Bersambung dengan entry Travelog Perth. Ampun. Nak cerita pasal Perth ni kena amik mood slow2 and sementara nak edit masuk watermark bagaikanπŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›

Ok bersambung dari entry sebelum ini , click sini untuk membaca. Lepas ja kami pi ke The Gap And Natural Bridge yang terletak di Torndirrup National Park, kami terus gerak ke Albany Wind Farm. Perjalanan lebih kurang dalam 15 minutes macam tu. Tapi disebabkan winter paham-paham ja lah banyak pit stop nak kosongkan pundi kencing bagai n isi fuel. So tup tap tup tap dalam 30minutes jugak la baru sampai.


Eksaited sangat bila dari jauh dah nampak turbines ni. Huarghhhh mula la otak ligat duk ingat balik apa yang belajar masa class Renewable Energy, class Madam Najua yang best tu.


Lupa anak kat belakang ok.


Orang lain maybe tak excited. Tapi aku da excited separuh mati sebab tak percaya ada windmill / turbines kat depan mata wei. 


Untuk pengetahuan korang Albany Wind Farm ni adalah open for public setiap hari.   Carpark pun  besar so korang takyah nak risau pasal parking bagai. Siap ada information board lagi dekat pathaway tu so sambil korang jalan-jalan tu korang boleh la tau pasal wind farm technology ni kan.

 Credit to 
http://www.rainbowcoast.com.au/areas/albany/albanywindfarm.htm

Dekat Sand Patch Coastal Platform tu kalau korang yang explore sampai ke hujung tu boleh la skideng  Southern Right & Humpback wales sepanjang May-Oct tapi kami takpi sampai ke hujung pun, makyong sendiri pun dah macam wales time tu. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ . So korang yang nak skodeng wales jangan lupa bawak binokular.


 Excited tengok turbines ni wei. Otak duk ligat ingat balik macam mana dari angin turbines ni generate electricity.


Credit to 
http://www.rainbowcoast.com.au/areas/albany/albanywindfarm.htm

Memang located betul-betul tepi lautan kan, yang angin memang kuat gila-gila. So memang kena la diorang convertkan windpower ni into power kan.

Untuk pengetahuan korang, kat Albany Wind Farm ni ada 18 bijik turbines ok. And it generates 80% of Albany's need for electricity with clean and renewable energy gitu.  Tak gadoh nak pikiaq carbon footprints apa bagai dah. Clean gituuuu.


Ada gak seketoi gambar dengan turbines kan. Serius kalau repeat WA aku nak mai lagi sini balik with routes yang tak kelam kabut. Probably kena mai 12 hari kot WA ni baru cukup.

Korang kalau travel ke Western Australia ni sila lah pi lama-lama sikit tau. Supaya puas hati. Aku ni pi seminggu pun rasa tak puas. Dah la Pinnacles n Lancelin tak dapat pi sebab first day itinerary terlpas due to missed flight yang aku pernah cerita dulu (click sini untuk membaca). Waverock memang xdak dalam iti hari tu tapi teringin jugak la  nak pi kan.

Oklah korang, aku da penat ni. Bersambung cerita balik ke Perth pulak lepas ni.

Korang nak tau lebih lanjut pasal Albany Wind Farm ni boleh click sini tau.





SHARE 4 comments

Add your comment

  1. hehehe setuju part kena pi lama tu.. hehehe tak puas jugak =D
    besar sangat negeri yang satu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...mcm Western Aus ni negeri yg paling besar ja kt Aus sana tu kan siti

      Delete
  2. Cantiknya Perth, disana memang angin kuat jadi sangat sesuailah teknologi wind farming diimplementasikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..betul2...mmg sesuai sgt2 buat source of energy

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS