Yeah...
Ever wonder apa yang selalu ada dalam otak anak kita?
Tak payah kata anak la, kita sendiri pun kadang-kadang bermain dengan emosi kita sendiri. Kejap sedih kejap heppy kejap grumpy kejap confius eh kejap takut kejap menyampah. Eh macam-macam la.

So hampa da tengok ka cerita Inside Out ni?



Cerita ni sebenarnya banyak bagi input kepada parents especially new parents macam aku and husband.

Sebab apa aku kata macam tu?
Sebab nya emosi-emosi kat anak kita ni sebenarnya akan mempengaruhi pemikiran dia dan perlakuan dia. Either she / he grows up to be a rebels, good girl , shy or low self estem.

Percaya tak umur-umur macam Adriana kau cakap la apa pun, cepat ja dia absorb kat otak dia and tangkap apa yang kita cakap. Sebab tu apa-apa sekarang ni aku kena cakap dengan berhati-hati. Even kadang-kadang bila aku tertengok berita kat tv3 aku nampak muka najib ja aku rasa nak maki bertalu-talu. Tapi aku control ja. Taknak terlepas cakap dat F word yang kalau dulu tu wat lek wat peace ja aku cakap sebelum tak kawen, preggy and jadi mak-mak budak ni.

Sebab otak budak baya-baya umur Adriana ni dia macam span tau. Boleh bayangkan span? Hang letak la span hat tak basah tu dalam semangkuk ayaq. Silap-silap ayaq tu semua kena serap dengan span tu kan. Sama la jugak kes dengan budak-budak ni. And oh yes semalam hari Jumaat, aku tengok Fiqh Wanita yang ustazah Fatimah Syarha yang sebelum ni pernah kena viral kat fb ( sebab tersilap cakap pasal susu lembu ja pun, lek aaa. Bagi aku, pernah dengaq u are what u eat? Ok enuf of dat topic. Nanti sekali ngan aku pulak kena kecam. Choi nanti mula la pergaduhan lagi antara mak-mak yang tak dapat menyusu badan dengan mak-mak menyusu badan ni. Boring aaa. Takdak topik lain ke nak gaduh wei? Yang tak dapat nak menyusu badan next time usaha lagi, yang berjaya tu boleh la encoorage lagi ibu-ibu kat luaq sana, share dengan depa pengalaman hampa. Tu pun kalau depa nak terima la. Eh termelalut pulak. Okei babai)

Okei berbalik kepada perbincangan Ustazah Fatimah Syarha dengan guest tu, aku tak ingat la the exact topic actually. Tp more or less to communication between husband and wife la. Macam mana percakapan kita mak mak and ayah ayah ni mempengaruhi emosi anak-anak.

Contoh, si suami balik dari kerja bagi salam. Si isteri pun jawab la salam dengan senyuman sebab si suami actually dah greet kita. ASSALAMUALAIKUM tu sendiri dah bermaksud yang baik SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU.
Allahu, ruginya kalau kita tak jawab salam suami kita. Walhal dia da doakan kita. So basically, bila anak-anak dipengaruhi environment yang membina ni automatically emosi dia akan lebih seimbang.

KEDUA yang aku belajar dari program tu, INTONASI yes intonasi.
Even perkataan BENCI is a negative word tapi bila disebut dengan intonasi yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.

"EEEIIII PAPA NI!!!!MAMA BENCI LA PAPA NIIII!!!" Sambil muka masam mencuka.

" benci tau papa ni" sambil tumbuk-tumbuk manja perut si suami yang one pax tu.

Mana satu yang lebih manis? Ya perkataan benci tu adalah negatif tetapi intonasi kita juga penting. And that why we need to control and tone down our words. Remember kids tu mcm spongebob ya, apa kau cakap, apa kau buat dia absorb and simpan ya.




Macam cerita Inside Out ni pun banyak penyampaian yang cuba nak disampaikan.

As parents, kita sendiri kena kawal emosi kita depan anak-anak. Ya cakap memang senang, aku pun kadang-kadang macam Tarzan jugak terpekik terlolong jugak bila tengok si kenit ni sepahkan itu ini. Tapi bila pikir balik, what do u expect from 2 years old lil girl? Nak expect dia sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan semua? Memang tak la kan. Layan ja lah.

SABAR. the word sabar is easier to say than implement it. Sumpah wei. Aku sendiri kadang-kadang Ya Allah menangis sorang-sorang bila rasa bersalah tu mai kat diri aku.

And lagi 1 pasal MARAH...marah ni datangnya dari SYAITONNNN ya kawan-kawan. So bila kita nak marah tu dia akan ada satu perasaan meluap-luap. Sebab tu bila kita nak marah, kita kena beristigfar ya. Dengan cara ni perasaan marah ni akan berhenti di otak dan kalau kita marah lepas tu pun akan jadi marah yang membina. Marah yang membina ni biasanya tak akan menyakitkan hati dan mengguris hati pihak-pihak yang terlibat. Even perasan tak, kadang-kadang bila terlepas marah or meletup kan kita sendiri akan rasa bersalah. Orang yang kena marah apatah lagi kan. So dalam hal ni, kena banyak-banyak beristigfar. Nabi pun da kata orang yang berjaya orang yang dapat kawal amarah dia. Yang ni memang aku kena prektis lebih lagi. Aku ni cepat sangat oi nak meletup...istigfar banyak-banyak ya Alia!!!

Bukan senang nak jaga anak syurga kan. Tapi itulah cabaran kita as parents.
Jom Inside Out anak kita. Selami and belajar apa yang depa rasa bila kita marah depa ka, bila kita kiss depa , bila kita hug depa, n bila kita kata sayang anak mama ni. Muahhh.



Abaikan sofa yang ditogelkan sarung dia tu. Ada budak muntah and mama dia duk jemur sofa cover tu.
Ni sel-sel otak dia tengah berhubung la tu, p amik pencil color p cucuk-cucuk kat situ.



Mama n papa sayang Adriana!

Till then,
Nanti aku akan kongsikan lagi input-input yang aku dapat dari program Fiqh Wanita ni. Lepas ni memang aku nak record dalam decoder. To be frank, aku suka cara ustazah tu cakap. Lantak hampa la nak kata ustazah tu apa pun!

posted from Bloggeroid

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. tak tgk pon kak alia.. budak2 ni cepat tangkap apa yg org dewasa ckp. kena hati2 bila ckp dpn budak2. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...
      Sbb tu kena watch out apa kita ckp...
      P la tgk inside out..best!

      Delete
  2. parents ni cerminan kpd anak2... kena jdi role model yang baik... knk2 mmg cepat absorb dan mudah trikut dgn apa yang dilihat, dengar... even nk buka kartun pun kena tahu jugak nilai2 yang ada dlm cita tu... jgn igt cita katun ni semua baik utk kanak2.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...cerita2 kartun pun kena tapis..risau banyak buruk dari baiknya

      Delete
  3. Replies
    1. Tgk la kak murni..best...
      Tp kena cepat..takut nnt da abih kt cinema..
      Ank2 pun mst njoy tgk ni

      Delete
  4. smlm nyaris2 nak pi tgk cite ni
    tp esoknya budak2 tu sekolah aduhaii
    budak2 tu dah keriau nak tgk
    cuti bolehlah layan

    ReplyDelete
  5. nice sharing...tq tolong peringat.kadang tu tlupa yg anak2 kecik ni cpt sgt bljr dgn ayat n pbuatan kita

    ReplyDelete
  6. betul.. at this stage.. apa yg kita buat dia tiru.. apa yg kita cakap dia serap..
    mmg sngt pantas.. parents kan role model terbaik anak2.. ehehe.. CT tngk inside out..
    ingt nak bawak anak2 buah tngk tp x jadi.. kang diorang pkir mmg betul semua2 tu ada dalam kepala eheh..

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS