Thomas & Friends™ Meneruskan Pengembaraannya ke Pulau Pinang Untuk Meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia



Bersedia semua! Satu-satunya taman tema Thomas & Friends di Malaysia membawakan Thomas Town ‘Mini and Mighty’ Tour ke Gurney Paragon Mall, serta pameran eksklusif  70 enjin MINIS, sesi bertemu peminat dan banyak lagi!




Pulau Pinang, 1 Oktober 2016 – Thomas Town, Puteri Harbour, dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia lebih awal dengan Thomas Town ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour yang berlangsung pada 1 hingga 16 Oktober 2016.

Berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada  pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang. Ia menyediakan aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride,  Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak Thomas &Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor!






Istimewanya, buat pertama kali di Penang, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter! Menerusi  pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.




“Kami teruja dapat menjadi hos ‘Mini and Mighty’ Pulau Pinang pada bulan sambutan Hari Kanak-Kanak. Di Thomas Town, Puteri Harbour, setiap permainan (rides) dan aktiviti dicipta khas agar seluruh ahli keluarga boleh mencipta memori indah bersama dan menggalakkan hubungan mesra di antara ibu bapa dan anak semasa melakukan aktiviti yang disediakan. Besar harapan kami agar setiap rakyat Malaysia dapat merasai sendiri nilai pembelajaran melalui pengalaman dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang di Thomas Town ‘Mini & Mighty’ Tour,” kata Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town, Puteri Harbour.




Turut serta dalam perasmian ni , Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng.




Thomas & Friends mempunyai legasi selama 70 tahun dan Mattel berbangga dapat menjadi sebahagian daripada  ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour sebagai tanda penghargaan kami terhadap salah satu karakter yang paling popular dan disayangi di seluruh dunia,” kata Fong Jia-Li, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Bayi dan Prasekolah Mattel Asia Tenggara. “Watak-watak yang berwarna-warni dan mudah disayangi ini membantu kanak-kanak belajar sambil bermain, ia sejajar dengan visi kami di Mattel, dan kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman ini dengan peminat-peminat cilik di Pulau Pinang.”




“Mengujakan, interaktif dan mesra keluarga - ini yang boleh anda jangkakan di Gurney Paragon Mall dan ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour 2016 sememangnya menawarkan kesemua itu dan lebih lagi. Kami menjangkakan jelajah ini pasti mendapat sambutan hangat daripada pengunjung” kata Khor Tze Ming, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza Group. “Acara ini telah mengubah ruang legar Gurney Paragon Mall menjadi dunia penuh keajaiban untuk peminat Thomas & Friends dan kami berbangga dapat menjadi hos untuk acara yang dapat merapatkan hubungan kekeluargaan ini.”




Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM 99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini Mighty’ Tour.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

Khas sepanjang dua minggu berlangsungnya showcase ini, para pengunjung di Gurney Paragon Mall yang berbelanja RM200 ke atas dalam 2 maksimum resit pembelian di mana-mana outlet dalam mall ni atau di Thomas Town, Puteri Harbour booth tiket atau di bahagian barangan Thomas & Friends bolehlah menebus sepasang pas untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk menikmati perjalanan keretapi di showcase ini. Atau boleh lah membeli tiket perjalanan yang bernilai RM80. 



Jadual Aktiviti 

Thomas & Friends Train Ride (1-16 October, 2016)
10.00am-12.00pm
1.00pm-6.00pm
7.00pm-9.00pm
1 October, 2016
5.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet Session On-Stage
6.00pm Thomas Town Maze Challenge
8.00pm Thomas Town Track Challenge
9.00pm Thomas Town Trivia

7 & 14 October, 2016
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
4.00pm Thomas Town Trivia Contest

8.00pm Thomas Town Track Challenge

 8 & 15 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session
9.00pm Rusty & Dusty Meet & Greet

2,3,9 & 16 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session


Bukan anak-anak ja yang teruja, mak-mak budak pun teruja juga. Bersama blogger Kak Eyda pada hari pertama showcase.

*** untuk orang-orang Penang, jangan lepaskan peluang untuk ke Gurney Paragon Mall dan boleh saksikan sendiri kesemua 70 minis Thomas & friends di situ.  Boleh rujuk schedule di atas untuk rujukan korang ya.






SHARE 7 comments

Add your comment

  1. best3
    nanti uols bawak la anena sekali yer he3

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaa ! kalau ada kakak anena, lagi sakan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak pi masa hari perasmian..dia p keesokkan harinya. Mama x larat nak angkut dia sorg2 dgn perut mcm tu

      Delete
  3. lupa nak bergambo ngan fat controller kan

    ReplyDelete
  4. Haah kt pulau kak...
    Sekali sekala masuk pulau ok la kan

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS