Hari Rabu lepas punya la teringin nak ber shell out dekat rumah. Apa lagi p pasar malam, beli la bahan-bahannya.


Bahan-bahan untuk shell out:

Jagung -2 tongkol je aku guna
Brokoli-half
Carrot- 2 biji
Green capsicum(half je aku guna)
Udang-14 ekor lebih kurang (beli dekat2 1kg)
Ketam-3 ekor
Sotong-10 ekor( beli guna semua)
Bawang besar, bawang merah , bawang putih(blene kering/kasar)
Cili kering yang da diblend (aku guna Ibu Sambal aku je)
Sos cili
Crushed black pepper
Garam
Gula
Cukup rasa


Total damage semua:

RM65+

***Korang2 nak guna kepah ka lala ka semua boleh, tapi hari tu aku cari kat psar malam takda. So aku guna ja bahan-bahan kat atas ni.

Cara masak shell out:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang merah yang da diblend kering/kasar.
2. Then masukkan cili kering yang da diblend. Macam aku guna Ibu Sambal, process memasak tu cepat la. Tak perlu nak tunggu sambal korang masak dulu ka apa ka.
3. Then masukkan sos cili, nak letak sos tiram pun boleh. Tapi memandangkan sos tiram kat rumah aku da habis, aku tak letak la.
4. Bagi sambal tu agak kering, baru masukkan ketam. Masak la ketam sampai masak ye. Then masukkan la crushed black pepper skit, garam apa yang patut ya. Kalau taknak pedas takyah letak black pepper pun xpa.
5. Dalam periuk lain pulak, korang boleh la start merebus jagung. And then carrot, brokoli sat ja tau sebab kalau lama tak sedap. Kat rumah aku kebetulan ada pakchoy lebih, so aku celur jap je. Masukkan sekali.
6. Ketam tadi, bila da nampak masak ko angkat la dia.
7. Ulang la step 1-4 guna udang and sotong pulak, cuma last tu aku campak sekali green capsicum aku tu.

Dah sudah dah shell out aku.
Senang je. Mula-mula ingat nak hidang dalam pinggan besaq tu. Pastu ahhh, malas nanti kang dengan ketam bagai. Bentang ja lah, plastik besaq atas meja...kita humban segala2 yang kita masak tadi.

And sila lah makan suami dan anak-(anak) termasuk yang dalam perut ni.

So amcam? Senang ja kan?? Tutup mata pun boleh buat.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. haa puas hati makan kat rumah kan.. nak nikmati sepuas²nya pon bleh tanpa risau sekeliling..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpa...nk puas mkn..kena msk sdri je dik...huhuhuhu

      Delete
  2. Betul.. Puas hati masak sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul reen...
      Ni mmg double potion yg mkn kt kedao hari tu

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS