Pameran MAHA 2016- Rasanya lama gila da aku tak pi MAHA. Last pi rasanya masa still belajar kat MICET.
Yalah time tu kat major aku dalam Bioprocess so memang ada la kena mengena dengan Biotech jugak. MAHA ni memang femes la di kalangan budak-budak Biotech. Suka tengok nanti ada pameran kultur tisu la, new food technology la, pendek kata memang best la.
And dengar kata MAHA 2016 kali ni pun tak kurang hebat sambutan dia kan. Bila tengok orang update pi MAHA, alahai bestnya. Katanya MAHA kali ni mencatatkan jumlah pengunjung seramai 3.7juta orang. WOWWWW banyak tuuuu.
Seperti yang kita tau MAHA ni adalah singkatan kepada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia so pameran-pameran yang ada ni more to pertanian, agrikultur dan agro. Ada juga member UniKL MICET aku yang terlibat and join pameran MAHA ni sebab dia memang bukak company untuk culture tissue untuk pokok pisang. Kiranya company kawan aku ni tak silap ada join venture dengan Biotech and dapat geran dari government. So nampak la member aku tu join pameran MAHA kali ni kat fb. Dulu sama-sama pi MAHA, sekarang dia yang join dulu event tu.
Kalau da sebut pasal pameran pertanian taksah la kan kalau takda buah-buahan tempatan. Perghhh pantang-pantang ni terliur wei tengok buang mangga tu😅😅😅
Macam-macam betul aktiviti dan pameran kat MAHA 2016 ni. Alahai bestnya. Kalau lah Serdang tu tak jauh dari Penang kan. Mau tiap-tiap tahun aku serang tu.
Selain seronok membeli-belah time MAHA ni, aku paling seronok bila tengok certain company yang present latest technology yang diorang gunakan or apply untuk product diorang. Ye lah, aku kan budak chemical engineering so sedikit sebanyak menda-menda yang macam food technology, biotech ni semua aku belajar la jugak. So bila tengok application dia tu rasa teruja tu kompem la ada kan.
Berduyun-duyun orang p MAHA 2016.
MAHA 2016 pun da habis, 2016 pun da nak melabuhkan tirai. Harap-harap tahun depan punya MAHA boleh la pi bawak anak-beranak kami join. Boleh la mengenang memori daun pisang mama n papa duk "berperang" dulu-dulu masa p i MAHA.😁😁😁
Add your comment