ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias
ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dariRM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR.
Wow ni sesuai untuk buat hantara dah cantik hiasannya dalam satu kotak tu hehehehhe...
ReplyDeleteBtul maha...bini pun mesti suka gituuu
DeleteAlolo sweetnya kotak dia! Sesuai kalau nak buat hadiah untuk yang teristimewa kan!
ReplyDeleteHee betul hasif...
DeleteBagi kat awek sure dia tersenyum2 haa
Akak suka rangkaian Enchanteur yang baru ni..wangi sangat..baunya pun kekal lama
ReplyDeleteKan kak...kita pun suka sebab wangi sgt2
DeleteKalau enchanteur, tengiang-ngiang bau wangi dia tu. Semerbak kan.
ReplyDeleteMmg legend echanteur ni
Deletebestnyaa. saya pon pengguna produk Echanteur juga. nanti nak cuba yang ni lah.
ReplyDeleteKan momi...gimme 5...kita geng
DeleteEnchanteur sejak dari kecil sampai sekarang masih setia pakai produk ni. Love. since ada yang baru nak call PR dya je lah. LOL.
ReplyDeleteHehehhe...cepat2 kol
Deletebrand yg legend dan masih kekal dengan kualiti yg terbaik. Baunya sgt stunning 😊
ReplyDeleteBtul sebab tu rmai yg masih setia kan
DeleteSuka produk ni sebab harga yg mampu milik dan kesan wangian yg berpanjangan hee
ReplyDeleteBetul yaya...
DeleteBeli perfume yg mahai2 nnt nipis poket...
Kena bjimat zmn skrg ni
suka packaging dia, kalau akak camni simpan aja, nak guna spray pastu mauk semula dalam kotak hehe
ReplyDeleteHeee...mmg duk dlm kotak je ni...
DeleteLpas spray letak blik
waaah bestnya dapat enchanteur. aina suka guna perfume dia sbb wangi sangat2
ReplyDeleteKan ainna kan...
DeleteKita geng
Tak try lgi porfume ni .. rapi bile baca mcm nak try pulak ..
ReplyDeleteTry la..boleh bg kt mak n gf skali mana tau diorg suka ka
DeleteBestnya lah hai kalau dapat set cam gini, sure wangi2 je satu badan sepanjang hari. Color pun cantik
ReplyDeleteDengan harga dia...nak spray hari2 pun x kesah kan kak...
DeleteKat rumah pun spray hari2 sbb nak wangi
sure wangi2 sepanjang hari
ReplyDeleteDuk rumah pun spray tauuu
Deletenice sharing ^^
ReplyDelete