Hai hampa semua. kali nak review sikit pasal satu Spa ni. Memang kami selalu la jugak pi wat facial kat sini. So far Alhamdulillah layanan pun best. Effect after spa pun muka nampak glowing-glowing.
Ok untuk pengetahuan Qiesya Healthcare & Spa ni terletak kat area Bukit Mertajam.
Dari luar Qiesya Healthcare & Spa. Memang boleh nampak ja kat tepi jalan tu.
Antara pakej=pakej yang ditawarkan. Harga pun berbaloi dengan harga kan.
Selain dari tu, kat sini juga ada jual juga tau barangan-barangan kecantikan. So alang-alang datang berspa di sini, korang boleh la jugak lajak shopping kat sini kan.
Bilik untuk mengurut.
Ni pulak ruang untuk mandi susu, mandi bunga dan jenis-jenis mandi-manda yang lain.
Ni pulak bilik untuk facial.
Untuk pengetahuan, aku pilih pakej facial Vitamin C. Sebab time tu muka tengah teruk sangat naik jerawat. Almaklumlah perempuan mengandung kan hormone haywire habis. So untuk kurangkan sikit jerawat da parut jkat muka aku tu, seperti yang disarankan oleh Kak Lia maka aku pun bersetuju untuk wat pakej ni. Memang best la kan muka pun rasa soft ja lepas tu.
Amcam tengok muka ahkakkk tanpa make up lepas ber facial kat sini? Rasa macam kusam ni tak da hilang. And lepas buat ni automatik badan pun akan rasa fresh ja. Seronok kan sekali sekala manjakan diri dekat spa kan.
So bagi korang yang berhampiran dengan Bukit Mertajam , Seberang Jaya dan kawasan sekitar yang pening nak cari spa yang best dan berbaloi dengan harga, hampa boleh la check details kat bawah ni tau. Rugi tak cuba sebab pakej pun murah dan berbaloi dengan servis yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Lia : 0125182149
ATAU
Puan Tini: 0142424040
Alamat : 1604 Jalan Kebun Sireh, Taman Desa Damai,
14000 Bukit Mertajam, Penang.
sesekali manjakan diri syok jugak..
ReplyDeletebetul2...
Deleteseronok masa buat tu boleh lena seround