Salam Kemerdekaan yang ke 59 buat semua BANGSA MALAYSIA.

hampa buat apa hari ni?

Kami terperap kat rumah ja, nak pi berjalan-jalan rasa malas nya lahai. Tapi rasa macam nak ajak org tua ni p cari barang baby. Yalah, da masuk 25weeks tapi macam apa pun tak beli lagi. Napkin pun yang lepas da ke mana hala ntah. Hari tu kt uptown rumah adik sebelum p ke Perth sempat la grab barut comel dengan apa tu yang untuk tuam perut baby yang comel tu.

Baju-baju newborn kak nena hari tu memang da ni sangat dah. Berbulu-bulu abis sebab mek ni kecik ja orang nya sampai ke 4 5 bulan pun pakai baju newborn tu. Lenjan sampai berbulu-bulu la gak. Kang orang cakap anak first ja beria beli macam-macam kan. Ni haa nak kena beli jugak tapi gender baby pun tak tau lagi sebenarnya. 

As usual la kami ni kalau newborn tu suka beli yang unisex. Dua2 boleh pakai haa. Kan senang. Tapi excited la jugak nak tau gender baby kan. Gegurl ka boboboi keee....tunggu la esok kot2 p ke KK doctor scan ke tak ka. Kalau tak scan, nanti jawabnya kita p la scan dekat Klinik Marina ja lah. Nak scan kat makngah, makngah nya on duty kat Makkah.

Cerita pulak bab makan hari ni. Dari semalam duk pikiaq nak masak apa. Nak masak nasi ayam hainan ka nasi lemak kuning kedah! Harus la nasik lemak kuning yang menang kan. Ya lah kenit sorang ni pun kemain suka makan nasik lemak kan. 

Baik masak sendiri dari beli kan. Makan pun puas. Nak sambal banyak, nak ikan bilis banyak. Nak teloq seketoiii... nah amik kauuu!






Makan la sampai ke malam ya! Mama tak larat nak masak 2 3 kali. Tak kuasa ok!

Apa pun, selamat bermalas-malasan di rumah. Semoga kita semua menghargai erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Dan semoga kita semua tetap menjadi warganegara Malaysia yang bertimbang rasa. Tak kira di mana bumi dipijak, takkan sama feel dia dengan tanah air tercinta. 

I LOVE YOU, MALAYSIA WITH ALL MY HEART!

Hai semua.

Kali ni kita nak cerita dulu pasal penjagaan wanita khususnya. Pernah dengar pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu tak? Actually ni memang fav pembersih Miss V kami. Sebab suka bau2 sirih dia tu. Kami kan traditional skit! Hahahha
Ni 3 rangkaian Sumber Ayu yang kami cuba.

Jom kami cerita sikit ya pasa Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu.

Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan . Serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.  

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, Diformulasi Dengan Bahan Semula Jadi 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. 

KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU


Antara rangkain Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu.


  • Kawalan pH paling ideal pada pH3.5 agar ekosistem Miss V berada dalam keadaan baik.

  • Kaya dengan ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria berbahaya

  • dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU wajah baru yang lebih segar. 

  • Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

  • Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

  • Sesuai bagi semua wanita di setiap peringkat umur
  • MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
  • BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.

Dan ni antara 3 daripada 6 rangkaian yang kami dapat untuk dicuba. Selalu pakai yang floral tu je. Kali ni dapat yang lain rasa best nyaa.


Pembersih wanita Daun SirihSumber Ayu FRUITY - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.Pilihan terbaik bagi si gadis yng ceria,lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.




Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ORCHID - Haruman segar dari kuntuman Orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara




Pembersih Wanita Daun SirihSumber Ayu MUSK - Aroma semulajadi kasturi yang ringan yang menyuntik kesegaran optimum agar kekal segar sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan



Sebenarnya, kesihatan Miss V bagi seorang wanita tu sangat penting sebab dari situlah kita akan berasa selesa sepanjang hari. Bila selesa kita akan rasa boost confident tu. Yes, sebagai seorang "DIVA"..kita kena confident ok!

Kalau nak travel pun senang sebab Pembersiha Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni ada size yang kecil jugak kan, so tak payah la nak risau bila travel tu nak angkut-angkut yang besar-besar kan. And yang paling penting, korang akan sentiasa rasa selesa ja bila gunakan Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ni.

Tak percaya? Korang kena cuba sendiri baru korang boleh tau dia punya best tu. Kat rumah, memang aku sentiasa buat stok Sumber Ayu ni. Harga pun reasonable sangat-sangat. Orang cakap tak cuba tak tau kan. Lagi satu nak cari pun senang, dekat farmasi-farmasi yang femes dan supermarket semua ada produk Sumber Ayu ni. 

Jangan lupa dapatkan tau😊😊😊



Aku baru ja start tengok Si Kolot Suamiku tu yang lakonan si Elizad dengan si Ammar Bahrain tu. Aku kan suka tengok lakonan si Ammar tu sejak2 dia jadi hero dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan dengan si Izreen tu.

Ya lah dalam cerita KTAR tu si Izreen kan bawak watak vongoks2 dia tu. Tu dia tu kan berlakon kalau vongoks2 skit kan lawak. So ntah maciam mana tersuka gak kat si Ammar ni.

So bila tengok iklan cerita ni ehhh mesti best niiii. Lagi pulak Elizad ni. Mesti vongoks2 jugak ni. Aku kan suka tengok cerita yang lite2 dan vongoks2 dan senang aku nak hadam and enjoyy ja the whole story.



Memang vongeks jugak dua2 dalam cerita ni.

Tapi kannnnnn......
Aku perasan sangat2 dalam cerita ni Ya Rabbi cantiknya la kulit si Elizad ni. Gila terpegun aku tengok kulit dia.

Tak mekap pun kulit da lawa gila! Oh maiiii.


Hukaloh gebu sangat ni kulit dia. Jeles nyaa..

Ok terus nak pi telan Vitamin C Shaklee and vivix and pastu nak tempek Honey Bee Venom la bagi kulit cantik persis korea persis elizad ni....
Huwaaa plizzz ai pun nak kulit lawa mciam niiiii!!!



Istimewa

in , , by Alia Farhan, 3:10 AM
Here we go again, an emotionally post again. Emo sebenarnya bila pikir2 balik am i good mom or not. Am i a tarzan or what sometime??? Am i??? 😂😂😂

Sebenarnya nak cerita pasal si kakak Nena tu. Sekarang ni cepat betul dia punya touching tu. Salah skit touching gila ngan mama dia especially. Kadang-kadang aku ni bila da penat mula la nak jadi tarzan. Ya Allah. Serius kadang-kadang tu asyik nak jadi singa ja. Lagi-lagi kalau aku memang tengah penat gila-gila.

Sebab tu aku jadi pemarah jugak for my second pregnancy ni. T_______T
Mentally n physically exhausted katanya!
I wonder how people yang beranak lima enam releks ja pregnant lagi and hadap anak-anak yang tengah melasak bagai tu.

Sebelum p ke Aussie hari tu, masa hantar kak Nena ke rumah tokmama dia as usual aku kena dukung dia sebab dia tengah tidoq time tu. Masa amik tu, tok mama dia cerita la, tokmama dia kata la kakak kena la jalan sendiri, kesian kat mama dalam perut ada adik lagi.

Guess what she replied????
She said, anena takmau la adik. Nanti mama tak sayang anena dah.....

Huwaaa sumpah aku sebak sangat2 time tu. Ya Allah. Tu ka apa yang dia rasa sekarang. Sorry kak nena, mama tetap sayang kak nena sampai bila2. Sebab kak nena la 1st anak mama yang duduk kat rahim mama sembilan bulan. Melekat kat dada mama hampir-hampir 3 tahun. T______T

Kak Nena la yang paling istimewa untuk mama n papa. Semua anak-anak mama n papa, mama n papa sayang.


Sayang bushuk masham mama ni. Time ni la boleh gomol dia puas2 tanpa kena tolak muka. Dulu2 dia asyik kena buli ja ngn mana n papa dia.

Lani tiap2 malam sebelum tdoq kena cakap dengan dia heart to heart. Mama sayang kakak, walaupun nanti ada adik, mama tetap sayang kakak sampai bila-bila. Kakak pun kena jaga adik tau. Kena sayang adik tau. Bila cakap2 macam tu sambil peluk2 dia, dia pun tengok ja muka aku sambil angguk2. Sumpah mama touching gila!

Time kecik konet mcm ni gomol macam mana pun xpa. Lani kena bodek2 dulu kalau nak mintak kiss pun. 

Semoga aku terus kuat untuk jaga amanah2 Allah ni dengan sebaiknya. Sedih jugak kadang2 bila aku terlalu ikut hati n marah2 ni, walhal diorang ni bukannya amenda pun. Cepat2 nanti aku lari ke tempat lain untuk cool down. Allahu, nikmat mana yang aku dustakan. Allah dah kurniakan aku anak pun aku patutnya bersyukur kan. Ramai lagi yang masih menunggu untuk menimang anak sendiri tapi belum lagi rezeki tapi aku kadang-kadang terlupa dengan amanah Allah ni.

To Adriana Arissa, kak Nena sentiasa istimewa dalam hati mama. Mama sayang kakak Nena sgt2.



Krim Honey Bee Venom 
Sapuan Krim Khas mengandungi racun lebah, propolis dan royal jelly untuk melegakan masalah kulit
Mengandungi 5 % racun lebah racun , ekstrak madu , ekstrak propolis dan ekstrak jeli diraja yang meremajakan kulit , krim ini melembabkan kulit yang kusam dan kurang bermaya.


Semua dalam satu krim menjaga keseimbangan kulit yang kompleks dan bermasalah jerawat dan kekeringan
Penjagaan untuk pelbagai masalah kulit seperti kekeringan daripada rangsangan udara kotor, kekurangan air dan perbagai masalah jerawat.


Ia menjadikan kulit licin , berdaya tahan dan berseri kulit dan penuh dengan kelembapan. Asid hyaluronik meningkatan kolagen dan kandungan kelembapan pada kulit untuk kulit terus lembut dan tegas ringan , preskripsi untuk melegakan kulit jerawat.
Ia adalah selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandungi paraben , minyak mineral atau benzophenone - 4.

Mampu menjadikan kulit lebih glowing disamping merawat kulit.


Sesuai juga dijadikan make up base dan membuatkan make up tahan lebih lama.




Makin menjadi pilihan ramai disamping harga yang murah dan kualiti yang bagus. 

Rugi tak dapatkan produk best ni

Harga: RM78
Berat: 150g
Dikilangkan/diformulasi: di Korea

Boleh dapatkan di


Atau;

Whatsapp: 0133363775
Jeng jeng jeng horror bila baca perkataan missed flight tu kannnnn....
Yesss memang horror n worst sangat kot perasaan time tu.

Ye lah, mau tak cuak. Beli tiket bukan murah oi. Memang demmmm sangat rasa time tu.

Cerita dia macam ni, flight kami ke Perth sepatutnya pkul 6.45pm. Tapi masa seminggu lagi nak fly Malindo keep on sms/email flight delay. Ok delay takpa lagi la kan sebab aku pikir ok cantik boleh sampai Perth kul 5.30am macam tu time tu da subuh kat sana. 2 hari nak fly tukar lagi schedule. Pukul 9.30pm pulak. Ok tak kesah lagi.... by the time esok nak fly tukar balik ke 6.45pm (jadual asal).

So kitaorang pun ok ja asalkan ada flight nak ke Perth kan! Sekali bila pergi check in tengok dia print boarding pass tu  departure pkul 9.30pm and sampai Perth kul 3am macam tu lebih kurang. So aku pun patah balik tanya dat guy kat counter, adik flight pkul 9.30 mlm ke ke Perth ni? Delay balik ke? Haah kak delay. Memang tulis kat situ boarding pukul 6 tapi nak make sure la jugak kenapa departure time tu gap lama nauuu.

So since dat guy kata delay kami pun lepak la makan2 apa lagi. Yalah time tu baru kul 4 ptg kot. And kami pun masuk la ke gate dalam pukul 6.30pm mcm tu... and guess what...we missed the flight!!!! Seriousssslyyyyyy omg time tu.

Terus p kat counter Malindo dalam international pnya departure tu and ask apa sebenarnya ni. Then they asked us to meet their officer incharge dekat ats bla bla bla.  Hishhh penat kena scan lgi skali kt immigration n pick up luggage pulak dah!!

Serius time tu da sakit hati sangat-sangat terus naik and pergi ke counter Malindo. Tanya kat staff dia cakap kenapa tak pergi time 6pm ni, so aku explained yang aku ada tnya tadi flight delay ke lgi ni haa departure kul 9.30pm balik ni. Yang bestnya mamat tu kat sebelah taknak ngaku pulak dia bagitau kata flight delay. Ye lah, sapa nak ngaku kan. Maybe dia pun terlepas pandang. So aku cakap nak jumpa manager dia. And she said manager takda cuti. And i asked her to call her officer in charge.

Bila cakap dengan officer incharge tu hati aku sejuk la skit. Aku explained la dekat dia psal bla bla bla tu. Dia pun apologized sebab shud be dekat departure time tu staff dia kena ammend ke 6.45pm bukan biar ja. Lagipun aku da siap reconfrimed balik departure time tu dengan mamat tu and dia pun boleh confident cakap delay. Hahahha.

So she gave us new tickets which is the next following morning. Rupa-rupanya bukan kami ja missed flight. Ramai lagi geng2 mat salleh dari Aussie sana pun terlepas flight ke Perth sana. Semua dapat tiket ganti. And malam tu sebab da lewat nak balik ke Subang Bestari we asked them for hotel. Alhamdulillah dapat gak 1 bilik walaupun hotel biasa2 ja. Siap diorg hntarkan n ambilkan d next morning tu.

Kalau cakap ngan staff2 Malindo yang jaga counter tu mau nak buh penampaq gak la kat depa. Nasib baik officer in charge depa tu ok sangat2. Tapi nampak la jugak dia p basuh mamat yang tak ammend ticket flight kami tu. Haaa takut VIRAL lewww tewww.

Apa pun tenkiu la officer in charge Malindo hari tu date 14th August. Sebab layanan bagus kat kami walaupun kami macam nak pecah dada dah awai2 tu missed flight kami n cakap ngan staff2 lain tu rasa mcm nak penumbuk ja muka depa tu sekoq2.

Esok tu memang awai2 lepas bfast apa semua kami da terpacak kat departure gate! Seram mak kalau missed flight lagi oiii


Btw, ruang dalam Malindo boleh dikatakan selesa la. Setanding dengan Malaysia Airlines jugak ya.


Paling best sebab ada entertainment FREE giteww haa. Makan FREE takyah cakap la. Tak sempat2 nak amik gmbar sebab da lapaq sangat kot.

Ruang yang lebih besar dan selesa sesuai la untuk laki aku yang berkaki panjang tuu. Dan yang paling penting rasa naik flight bukan rasa naik bus tingtong. *hahahahah*

Akhir kata tenkiu Malindo sebab ganti tiket kami balik! Walaupun kami da macam nak pecah dada time tu kena tinggai dengan kapai terbang kami. Nasib baik officer tu baguih sama and company policy Malindo ni jenis jaga customers sama. Kalau dak memang sorry to say la Malindo oi.

***stil tak serik lagi utk fly dengan Malindo. Tapi hopefully lepas ni boleh fly dengan Malaysia Airlines pulak. Ada rezeki lebih nak fly ngan MAS pulak. 


Sebenarnya org cakap Malindo dengan flight delay or reschedule time ni berpisah tiada. Mengikut pengalaman org2 yang selalu fly la. So hampa2 yang nak fly ngn Malindo ni kena selalu allert skit ya. Ni hat tara duk allert pun boleh kena tinggai jugak. Dalam duk tanyaa tuuuu...cisss tak gunaaa! Nasib dapat tiket baru!

Alhamdulillah everything went well masa tengah fly tu. Turbulence tu ada skit2 tapi xteruk sangat. By the time sampai ke Perth tu dah pkul 4 ptg mcm tu. And sementara nak pick up luggage n check in kt immigration and check beg semua tu dan la pkul 5.30pm gak. Boleh refer sini untuk panduan makanan yang boleh bawak masuk ke Australia ya. Bila smpai2 kat Perth tu tengah hujan rintik2. Tapi Ya Allah dia punya sejuk tu sampai ke tulang (walaupun aku gemuk tapi aku rasa tau sejuk sampai ke tulang kat sana!)

So iti yang sepatutnya berjalan hari 1st kat Perth tak dapat nak follow since kami naik flight lain kan. Nasib masa kat hotel transit tu terus message kereta sewa Aries kat sana utk delay sebab flight kami ada prob. Nanti kita cita pasal Aries Rental Car ni pulak ya next entry.

Sampai2 kt Perth terus celapak amik cab ja lah. What choice do we have kan. Time tu pun da pkul 6pm and dah MALAM ok! Naik cab ke Scarborough yang atas skit dari Perth City, ke hotel kami stay Indian Ocean Hotel. Area Scarborough ni memang area pantai and area elite2 gak la hasil dari pemerhatian aku. Laut memang mengadap Indian Ocean betul2. 

Malam tu sampai2 terus keluarkan rice cooker and masak nasik dan panaskan lauk2 yang mama bagi kat kami untuk makan kat sana. Lega perut yang tengah berkeroncong tu wei. Orang Melayu dan nasik berpisah tiada!





Bila da perut makin besar ni dilemma gila kot nak pakai seluaq macam mana. Seluar jeans memang la pandang sepi saja la.

Simpan la jauh2 dalam gobok tu. Bukan xda seluar jeans maternity, ada tapi satu saja. So 1 tu ja nak lenjan memang takla kan. Nak beli lain???ah malas la. Seluar jeans biasa tu da berlambak, tunggu lepas deliver nak pakai balik!

So paling safe sekali time mengandung and makin memboyot ni pakai skirt dan pallazo pants! Sebenarnya dari dulu lagi suka sangat pallazo pants ni sebab nk jatuh terletak helokk ja bila pakai. Cuma kadang-kadang tu tak best sebab agak senteng untuk aku! Alaa aku bukan tinggi mana pun, paling ketot kot dalam adik beradik aku. Tapi paling ketot aku dalam adik beradik aku pun tinggi aku 162cm je!

Nampak menarik kan!
Aku pun suka bila tengok orang pakai pallazo pants ni.


Stylo ja bila tengok orang pakai lawa-lawa belaka. Aku pakai maciam selebet pulak. Xpa lah nanti kita share-share gmbar aku ber pallazo ya.

Sesuai la untuk fesyen Muslimah kan.  Aku kan tengah nak membetulkan cara pemakaian aku sama.

Nampak stylo ja. Harap-harap bila makyong maciam aku pakai nampak stylo gak la ya. Bukan nampak maciam bibik pulak 😂😂😂

Sekarang ni tengah duk survey-survey lagi kat Ig yang jual pallazo pants. Yang ada enam helai ni rasa tak cukup pulak. Sebab selesa kot bila duk pakai ni. Nak cari pallazo stripes pulak la untuk effect slim giteww haaa. 

Esok nak outing dengan laki mak pun otak dah match kan dah pallazo mana ngan blouse mana. Ngengada tak?


Lauk simple pilihan hati

in , , , by Alia Farhan, 7:26 AM

Bila cerita pasal makanan ni, tekak aki sekarang ni asyik nak yang simple-simple ja.

Simple ni la yang buat menambah. Selalunya aku memang akan letak potion nasik tu skit saja. Tapi bila da lauk macam ni memang aku kompem menambah!

Asyik terlajak2 ja kalau lauk rupa ni. Walaupun hidung da berayaq menahan kepedasan tapi serius takleh stop.

Hahahahah. Untuk malam ni memang masak yang simple-simple ja lah. Ikan selayang/sardin goreng berlado tu memang win! Sebab kali ni terlebih rajin sebab tumbuk ok bukan blend ngan blender! Sama gak ngan sambai belacan tu. Tumbuk bhai tumbuk. Feeling dia lain maciam bila tumbuk ni. Daun cekur tu petik kt luar rumah saja. Konsep dia berjimat cermat dan abihkan apa yg ada dalam peti ais tu.

Memang tak restock lagi barang2 kt dalam peti ais tu. Malas pulak nak pi Mydin shopping barang. Nanti2 la tunggu mood marii dulu lah.

Korang suka makan macam mana? Aku da cakap kt husband masa kt Perth hari tu tak mau makan pasta setahun...hahahaha.
Punya la tekak melayu sangat kan.

Oklah, tata.

Duk mencari ilham nak start karang untuk travelog ke Perth ni.
Huwaaaa....
Mak jem taaa kuadddd
Taa boleyyy move on!!!



Duk rindu kat Perth....
Soryyyy mak jem taaa kuadddd...


Nanti makjem share one by one ya tempat2 best yang makjem p sana....
Because sharing is caring gitewww


Hai..

So today nak cerita pulak another tips yang berguna untuk korang yang nak travel ke luar negara mahupun dalam negara. Sebab musababnya ramai yang tanya ehh u booked hotel kt agoda ke booking ke... ehhh u booked apartment kt airbnb ke mana ke..ke ke ke ke. Punya la banyak ke nya nyahhh.

Airbnb kee


Booking.com keee


Agoda keee


So entry ni sekali harung la ya. Mula-mula masa plan iti ke Perth ni memang la usha-usha gak apartment yang lengap serba-serbi sebab aku kan nak masak memasak gitchuuu. Tapiiiiiii....bila diteliti balik cost2 yang agak hidden oleh airbnb yang normally dikenakan oleh owner nyaaa...for example, cleaning charges sampai AUD50. maka aku pun berkira-kira n wat calculation dalam otak aku sendiri! Heloooo banyak tu. Lagipun aku tak plan nak stay kt satu tempat tu for the long period sebab aku nak jelajah ke South Western side of Ostolia gitewww haaa.

So bayangkan kalau aku check in Airbnb kat 3 tempat yang berbeza, maknanya mungkin aku akan dikenakan Aud50 × 3 × 3.1 . AHahahaha...boleh bayangkan tak berapa dah aku kena bayaa kt cleaning charges sajiaaa????

Lagipun konsep Airbnb ni d longer u stay, lagi ada rebate2 skit. So dis one tak sesuaiiii dengannn mak nyah oi!

So kat mana aku booked semua hotel /resort aku masa kat Perth? Aku ni boleh dikatakan setia jugak kepada AGODA. sebab Agoda yang selalu bagi rate paling murah kat hakuuu. Tapi hampa kena tau tricks Agoda ni.... Harga hampa online kt PC selalunya lebih mahai kedaungggg nak mampoih berbanding harga hampa bukak kot google browser kot phone hampa. Tapi kalau hampa on kot Agoda apps yg donlod kt Playstore tu nnt rega mahai skit dr yg gugel browser tu. Tiga2 ni rega tak sama hokeyyy.

While Booking.com pulak klau hampa bukak kat phone pulak rega sruh terjun gaung. Apa ke jahanamnya rega kat gugel browser kt phone oiii booking oiii. Kalau online kot PC rega biasanya murah. Tapi ntah kenapa aku memang tak berapa la nk prefer sangat booking.com ni. Satu hal nak kena bukak pc bagai. Satu hal lagi serabut pulak aku tengok booking.com kat pc....eiii serabut2. So ikut korang la korang prefer guna medium mana satu. Asal dapat rega murah dan korang yakin dengan review kat situ kira ok la kan.

Macam aku memang kompiden dengan Agoda. 1 sebab review2 depa selalunya tak menghampakan.

TRIVAGO???? bagi aku Trivago antara sampah2 yang suka bagi hampa buang masa nak survey hotel2 n resort ni. Sebab apa, Agoda takdak dalam list tu pun. Yang ada booking.com , expedia n apa ntah. So menyusahkan aku sebab dia tak compare dengan rate kt Agoda sekali. Sebab most of the time aku selalu jumpa rate kt Agoda jauh lebih menggoda dan merenyamkan lagi.

ANDDDDD tips terakhir, biasanya hotel2 n resort kt Aus ni dia sediakan microwave or kitchenette or both. Ni depends dengan rega jugakla kan. 3 tempat dr 4 tempat yg kami stay ada sediakan microwave. So senang la kami nak panaskan makanan ke hapa ka. Yang last kat Perth tu ja tak sediakan microwave tapi nasib la kami gigih angkut rice cooker kami tu. Boleh la nak panaskan lauk2 lebih yang tapau tu. microwave tu kan kat rumah. Tapi percaya la kat negara orang yang tengah sejuk macam kami p time winter ni. Tobat microwave tu sangat2 berguna hampa tau dak. Set seminit dah hampa boleh makan n isi perut hampa yang duk berkeroncong sokmo tu.
Sila jangan lupa baca description bilik/tempat hampa nak book naa

AND LAGI SATUUUU... *tadi kata last dah*
Kat Perth ni normally la kan hotel/resort dia bagi Queen bed n single bed. So kami tdoq dengan berjayanya walaupun dia state kan kt situ utk 2 persons. Ehhh lantaklah janji tak bersempit aku nak tdoq kan.  So setakat ni, tu ja lah dulu untuk travel tips kali ni.
Sila jangan lupa baca description bilik/tempat hampa nak book naa sebab besa depa ada hbaq katil mcm mna depa sediakan.

Sekian dulu tips untuk kali ni. Penat dah haihhhhh. Rindu kt Perth especially culture depa tu. Beza sangat dengan negara kita ni.

Salam.

Dear readers.


Kalau hampa nak tau Rosetyara Beauty ni adalah produk Bumiputera (kawan aku sendiri founder dia, kami sama-sama kenai masa kelas make up tok guru make up kami Yana n Farra).



Kalau nak tau, RT products ni betul-betul da buat aku jatuh cinta tahap gaban. Dia punya texture, dia punya hasil tu memang setaraf oversea punya foundation! And that is why I choose to be the VIP. Sapa kenal aku akan tau aku ni jenis cerewet gila especially kalau barang-barang make up. I choose only d best to put on my face. Lagi pulak nak meniaga and menjual untuk orang tepek-tepek kt muka diorang kan.

Malas nak cakap panjang-panjang. Meh aku belanja testimonials Rosetyara Beauty ya. To my friend Bab, tahniah. Tak sampai setahun produk RT da gah and makin terkenal kat Malaysia ni.

***i even forget that i have one of the famous foundation in the world , N@*$. Hahahaa














Ni haaa gmbar ai ber RT. texture dia yg umphhh. Bila da pakai tu terlupa pulak ada foundation antarabangsa yg top2 kat rumah ni. 😁😁😁

So bagi hampa-hampa yang teringin nak try ke "best" an RT ni, boleh terus 

whatsapp RT 0133363775

Harga bermula serendah RM25 SAHAJA.

Murah kannnnn....






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS