Last week dalam hari Jumaat macam tu memang kelam kabut gila lah. Dengan pening-pening nak muntah nya gagah jugak la ke Mydin. Yalah, Isnin kan da puasa.
Shopping time weekend???
Nadaaa....
Penat berebut dengan orang ja. Seronok shopping time weekdays tak payah nak que panjang sangat and tak payah nk berebut-rebut sangat.
Setakat sekarang ni memang aku suka shopping grocerries aku dekat Mydin. Satu sebab lebih murah dan dua sebab tak da GST. yess cheapskate! Zaman najib kena bijak oiii.
Amcam? Banyak tak? Ada yang mana aku beli lebih tu memang aku hantar ke rumah babysitter Adriana. Ya lah, orang da jaga anak kita baik kan. Tak salah rasanya kita tak berkira dengan diorang.
Okla kan untuk 2 3 weeks punya expenses untuk makanan. Aku memang suka beli kt Mydin ni sebab ada jual ikan jenahak yang blok2 tu. Senang nak wat kari bagai. Harga stil reasonable la. Sama la udang, sotong, ayam n sayur. Semua murah.
Da beli kena la siang n simpan elok-elok kan. Sesi spa binatang-binatang bermula.
Macam ni la aku simpan segala binatang-binatang ayam sotong ikan udang bila da beli. Senang masukkan dalam plastik, untuk sekali makan. Bila nak masak tak payah defrost semua, just keluarkan plastik mana yang nak ja. Kaedah ni aku tiru kaedah mama. Senang skit aku tengok.
Korang macam mana simpan bahan-bahan mentah korang??? And kat mana korang suka grocerries shopping korang???
Cer share skit...
ni mesti beli belah hri sbtu ni tkde plastik kan? hehe
ReplyDeletePenang everyday xda plastic bag...memang usung plastik biru ikea ja klau nk beli brg...hihi
ReplyDelete