Satu fasa sasau kat Takuya Kimura ni. Habis kumpul duit beli cd cerita drama dia berlakon wei.
Time ahkak tengah up mcm korang ni dik, drama hit time tu Meteor Garden dik. Gila pecah kepala tengok kehenseman Dao Ming Sze...ehh memang tahap sasau tengok Jerry Yan tu. Masa tu cuti abih SPM, setiap petang melangut nak tengok Meteor Garden ni. Bila da habis, gigih kumpul duit beli cd pulak. Zaman tu takdak lagi dvd tau. Still guna floppy A lagi. Korang tau ke floppy A tu amenda...disket2 tu korang pun tak pernah tengok kan.
Siap aku beli lagi kaset F4 ni. Lagu Ni Yao De Ai tu aku boleh hapai la. Kahkah. Kalau bagi aku tengok lagi pun aku tak kesah ni.
Terus terang aku cakap dari zaman aku belajaq dulu lagi aku ni jenis memilih kalau nak tengok drama apa-apa pun. Masa dekat nak final sem diploma, boleh pulak sasau tengok Fullhouse tu pun sebab laki aku time tu suruh aku layan cita best dia kata. Time tu dia panggila aku periuk nasi dia sama macam Rain panggil kat Song Hye Gyo tu. Macam mana setannya perangai Rain dalam tu..macam tu la jugak sama setannya perangai laki aku dulu buli aku. Ntah kenapa la aku boleh ter fall in love dengan kawan baik aku sendiri ni yang suka membuli aku..cari pasal ngn aku doploh pat jam. Tu la asyik gaduh2 sangat last2 jadik laki bini..padan muka!
Cerita ni pun buat aku susah gak nak move on. Kira tension skit buat thesis aku repeat balik. Tapi aku tak minat la Rain ni sebab tak hensem.kahkah.
Sampai la masuk degree, time degree ni gula schedule pack diknon..almost every engineering subject ada lab. Ada lab means berjam-jam duk kat lab run experiments. Kalau kena run distillation column ni haa tunggu la ya. Harap maklong. Lab report takyah cerita. Ehh menyampah pulak aku banyak nauuu keja kena buat. Sebab tu spesis aku ni, aku memilih nak tengok cerita korea tu.
Tapi masa awal degree tu terlayan My Name is Kim Sam Soon, serius cerita lawak nak mam..pastu tetttt hero pun hensom, macho n sombong nak mam. Ok aku memang suka laki yg pattern sombong-sombong n a lil bit bongek ( referring to my husband!). Serius sampai lani kalau aku tengok cita Samsoon ni aku boleh gelak lagi.
Kawan-kawan rapat aku pun mesti tau kenapa la aku boleh suka sangat cerita ni. Sapa tau kisah bercinta aku dengan laki aku mesti tau kenapa la aku suka sangat cerita ni. Lagi pulak Hyun Bin ni hengsom!
Kalau tak Hyun Bin berlakon, tak siorrr teman nak nengok nyaaa...
Time tu jugak fames cerita My Girl, pakat la adik2 junior aku saiko aku suruh tengok nanti jatuh cinta dengan Lee Dong Wook la bagai. Sory skit, wa jatuh cinta ngn Lee Jun Ki ja. And start dari situ la terminat Junki ni.
My Girl ni antara cerita top gak. Hari tu masa dalam pantang One HD ada tayang balik...sedap gak la layan. Tapi time ni Junki tak femes sangat lagi haa.
Oh ya. Kat rumah aku ni memang susah nau nak dapat layan cerita Goryeo ni ya. Kalau laki aku ada..kompem2 dia buka fox la...tak cukup lagi nak kena berebut dengan Adriana lagi. Tapi nasib ka laki aku leh layan Running Man sama-sama dengan aku tau. Dalam pantang hari tu ja mood korea aku duk mai balik sebab ada tayang Secret Garden lakonan Hyun Bin dengan marathon cerita Scarlet Heart Ryeo masa Xmas hari tu. Maka sampai lani la aku tak boleh move on lagi dengan cerita Scarlet Heart Ryeo ni.
Haah akak memang spesis susah nak move on skit. Spesis susah nak layan menonong ja semua cerita. Sebab tak semua cerita akak boleh suka. Eh tapi Legend of The Blue Sea ok not bad. Sebab 24hrs tu macam-macam nak kena buat. Kalau semua cerita korea aku nak layan, masak ke mana, anak ke mana apa ke mana. Dapat repeat tengok Junki dalam Scarlet Heart Ryeo 1 episod setiap hari Jumaat pun da rasa best sangat.
Kasik chance la kat akak yang tak boleh-boleh move on ni. Akak boleh tengok balik cerita Samsoon tanpa jemu walaupun da 10 tahun berlalu tau. Scarlet Heart ni baru lagi, of coz la lagi susah nak move on.
***sapa lagi spesis susah move on macam ahkak ni haaa??? Tapi nanti nak tengok jugak la Goblin, nak tengok pakcik hensem Gong Yoo berlakon dalam tu.
wahhhhh baru teringat cita2 drama2 hat dulu tu meteor garden, full house, beautiful life..mmg ms tu xleh move on lgsg haa...berangan smpai lau boleh depa ni couple terus dlm realife.
ReplyDeletetp k.el lau tgk drama2 ni mmg keje2 umah tip top..sbb tgk drama ni pun sambil masak ok..pas2 layan smpai 1 2 pagi hahaha gilee!!!
k.el tgk utube lam fon je lah..sng nak bw kemana2..tu sbb x leh join sembang2 kat wasap..haha
X puas k.el..lani byk gangguan..nak feeling2 pun payah..so kena tggu tengah2 mlm ank da lena baru boleh layan perasaan.zaman belajaq dulu esaimen berlambak...lab report lagi..sbb tu kena select2 ikut hero..kahkah...sama la macam lani
Deleteaa full house! first korea drama yg tgok,,baru je marathon balik tgok cite ni bulan lepas!
ReplyDeleteFirt korea ekin winter sonata,lepas layan korea auturm in my heart, full house, staiywan to heaven, all about eve, dan banyak lagi lupa dah.. Loni mood korea mai balik hahahaha suami ekin siap duk cakap tgk korea jangam ralik hihihihi
ReplyDelete