Sharing from Dr Suriyakhatun Facebook.

Ramadhan musings untuk wanita mengandung ( saya akan beri tips puasa ibu mengandung pada posting lain - yang ini adalah untu soul searching , Ramadhan dan dekat ni )

Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .

Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung :

1. kurang darah/ kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul ( tidak ada nutrisi dan tidak seimbang ) semasa berbuka dan sahur
5. Ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan ( bahaya prem labour kalau hypoglycaemic )
8. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. Gestational diabetes ( Kencing manis waktu mengandung)

Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masaalah kesihatan yang kronik pada bayi .

Bagi wanita mengandung yang tiada masaalah seperti di atas , kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia nakkan puasa dan nakkan puasa penuh.( mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang ) . Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kadungan terjejas, ia mungkin menanggung masaalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses 'development of organs' dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat .

link ini memberi jangka masa kandungan dan perkembangan organ janin

http://www.babycenter.com/0_fetal-development-timeline_10357636.bc
SHARE 4 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS