyDeletealaa.. TB suka sangat Mask tu.. hihhihi.. sekarang dah suka barang2 kosmetik dan skincare dari Korea gak.. mahu tak nya.. nak juga cantik macam wanita korean
ReplyDeleteTerima kasih atas tips-tips kecantikkan dan penjagaan kulit ya.
ReplyDeleteterima kasih pengkongsian tips untuk cantik ni.. dah besar anak alia
ReplyDeleteRenyah juga langkah nak jadi cantik macam awek Korea ni ya? Harap lepas ni cunlah saya bila amalkannya
ReplyDeleteWeii banyaknya produk mereka pakai. Jenuh la mak nak spend tenyeh muka. Tapi sebab nak kulit gebu putih, mak akan cuba! I will! Jumpa tahun depan k. Hahaha
ReplyDeleteRahsia cantik wanita korea... Wanita Malaysia pon nak cantik juga... tq sharing cara nak cantik
ReplyDeletePergh regime macam ni kena konsisten walaupun hakikatnya memakan masa. Kita punya rutin jauh biasa drpd yang ni. Haha
ReplyDeleteMmg memcari sleep mask macam ni. Daripada honey. Camanala rasanya hehehehe. Sbb lately ni muka kusam dan letih so mmg perlukannsleep mask. Brand dr korea ni not bad juga ehhh
ReplyDeletememang kena jaga betul2 kulit muka sya pun ada beli mask banyak2 masa pergi korea hari tu.
ReplyDeletemuka adalah asset kita. mmg kena jaga betul2. terima kasih atas tips-tips kecantikannya
ReplyDeletewow..banyaknya guna skincare. nak kulit cantik, kena lah usaha kan :)
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Lengkapnya produk rutin seharian sis alia ni. lia pun suka juga produk korea ni. menarik.
ReplyDeleteThese are great steps to have beautiful skin but I'm just too lazy most of the time 😂
ReplyDeleteWAHH gigihnya. patut la tak jelita macam awek korea, hakak tak gigih :P
ReplyDeletemula2 je rajin buat 10steps ,lps tu tolak tu tolak ni,tinggal ala kadar je T.T
ReplyDeleteNak cantik memang perlu ada usahakan. Yang kita selalu lihat lawa-lawa berapa lama masa dan juga belanja yang digunakan untuk cantik.
ReplyDeleteApapun kecantikan dalaman dan jiwa perlu seiring.
Rawlins memang suka order mask dari Althea - so sekurang-kurangnya sekali sebulan akan pakai mask. Penjagaan muka memang penting kan
ReplyDeleteTips menarik penjagaan muka. Best bila kulit muka bersih dengan produk yang baik.
ReplyDeleteWahh gebuss peloles lah kalau macam ni heheh
ReplyDelete