Quick update!
Sekarang ni dekat Albany, Western Australia. Same time as Msia kalau western side of Aus ni. Kat sini pukul 5.30 da nak gelap. So the nite life start earlier. Sekarang pun rasa mcm dah malam gila walhal baru kul 7.48pm. Dah terikut dengan Ausie kot malam ja chillex kat umah (tempat kitaorang stay)
So kali ni nak cerita tips travel skit walaupun tak la terer sangat nak bagi tips kan. Ehhh.
Sebenarnya ni boleh dikatakan long hours flight untuk Adriana. Setakat Penang-KL tu 45 minutes ja apa la sangat kan. So this is what we need to consider bila travel with kid(s) ni.
Bila travel with kid(s) ni yang paling penting kita kena paham tabiat semula jadi anak kita sendiri. Jenis reti duk diam ke tak..jenis hyper ka..jenis suka lena ka...jenis tak reti duk diam ka jenis melasak ka jenis macam mana...tak tau???haaaiii anak sendiri pun tak tau kaaa??? Macam aku, Adriana ni memang jenis akan cepat menggelupur. Nasib time mai ke Perth hari tu dia lena dekat 3 hrs. So another 2 hrs plus tu takkan nak expect dia bersopan santun kan. Mesti la ada menggelupur dia tu. So untuk long hours flight, Perth ni dah cukup ok la tak lama sangat dia nak menggelupur kat dalam tu.
Second, kalau korang ni jenis kaki panjang ( laki aku la tuuu)...panjang sangat orang nya (sebab tu la aku suka dia...sebab tinggi..hahahha) . So flight2 yang sempit tak la aku sajes. Kesian kot. P KK dr Penang pun 2 n half hrs pun aku rasa kesian kt dia bila tengok dia tak selesa naik AA.
Ketiga, condition korang. Macam aku mengandung ni memang la kan nak keselesaan. Keselesaan tu penting bagi aku. Ruang kaki untuk bagi kaki aku gerak2 pun kena la luas jarak dia dengan seat kat depan tu.
Dan sebab tu jugak la untuk trip ke Perth kali ni aku amik Malindo sebab adik aku cakap memang Malindo punya seat lebih besar skit dari AA. Siap jarak dengan seat depan pun luas. Yang paling penting , free entertainment kat atas tu, free meal and free lugage 30 kg ( sebab tu releks ja aku hangkut 1 lugage utk ration n rice cooker saja). So i trust my brother yg memang dalam aviation industry. Thanks adik sebab rekemen Malindo (walaupun ada skit slack utk trip kali ni). Lagipun time aku nak beli tiket ni tiket AA n Malindo pun tak jauh sgt beza dia...dalam seratus hingget mcm tu saja.
Kepada korang yang nk cari tiket flight murah boleh check website skyscanner ya. Kat situ dia ada wat comparison harga airlines mana yang murah. Bukan setakat AA , Malindo ja ada...MAS ka jetstar ka semua ada tau. So pandai-pandai la korang ya. Bagi yang travel solo or tak bawak anak ka maybe boleh cari tiket AA masa promo.
Pendek kata, ikut selera korang and needs korang yang nak travel time tu macam mana. Kalau aku memang kalau boleh nak naik Malaysia Airlines. Tengok nanti2 ada rezeki lebih mesti nak support airlines negara tercinta.
Nanti2 la kita cerita travel tips yang lain pulak ya. Sejuk2 ni rasa nak makan meggi ja lagi. Ehhh dunt worry. Kita wat yang healthy version of meggi ya.
Len kali kita update travel tips : memasak masa travel pulak ya. Stay tune.
Bagus tips ni
ReplyDeleteTq ekin
Deletetake care 4 of u... tak sabaq tunggu next entry...
ReplyDeleteTq zaf...
Delete