Dapur.
Gambar sumber dari Google.
* simpan kesemua peralatan yang tajam dan susah nak dicapai oleh si kecil.
*sorokkan wayar yang bergantung seperti cerek elektrik, rice cooker dan sebagainya.
* simpan plastik yang tak digunakan. Ramai kanak-kanak yang lemas bermain plastik.
Ruang tamu.
* tutup tingkap dan pintu terutama mereka yang tinggal di rumah flat, apartment dan kondo.
* hadang tangga untuk mengelakkan s kecil bermain di tangga.
* gunakan penghadang bucu untuk bucu-bucu tajam seperti bucu meja untuk mengelakkan kecederaan di kepala.
Bilik tidur.
* gunakan selak keselamatan dan penutup tombol pintu untuk mengelakkan si kecil terperangkap di dalam bilik.
* pasang jeriji tingkap dan penghadang supaya tidak dapat dibuka sepenuhnya.
*sekiranya menggunakan katil dua tingkat, janganla bagi anak kurang dari enam tahun tidur dekat atas dan elakkan mereka bermain di atas katil dua tingkat.
* elakkan dari memberi gadjet, risiko renjetan eletrik semasa mengecas adalah tinggi.
Bilik air.
Gambar sumber dari Google.
* pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup.
* jangan biarkan anak ke tandas berseorangan.
* never ever biarkan anak berseorangan mandi dalam besen mandian. Tinggi risiko untuk lemas.
* letakkan alas pelapik kaki di depan tandad untuk mengelakkan si kecil tergelincir.
*jangan letakkan peralatan eletrik berdekatan sinki, besen mandi ataupun tandas.
Ni sedikit sebanyak sharing untuk keselamatan anak-anak kita di rumah.
Jom jemput like instagram : Scandi_scandu untuk penggemar hiasan scandinavian
Add your comment