Dulu2 masa kerja 4 bulan lagi nk raya, sibuk da collect note hijau untuk bagi duit raya kt sepupu sepapat yang besar2.

Sekarang ni duit raya semua husbang bagi. Wakakkakaka. Tapi da upgrade jadi simpanan note oren. Simpanan note oren untuk tahun ni da 3 kali da tuai hasil. Memang berdisplin gila la bila simpan note oren ni. Yang first hari tu da tukar ke gold , dapat 4 ketul cincin comel (ala2 cincin Pandora), 4 charm pandora gold. And 2 ketul gold bar untuk anak tersayang. See, yang tu kumpul dari Nov last year sampai bulan 2 tak silap. Memang masa kira-kira balik tu fuyooo tak sangka banyak jugak ya.

Yang second time da selamat masuk dalam bank untuk dijadikan modal bisness. Sedar tak sedar memang banyak. Alhamdulillah.

And kali ni....


Dapat la tuai hasil nak shopping masa melancong nanti. Takda la husband jeling-jeling sangat kan time nak shopping tu.

Lepas balik melancong ni nak kumpul balik. Tengok kalau sampai awal tahun depan dapat tuai berapa pulak hasilnya. 

Bila da biasa put asside nite oren ni kita akan jadi biasa dah. Kalau terguna, memang rasa sayang and menyesal sangat-sangat. Husband pun da tau dah perangai bini dia kalau note oren cepat-cepat letak kt compartment khas dalam purse tu. Bagus gak dia belikan hadiah purse yang banyak compartment gitu.

Korang-korang pun cuba la try. Kita nak tengok target bulan 2 tahun depan banyak mana pulak nilai tabung oren kita ni. Kalau banyak boleh terus kumpul sampai cukup utk Tabung Melancong 2018 ke mana2 lagi. Baby pun da besar skit time tu kan.

So korang ada tabung macam mana?





SHARE 8 comments

Add your comment

  1. wahh..bleh ler soping pandora lg naa kat aussie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandora kt msia dah tershopping byk dah...
      Setakat 2 3 ketul boleh la smbar nnt

      Delete
  2. Woww.. akak tak tuai color hijau jer.. pas nie bole cuba oren pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la kak farah...
      Seronok woo...
      Hasil dia masyukk skit

      Delete
  3. illy pun suka kumpul duit camni :) tak terasa sgt pastu nanti hasildia happy jer tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...tak terasa sangat bila buat mcm ni

      Delete
  4. Ekin ada simpan mcm alia.. dah guna gak untuk bayar rotax kereta bulan ni mujur ada duit kalau tak taw macam ner kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan...skit2 lama2 jd bukit.
      And tak terasa sgt bila simpan mcm gini

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS