Sedar tak sedar dalam seminggu ja lagi Ramadan bakal menjelma. Sebut ja Ramadan, mesti terbayang-bayang juadah berbuka. Kadang-kadang bagi housewife macam aku ni, boleh buntu tau nak masak apa. Biasa aku akan buat list dari Isnin -Jumaat nak masak apa.

Kadang-kadang eh balik-balik menu yang sama ja. Arghhh buntu. Biasanya time weekend la akan makan kat luar or balik kampung sama ada balik Jitra or berbuka puasa dengan keluarga belah husband.

Kalau kat Jitra, yes sebab tau juadah mak aku tiada tandingannya kan. Tapi bila nak makan belah husband aku, biasa memang kami prefer makan buffet. Senang, hassle free. Tak payah nak serabut order itu ini.

So, mai aku nak bagitau Royale Chulan Penang ada buat buffet Ramadan dengan tema Selera Ramadan, Macam-macam Ada. Bertempat di Sri Tanjung Cafe, Selera Ramadan ; Macam-macam Ada  menyajikan makanan traditional masyarakat setempat mengikut " taste" Penang yang hampa tau la kan, taste Penang mesti takmau kalah jugak kan.


Formerly known as Royale Bintang.


Thanks Royale Chulan for having me.


Buffet Ramadan ni bermula dari 28 May hingga 23 June 2017. Kalau nak tau ada lebih kurang 10 action stalls  yang menyediakan Ikan Bakar, Sushi sotong Kerabu Mangga, Cucur Kerang Berlauk, Kambing Golek dll.

Jom jamu mata dengan juadah-juadah yang disediakan di Royale Chulan ni.


Signature dish Royale Chulan , si kambing golek.

Bersama si manis


Nasi beriyani yang sedap.


Kerabu dan kuih muih.


Buah-buahan untuk rojak | kerabu su'un | tempe goreng cili


Variety of pencuci mulut


Ayam goreng berempah | cucur udang | sushi | roti bun untuk dicicah bersama sup | aneka air 


Apam balik



Ikan keli berlada | pasta sambal sotong | pulut | udang masak cili


Char kuey tiaw | bubur lambuk


Open concept stall. Best boleh jalan-jalan and tengok keadaan sekeliling hotel yang heritage gila ni. 

Hampa kalau dah buntu-buntu boleh la try mai makan kat Royale Chulan Penang tau nanti. Food selection pun best-best jugak tau.



Jangan lupa make reservation dulu tau. Bukan apa takut time hampa nak walk in nanti fullhouse ka nganga la hampa nanti. Better call depa dulu tau.

Ok la hampa, kami nak pi golek-golek dengan anak dara kami dulu na.





SHARE 2 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS