Actually cerita dating ni dah lama. Hari kedua lepas pantang hari tu da mintak kat mama aku untuk keluar berdua dengan Adriana. Mintak mama aku or maktok Adriana n Aishah tolong jagakan Aishah jap.

Sebenarnya saja amik kesempatan ni untuk dating berdua dengan anak dara kami sorang ni. Kesian kat dia, tau kadang-kadang dia maybe rasa aku abaikan dia and more focus on Aishah and kadang-kadang termarah kat dia bila dia bising-bising masa adik dia tidur la apa la.

Sory kakak. Mama kakak ni memang selalu jadi mak hang hijau. Tapi percayalah kasih sayang mama kat kakak tak pernah pun pudar. Aduh sentimental pulak hujan-hujan ni. Omgeee.


Bawak anak kesayangan mama ni keluar pi restock RT kat HQ then pi CMart pula makan ayam gunting. Pastu melayan dia beli barang nak masuk sekolah pula kat Mr Diy. Sunnies tu pun beli kat Mr Diy ja.

Seronok bila tengok dia seronok and enjoy. Senyum ja. Sory la kakak kalau mama marah-marah kakak. Marah tu sebab mama sayang. Kakak tetap permata hati mama sampai bila-bila.

Lepas ni kena selalu la dating berdua dengan kakak. Adik kita tinggai kat papa kan kakak. Lepas ni kita pu dating kat salon potong rambut pulak ye kak. Rambut mama da macam kak limah dah ni. 

Jadi mak-mak macam ni la. Takut nanti anak ni terasa kita tak sayang dia ke apa ka. Walhal sayang ja. Cuma kadang-kadang attention tu tak dapat nak bahagi sama rata. Lagi-lagi sekarang ni memang Aishah tu 100% clingy dekat aku kan. Nasib la time nak mandi ka nak basuh yayak ka papa tolong mama untuk handle si Aishah ni. 

Lega jugak la dapat suami yang jenis tak kekok nak handle anak-anak and yang paling penting tak geli nak basuh taik anak sendiri kan. Aku dengar ada kawan aku, suami diorang anak berak pun taknak basuhkan. So aku ni jatuh kategori kena bersyukur sebab suami aku boleh tolong lagi aku. Kalau la dia jenis tak menolong, aku rasa bukan setakat hijau ja..merah kuning semua ada oi.

So lepas ni cerita dia, aku ni kena kawal sikit jadi mak hang hijau kuning negeriku. Sory kakak kadang-kadang kena marah ye. Nasib la kau kak oi.


SHARE 2 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS