Recipe : Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

by Alia Farhan, 11:39 PM
Quick update. Hari ni punya la jem bila tanya husband nak makan apa balik keja nanti kita nk masak. Sekali dia jawab nak makan mee goreng....fuhhh terus jemmmm.
Boring katanya asyik mencekik nasi ja. Yalah2 nak perli aku la tu kuat baham nasi lagi2 duk nyusu Aishah ni.

Bila da jem nak masak apa lunch tadi terus rasa nak masak kat kedai ja. Senang kan. 😊😊😊😊 tapi sekali bila pi kat dapoq tengok dalam sinki  alahai ikan jenahak la pulak. Asam podeh melaka pun sedap ni. Apa lagi...tung tang tung tang 10 minit siap.



Seketul ja masak ikan jenahak ni sebab habuan nak lunch ja. Mek tu lately ni reja nak makan nasi dengan teloq kicap ja. Layan ja lah sementara dia tak jemu lagi.

Oklah jom kita tengok resipi asam pedas melaka ikan jenahak ni ya.

Bahan-bahan:

Ikan jenahak
Sekeping asam keping / air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, dan masukkan 3 sudu ibu sambal dan masukkan asam keping/ air asam jawa.
2. Kemudian tambah air patut padan and masukkan daun kesum.
3. Then masukkan ikan jenahak and last sekali masukkan bunga kantan.
4. Perasakan ikut taste bud korang sebab aku guna ibu sambal, rasa da ada sikit2 so aku tambah garam gula semua tu sikit2 ja nak bagi balance rasa pedas masam manis tu.


Kejap ja da siap. Aku masak ni lebih kurang dalam 10 minit macam tu ja.

 Ya lah aku da sep masa dekat ibu sambal tu. Tak yah susah2 nk blend cabai, tunggu cabai masak bagai. Senang keja bila buat ibu sambal no banyak2 and simpan dalam peti ais tau.

Ni petang ni nak masak mee goreng pun boleh guna ja ibu sambal tau. Sepp masa aku nak blend2 bagai..nak tunggu cabai masa bagai.

Korang nak masak cepat harus buat macam mana ye?






Hai hampa. Sehat ka? Harap-harap semua sihat la ya. Hampa ada yang plan nak ke Penang ka? Kalau ada meh nak suggest korang satu hotel yang memang femes amos kat Penang ni. Tak lain tak bukan Bayview Beach Resort yang terletak di Batu Ferringhi.

Untuk pengetahuan hampa, kat Penang ni ada dua Bayview Hotel ya. Satu dekat area Georgetown, satu lagi yang tepi pantai ni yang Bayview Beach tau. Jangan salah book pulak ya.

Bayview Beach Resort ni antara resort yang dah otai kat Penang ni and antara resort yang besar jugak la. Located bersebelahan ja Hard Rock Hotel, Bayview Beach Resort ni memang always full ja kalau weekend and time school holidays. So booking awal-awal tau kalau koramg berminat nak stay kat sini.


Besar resort ni.HRH sebelah dia kecik ja.
Picture courtesy to hotel web.

Sebenarnya kami ni book hotel ni sebab si Adriana duk bising nak duduk hotel, nak mandi pool. Si Mama nya ni pulak, kalau hotel nak yang ada bath tub. Habuan nak berendam and "me time" gituuu haa. So pilihan terbaik kami book la hotel ni.


Ni gambar dalam bilik ya. Quite "seasoned" gitu tapi ok ja sebab kebersihan tiptop.
Picture courtesy to hotel web.


Bathtub. Habuan nak me time kan.



Paling best sebab katil dia besar gila. Kami empat beranak pun tidur jauh-jauh but still ada ruang wei. Memang tak payah nak request extra bed la kalau yang ada anak ramai tu kan. Tapi kalau ramai sangat, elokla bawak toto dari rumah habuan takut tak muat ka😊😊😊

Foto-foto kat dalam bilik ni credit tu Bayview Beach Resort Hotel website ya. Almaklumlah bila anak da masuk dua ni, susah nau nak snap gambar bila masuk hotel tanpa hotel dikecahkan terlebih dahulu gitu.

Ok jom tengok kawasan hotel pulak ya.


Macam-macam jenis kolam ada.


Ni kolam org tua ya. Paling dalam yang lepas tali tu dalam 4 meter macam tu. 


Yes lepas tali ni memang dalam ya. Pernah mandi kat situ. Nasib la makjem boleh swimming kan.


Jalan-jalan ke kawasan sekitar pulak.


Ada small stalls kat area pool and nak ke beach tu.


Yes. Beach yo!


Tak cukup kids pool. Kids also have this water play ground. Main la korang sampai lebam kan.

Jom kita tengok facilities lain yang ada di hotel ni.


Kids playroom . Kitaorang tak sempat masuk pun. Seronok duk mandi kat pool ja.
Picture courtesy to hotel web.


Playground.
Picture courtesy to hotel web.



Game arcade.
Picture courtesy to hotel web.

Masa stay kat sini, kami ambil sekali breakfast and book from Agoda ja. Breakfast dia ok la not bad. Sedap jugak la. 

So far, memang kami puas hati stay dekat sini sebab bilik luas, katil besar and then pool and hotel ni pun kids friendly. Memang recommended la untuk hampa-hampa yang nak bawak anak-anak mai bercuti kat Penang ni. 

Will repeat again. Tapi sebelum-sebelum tu kita tawaf dulu hotel-hotel yang ada kat Penang ni. Nak travel jauh-jauh malas sebab Si Aishah ni kecik lagi kan. So orang Penang pun jalan-jalan dalam Penang dulu ja lah. Sementara anak nak besar kan.

Birthday kak Nena weekend ni, ingat nak bawak dia duduk hotel. Tapi tak tau lagi hotel apa......😅😅😅😅😅






Hai korang. Sehat tak tu? How's ur day?

Kali ni kami nak cerita sikit pasal event yang kami attend hari tu kat Gurney Plaza bersama team Projek Blogger Utara yang lain. Untuk pengetahuan hampa kami pi ke event Meet & Greet with Fazura di Neffos X1 Nationwide Roadshow yang bertempat di Gurney Plaza.



As usual la kan, bila dijemput untuk attend event pastu ada pelakon kegemaran kami Miss Fabulous Fazura ni of course la kami excited kan.

Untuk pengetahuan tujuan Roadshow Neffos ni adalah untuk memperkenalkan duta barunya iaitu Miss Fabulous kita Si Fazura yang manis ni. Bertepatan dengan tagline "Close To You" , road show ni turut memperkenalkan dua model telefon pintar dari Neffos iaitu Neffos X1 dan Neffos X1 Max.




Kalau dah nama nya Fazura kalau tak segak tak sah kot kannnn.


Sesi fotografi dan bergambar bersama-sama fans yang bertuah. Kami of course la bertuah sebab siap dapat tshirt sama ngn Faz lagi haa.



Alahai cantik nya si Fazura ni macam bidadari sangat oiii. Tengok kat tv lawa gila kan. Tengok real lagi rasa macam nak pegang2 ja muka dia nak tengok orang ka doll ni.


Bulatnya aku duk sebelah Faz ni. Serius Faz ni selim gila kot. Sempat la laga2 pipi tembun ni dengan Faz hari tu. Terharu mak.



Bersama team Projek Blogger Utara pada hari tu. Semua muka puas hati dapat bergambar dengan Fazura gitu haa.


Sedikit info berkenaan telefon pintar / smart phone Neffos ni.


Telefon terbaru Neffos, X1 dan X1 Max yang masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.
Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.


X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.
Nefos X1 dan X1 Max diperkenalkan awal tahun ini dengan Neffos X1 berharga RM769 untuk RAM 2GB dan storan 16GB manakala versi RAM 3GB serta storan 32GB pula berharga RM849.
X1 Max pula diperkenalkan dengan harga RM999 bagi RAM 3GB dan storan 32GB manakala versi RAM 4GB serta storan 64GB pula berharga RM1,199.


Neffos X1 juga dilengkapi dengan 13MP kamera yang dikuasakan oleh Sony IMX258 sensor untuk imej yang berkualiti.


Untuk keterangan lanjut boleh layari : 
Facebook Rasmi Neffos: https://www.facebook.com/neffos.my/
Salam

Hai korang lama nya kami tak bersiaran....busy dengan anak-anak. Masih dalam fasa meyesuaikan diri lagi ni jinggling with housecores, dealing with my both kiddos and my business.

Tapi seperti biasa lah, walau sibuk macam mana pun alia dan make up tak dapat dipisahkan gitu.

Actually memang da lama juga teringin la kan nak pakai foundation lain. Ya lah, selaku VIP Rosetyara ni kan sejak2 ber RT ni asyik tak leh tinggal ja RT. Nars pun kami dah lupa kami letak mana😂😂😂

Tapi disebabkan irresistable Physician Formula punya packaging membuatkan hatiku meronta-ronta. Oh Tuhan! Ni la orang kata jatuh cinta pandang pertama.


Who can ressist this cute packaging by Physician Formula? Aku tertewasss sudaaahh. I'm addicted to bow ok!


Siap dapat free brush lagi ok.

Nak tengok tak hasil make up guna Physician Formula Nude Wear Foundation ni?


I kinda like this Physician Formula Nude Wear Liquid Foundation sebab bila make up muka pun nampak glowing ja.


Yang ni pun pakai this Physician Formula Nude Wear Liquid Foundation juga. Serius best foundation ni sebab rasa dia weightless sangat. Macam tak pakai foundation pun ada gak. And coverage dia pun not bad. 

Not bad for a drug store brand ok the quality itself. I dont expect much actually because I know tak semua foundation sesuai dengan kulit kita. But this one is a good one! I like how my skin glow after wearing it. Walaupun NUDE, but still my face glowing2 gitu haa.

Next time, I plan to get their blusher, highlighter and eye shadow plak. Dah la packaging cute, gila kejap masa duk usha-usha tu. 

Korang kalau nak beli Physician Formula boleh walk in ke Watson. Tapi kalau tak silap selected Watson ja yang ada Physician Formula ni. 


Product :

Physician Formula Touch of Glow Nude Wear Liquid Foundation

Price :

RM81.55
*bought 30% off

Coverage:

Medium to full coverage

Rating:

4.5🌟

Till then , stay tune for the next review. 
😘😘😘


Quick update nak share dengan hampa semua. Biasala mood nk blogging tu tak berapa nak mai lagi2 kalut dengan Kak Nena n Chachah ni.

As usual la siakap ni jatuh kategori ikan favourite dah. Kalau pi Mydin tu kalau sekoq dia jual nett rm8 ti memang hangkut la 2 3 ekor habuan nak msak kat runah ni. Selalu akan request potong gulai and belah dua ja.

So kali ni meh nak share resipi siakap sambal kicap pedas ala thai. Senang ja kijaan dia. As usual la bila ala thai ni banyak main dengan masam n manis kan. So japgi kami kongsi resipi naa.



Bahan-bahan:

* ikan siakap goreng
* ibu sambal
* kicap
* 3 biji bawang merah, 7 cloves garlic ,  7 bijicabai melaka ( chopped halus guna Tefal manual chopper ja)
* cuka
* gula
* garam
* Meggi cukup rasa
* daun bawang
* daun ketumbar

Cara-cara:

1. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.
2. Lepas goreng ikan siakap as usual, keluarkan minyak goreng yang banyak tu and tinggalkan sikit habuan nak menumiskan.
3. Then tumiskan bawang merah, garlic dan cabai melaka yang da dichopped tadi. Sikit ja ya. Jangan guna semua.
4. Then masukkan ibu sambal. Kacau- kacau and masukkan kicap and cuka. Lepas tu, masukkan air skit.
5. Lepas tu masukkan lebihan menda-menda alah yang da di chopped tadi.
6. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula.
7. Masukkan siakap yang da digoreng tadi and gaul-gaul bagi masuk and serasi sikit kuah dengan ikan.
8. Last sekali sebelum tutup api, masukkan daun bawang.
9. Hidangkan ikan and then tabur ja daun ketumbar tu ya.

Da siap. Makan ni dengan nasi panas-panas gu pulak dengan tomyam. Perghhh meleleh wei.

Pendek kata selamat mencuba noh.


Lately ni kalau peminat Scandinavian / Nordic homestyle mesti tengah IN kan indoor plant. Yang tengah menaip pun sama gak. Dah menghijau dah kat dalam rumah ni. Best woo.

Jom kita check indoor plant apa yang korang boleh adopt untuk letak dalam rumah korang.


Pokok sirih gading atau dalam bahasa omputihnya Money Plant / Devils Ivy ni antara indoor plant yang famous dan mudah sangat2 dijaga. Dikatakan mampu menyerap gas formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya yang lain.


Pokok Lidah Mentua, walaupun nama menyeramkan tapi pokok ni sangat bagus untuk meneutralkan udara dari gas-gas yang toksik.


Aloevera atau lidah buaya. Selain senang dijaga, batangnya boleh digunakan untuk mengubati kulit bermasalah dan boleh dimakan. Dahla boleh makan, mampu menyerap gas-gas beracun pulak tu. 


Pokok dracaena (sandrieana dan marginata) manpu menjadi penapis udara berkuap.  Bagi korang yang tak berpeluang buka tingkap dengan kerap boleh la bela pokok ni ya. 


Monstera Deliociosa antara kegilaan penggemar hiasa Scandinavian termasuklah aku. Mampu menyerap formaldehyde yang berbahaya kepada kesihatan manusia.


Pakis Boston ni bagus sebab membersihkan, menyegarkan dan melembabkan persekitaran. Sesuai la letak dalam bilik yang ber air cond supaya kulit tak kering.


Spider Plant

Kelebihan Spider Plant ni adalah mempunyai daya serapan racun-racun yang tinggi. Dalam masa dua hari, Spider Plant ni dapat menyerap up to 90%. Fuyooohhh. 

Kalau korang nak tau, kawasan rumah aku ni antara Red Zone denggi tau so memang la sangat-sangat risau. Almost every week bulan lepas ada semburan. Tapi kan, bila aku letak banyak indoor plant dalam rumah aku kan, aku takda la rasa suffocated sangat dengan bau asap semburan tu. Kalau tak ka, bukan nyamuk ja boleh pengsan haa..aku ni pun boleh pengsan. Tapi ok la, memang cepar gila indoor plants yang aku sayang ni menyerap bau-bauan yang kurang enak ni kan.

Korang kalau busy bekerja, boleh try bela yang paling senang macam Money Plant tu. Boleh letak juga dekat meja keja korang. So bila stress tu nampak hijau2 boleh la release skit kan. Ye dok?






Saja nak share...
Lately ni Aishah macam refuse nak direct feeding sebab maybe tak puas and prefer bottle feeding (but still bmilk). Yes diakui, memang susu drop. Maybe due to pola pemakanan yang tingtong. Makan ikut dan, kadang2 tak sempat makan. Kadang-kadang makan pun macam tak makan. Ohoiii...pastu badan penat. Pastu bammmmm...susu drop. Serius jenuh kot, dah la duk kat rumah, tak nak direct feeding pulak tu???nak yang pump ja? Bila pump pun dapat sikit. Tak macam masa bf kat Adriana, 6oz satu session tu adalah biasa. Siap over supply and penuh 1 deep freeser lagi. Memang jenuh jugak pikiaq nak wat lagu mana ni...ni nak dapat 3oz pun bercinta untuk both side. Stresss T___T

Terus teringat dulu2 masa bf Adriana selalu minum air rendaman halba or fenugreek ni. Memang serius takdak masalah milk supply.  Awat la kali ni aku tak minum2 air halba ni dah? Semalam terus p kedai mamak kat rumah ni untuk beli.

Bammmm, pagi tadi engorged gila and lepas df Aishah sebelah, 1 side lagi pump dapat 4oz+ . Satu peningkatan la. So hari ni, dari pagi dia direct feeding ja maybe sebab dia dah rasa susu tu banyak  balik kot. Kalau tak, memang dia alihkan ja muka dia. Stress woi kalau anak tak mau direct feeding. Memang susu boleh drop kaw2 punya. Ni Alhamdulillah la dia start mau direct feeding balik macam biasa.

So hari ni akan teruskan minum air halba. Nanti aku update lagi hasil dan kesan dia dalam masa seminggu.

Silap aku jugak, sebab aku ingat dulu aku oversupply so dengan Aishah ni aku wat lek wat pis ja. Kadang-kadang nak p luar semua aku pump susu dalam botol sampai satu peringkat dia selesa lagi minum kat botol sebab tak payah susah2 sangat mnghisapnya kan. My bad. So lepas ni, minum botoi bila mama takdak kat rumah pi zumba or spa ja ya Aishah. 

Korang2 yang ada prob dengan milk supply. Silalah try halba ni. Aku rendam dengan air panas and mnum masa suam2. Takda rasa pun. Kalau nak ada rasa letak madu sikit. In Sha Allah, ni antara d best milkbooster ever yang aku pernah try. 

And jangan lupa kena banyakkan direct feeding dengan baby. Yang bekerja, ikut jadual pump masa kat kerja. Makan kena on time , takyah gatai nak diet bagai. Pastu air minimum 4L ya. Penting tu tau. Ingat jangan ngelat direct feeding, pump and minum air tau! And hubungan dengan Allah pun kena jaga, sebab nak bagi ke tak tu kat Dia. Banyakkan zikir Ya Matin tau. Ingat, nak bf ni memang bukan mudah. 

Apa pun, enjoy and cheerish the breastfeeding moment ya. Nanti bila anak da wean off mesti rindu gila bonding tu.
Hai korang. Kali ni nak cerita pasal CC Cream Rosetyara tau. Korang tau tak CC Cream tu stands for what? Untuk pengetahuan korang CC Cream tu stands for complexion correction cream. Kiranya kakak la kepada si BB Cream tau. CC Cream ni kira...all-in-one makeup and skincare formula lengkap dengan SPF, moisturizer, and anti-aging properties. Siap berfungsi sebagai pelembap, primer, serum, krim pelindung matahari) tetapi special nya CC Cream ditambah dengan kelebihan terhadap penjagaan kulit. SPF dalam CC Cream lebih tinggi daripada BB Cream . 




Kiranya CC Cream ni bersifat lebih full coverage kalau compared dengan BB cream tau. Yang paling best bila CC Cream RT ni bau dia macam vanilla. Sedaaaapppp ja bau. Pastu boleh guna as make up base tau before apply foundation. Tapi kalau korang nak pakai dia saja pun boleh untuk daily make up yang light-light.


Ni kami guna CC Cream dari Rosetyara ja tau as daily make up look untuk nude / natural look. Warna dia akan blend ikut kulit kita tau. Memang wowww tau sangat-sangat.



Lepas apply semua blusher dan segala mak nenek, maka kami pun touch up dengan Rosetyara Radiance Powder. Radiance powder dari Rosetyara ni dia sangat-sangat wow tau sebab dia bagi finishing glow-glow gitu haa tanpa mentepung gomakkan muka kita.



And final, kami spray muka kami dengan Rosetyara Bling Bling Spray. Terus muka glow glow merelip merelap. 

Paling best sebab Rosetyara Beauty ni local product and dah makin banyak range ya. Selaku agent/ VIP Rosetyara yang antara terawal memang aku berbangga sangat bila ada produk Bumiputera yang setanding dengan jenama antarabangsa.

 

Bermula dari satu kod foundation, kini Rosetyara Beauty dah ada macam-macam produk kosmetik dan kecantikan.

Korang kalau berminat nak dapatkan produk dari Rosetyara Beauty jangan segan-segan whatsapp ja kami. 

Jom whatsapp RT:

0133363775

*CALIT-CALIT JELITA*





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS