Food review : Williams Corner

by Alia Farhan, 11:55 PM
Ok.
Ni nak cerita 1 port makan yang best kat KL nuu...dah 2 kali kitaorang makan kat Williams ni...

First time dulu p sebab kebetulan Kedai Murni SS2 yang kitaorang nak p makan tu tutup so kawan Amir bawak kitaorang p ke Williams ni since food depa dua ni lebih kurang ja.
Mau tak sama, adik abang kot. Tapi dengaq kata yang si adiknya tu muallaf yang si abang nya William ni.

Location Williams Corner ni dekat:
Kelana Jaya 3-1, Ground Floor Plaza Mayang, Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, Jalan SS 26/4, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nak senang set Waze, kalau hang mereben nak wat terer p cari memang tak jumpa la. Sebab ni memang masuk ntah mana-mana hala ntah. Pastikan battery phone penuh, data tu banyakkkk. Hahahaha

Ok lah, untuk kali ni kami order mixed platter tu ja sebab petang tu sebelum hantar Angah kat Tabung Haji KJ aku da makan dah. Laki aku ja tak makan sangat. Sunggu aku heran, rupa-rupanya dalam otak dia da set ni p makan kt Williams rupanya. So lepas da mandi semua dekat kul 11 malam kami keluar dari Seputeh shoot ke Williams.

Sampai kat Williams da tak ramai orang, kalau tak nak parking pun susah.



Kedai dia relax relax wat peace wat lek ja







Nin diaaaa.
Ada chicken wings, lamb chop, rib, wedges, broccoli bagai. Rasa nya chicken wings ngan lamb chop tu ada la 4 to 5 pieces kot. Yang ribs tu pun banyak gak.




Harga dia RM80 ja!!!! Berbaloi kot!!!boleh 3 4 orang kot. Sedap pun sedap. Tapi sebabkan aku da makan sebelum tu so aku pun tak berapa la nk perform sangat. Rasa rugi di situ. Huwaaaa. Yang tak abih kitaorang tapau bawak balik. Hihi

So masa tengah makan, owner kedai tu Uncle tu mai la. Sembang ngan kitaorang and ajaq kitaorang dip each chicken wings, lambchop, ribs tu ikut sauce yang dia sediakan. Memang sedap sangat!!!

Pastu ada satu couple ni baru sampai duduk belakang kitaorang diorang nak order nasi goreng kampung. Uncle tu kata ishk2 mai jauh-jauh kat William takkan nak order nasi goreng kampung kot. Pastu mai pulak kat meja kitaorang camdek couple tu, ada ka patut mai Williams order nasik goreng kampung!!!!
WAKAKAKAKA!!!! UNCLE U SO FUNNY, UNCLE!!!

tapi betul la, mai William order la yang best-best skit. Nasi goreng dia kalau tengok memang big potion sangat-sangat. Tapi tak pernah try lagi la. Pasta dia pernah try, memang sorang makan tak abih. Jenuh mengelepiaq nak bagi habih. Hahaha


Review:
4/5 stars

Hampa pulak suka makan apa kat Williams?

Ok lah
Sekian sahaja food review untuk kali ni

posted from Bloggeroid

Rabu lepas masa still kat KL lepas hantar angah kat Kelana Jaya utk p Mekah tu.
Esoknya pulak adik smpai dari Jeddah.

So ada budak tu open table sempena promotion dia n sempena bday mama.

Mana lagi yang dekat dengan Seputeh kan mesti la MidValley&The Garden.tuan inginiaa kita dari Jeddah nak belanja Tony Romas, kitaorang on je lah.



Sementara nak tunggu dish sampai jenuh nak calm kan 2 org kenits ni. Nasib sorg kenit lagi kena tinggai kt rumah bs. Macam nk pecah TR ni dengaq sora depa 2 ja.


Jom kita jenguk dish yang diorder



Prawn apa ntah.
Sedap wajib try. Tapi kalau nak wat sendiri ni senang ja.



Ni my husband punya.
Malam sebelum tu kitaorang dah belasah kt William Corner dah. So tak la excited sangat nak makan steak bagai kot.



Ni maktok punya. Wah ribs gitewww



Closed up skit



Ni pulak aku punya. Ikan cod lemon apa ntah. Ok la. Not bad. Dah jemu makan salmon. Try la cod pulak. Selalu tengok cod kt jusco mahai gila kot. Itu yang try tu.



Ni konon-konon order untuk Adriana. Tapi letak bagi Adriana makan dalam pinggan kecik ja. Yang lebih kitaorang yang belasah. Hahahaha



Suprised from TR.







We love u mama!!!

Missin in this picture, Angah and Adni.

Overall rate for Tony Romas:
4/5
Boleh la. Burger dia husband aku order medium pun nampak macam well done. Tekak kitaorang 2 ni makam steak tak boleh nak well done well done sangat.
Yang lain ok la.
Diorang tak banyak main dengan gravy macam kat TGIF. macam TGIF memang menang kat gravy dia yang sedap tu and dia punya daging tu betul-betul ikut macam kita nak. Mintak medium dapat medium. Mintak medium rare dapatla medium rare. Tak pernah la menghampakan.

Ok lah.

Sekian review untuk kali ni.

posted from Bloggeroid

Hari Kebangsaan Malaysia

by Alia Farhan, 10:30 PM


I love my Country!!!!

Selamat menyambut hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!

I'm sure all Malaysian love our own country...this is our homeland....this is where we were bornt...regardless what color we are.....

So let sing this song!!!!

JALUR GEMILANG!!!


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

***lagu Jalur Gemilang ni sentiasa menaikkan srmangat patriotik aku...whats ur fav patriotic's song?

And Malaysian...lets stand united as ONE....regardless our race....stay our from racisms!!!!

I LOVE MALAYSIA....
N MALAYSIA IS WHERE I BELONG...

lets fight for the better nation!

posted from Bloggeroid

Demam

by Alia Farhan, 5:47 AM
P kl pun demam.
Ingat da ok.
Tup2 blk kl. Demam blik
Now my body aching like hellooo~~~
But one thing thay brings my smile back to see those plants behave so well during my absence. Allah kan ada



My first kacang panjang. Mcm nk wat nasi goreng kt shuben pagi esk.



Cili solok pun da berbuah untuk kali kedua ni.



My cabai kemetot. Cute n hot



Daun karipole yang segar bugar.



Rose yang merajuk taknak berbunga. Dah pun berbunga.
Allahu sukanya ai



Capsicum or bell pepper da start keluaq buah. Yahuuu

Tomato pulak baru bunga mengecut. Harap2 pendebungaan secara manual tu berhasil la ya.

posted from Bloggeroid

Salam n hi korang

Ada yang mencari2 chalkboard wallpaper tak?

Pening anak suka conteng2 kan dinding?



So takyah nak pening2 lagi anak nak conteng ka.bini nak tinggai pesan kat laki ka hahaha



Nak wat gaya urban kat rumah pun boleh..


Nak lekat kt SOHO pun boleh...

Nak wat labeling pun boleh. semua pun boleh


Sekarang open for pre order ya.

1 roll RM33. harga utk pre order
Harga ready stock RM40 1 roll

Dimension 45cm x 200cm

Free 5 btg kapur ( colorful)

So kalau berminat boleh directly whtaspp ya 0133363775

posted from Bloggeroid

Hai korang...
Sory la blog agk bersawangggg....
Ni pulak duk ada kt kl...
Nak hantaq angah naik haji esok...
Ya lah...she's one of medical team kat sana during haj season...
Bestnya kan....
Sambil2 tu wat haji terus...
Untung lah TH tanggung semua!
Selamat beramal ibadat angah!

Ok lah...ni nak share 1 resipi mudah jerrr...
Acah2 mcm nk wat puding triffle bgai kan...coiii sangat oi alia!




Cantik tak?
Hahaha...tapi ada yg sumi yg terlarik skit tu

Ok lah jom usha bahan2 dia:

1. 2 peket sumi kalerful (sbb aku guna 1 tak ckup la ada lompong2 skit...so better guna 2 peket je)
2. 1 bungkus jelly halal (guna 100g pun ok)
3. Gula (ikut klau korang nak manis boleb tambah)


Cara-cara:
1. Susun sumi dalam bekas acuan agar-agar/ jelly. (Sory lupa nak snap gmbar acuan)
2. Didihkan air dan masukkan serbuk jelly skit demi sedikit. Tambahkan gula ikut tekak korang.
3. Bila da mngelegak, korang da boleh tuang dalam acuan tadi.
4. Sejukkan dalam peti ais selama 3 jam.
5. Dah ready untuk dimakan.

posted from Bloggeroid

Quick update...

Tak berapa sehat ni...

Duk demam msuk 3 hari dah ni


Lepas ni boleh test tengok

posted from Bloggeroid

Mintak kaki

by Alia Farhan, 7:34 AM



Poyo kan laki ni bajet nak psychological suffering bagai...traumatized habis la kata nya....
Abih kau tu hensem gila macam tahap jhonny depp ngn brad pitt ker?diorg pun relax ja bini kuruih kering mcm papan pun apadehell....

Ehhh emo pulak aku....
Ni serius kes kawen sbb minah tu cantik ja kan....
Esok2 kalau dah tak lawa...
Kau bagi alasan sebab bini kau dah tak lawa...masam...dsb.....

Abih kalau makin tua takkan makin tegang bab kulit dia?harus la kena repair skit2....kau belanja la bini kau collagen ka...wat treatment lat New York Skin ...ka Marie France Bodyline ka jadah ka....

Tapi ni asal dah tak lawa...masam...gemuk...kau bagi alasan kau nak traumatized dia bukan perempuan yg kau kawen 15 tahun lalu....apa jadah wei?

Cuba kau 2 bulan sekali kau heret bini kau masuk Parkson belanja dia perfume Armani ka Coach ka Chanel ka dan segala mak nenek tu...kompem2 la bini kau automatik ter boost nak melawa dan mewangi kat depan hang.....ehhhhh.....

Part make up pulak.....
Lelaki ni selalu acah2 tak suka bini make up tebal2 kata nya..sama gak laki aku ni haaa....skit2 jom keluaq...
Bila aku make up skit..muka cembeng nak mntak lempang2 manja gitu....
Bini tu make up sebab tau awk tu sebenaqnya suka nau tengok pompuan2 kat luaq hat pkai lagi tebai mak nenek make up dia. lumrah lelaki kan,mata memang susah nak kawai!jahit mata baru ada akai.....
Tipu la kata lelaki tu tak tertarik dengan perempuan yang pandai make up...muka bersih dan cantik,pastu tu tergedik2 pulak.lumrah beb!

So kaum lelaki, tak payah nak traumatized la sangat kan. Cara korang ni kadang-kadang macam saja ja mintak kaki dari kak long kak long kawasan.

Ok lah.

Chow....

Sesi membebel tamat....

Hidung duk serot seret serot seret...

Macam mana nak p event sabtu ni?

posted from Bloggeroid

Jom jamu mata dulu ya...

Banyak parts lagik nak kena susun atur..

Ni some parts yang da ready ya










Ni pulak Adriana yang tolong susunkan utk mini Barbie doll dia...
Nak jadik interior designer ka Adriana?
Ok gak...boleh hias umah mama n papa nnt ya dengan designer funiture (perghh tak nak kalah)



Ni pun DIY jugak...



Lepas penat main, minum susu dulu sebotol. Sebenarnya suka sangat dengan carpet hijau,rasa calm ja
Sesuai la nama Lady Green kan.



Sodappp nya. Sambil baring-baring minum susu kan sayang.

posted from Bloggeroid

Mimpi derma

by Alia Farhan, 12:33 PM
Aku harap2 sgt...

Esok aku bangun ada org derma kat aku 2 million pun jadi la.

Harap2 bukan mimpi..
Abdulla sila masukkan ke dalam acc aku ya

Nak beli handbag Braun Bùffel


Dapat mcm ni pun jadik la.
Takpun kena p tgk kat Gurney Plaza lgi la mcm ni

Takpun Fossil leather tote pun okey wat.

Duit aku mana , Abdulla???

***Abdulla adalah seorang hartawan dari negara Pasiaq Berdenggung!

posted from Bloggeroid

Hi korang....

Kali ni nak share skit macam mana susun atur kat dapor aku yang kecik tu. Almaklumlah umah apartment ja korang. Tapi Alhamdulillah selesa untuk kami 3 beranak.

Untuk pengetahuan korang kat dapoq ni banyak jenis DIY ja. So kena pandai-pandai la hack apa yang patut.



Contohnya, sejak jadi mak-mak ni maka aku pun tak lari dari hobby kumpul pinggan mangkuk. Aduyai. Nasib bukan gila corelle kalau tak mau kena cepuk ngan laki aku ni haa. Oh ya, untuk ni aku susun pinggan aku guna file rack. File rack ni aku beli kt Daiso ja korang. Campoq GST RM5.30 ya. Kalau nak cari, p cari kat bahagian stationary. In Sha Allah situ ada. So dengan guna menda alah ni senang skit aku nak amik pinggan-pinggan yang mungkin berlainan jenis. Kalau susun menimbun tu Ya Allah susahnya la nak amik. Mesti kena angkat semua turun and then amik la yang 1 kita nak tu.



Ni pulak rack Lennart dari Ikea. Aku hack untuk gunakan kat dapoq. Buh bawang aku. And yang kat drawer last sekali tu aku letak vitamin Shaklee aku. 2nd drawer kosong lagi, tengah pikiaq nak isi apa dalam tu...



Ni pulak rack Hyllis dari Ikea gak. Harga dia RM39.90. Ikut description boleh tampung sampai 25kg. So apa lagi sumbat la microwave oven bagai. Berbaloi kot. Berbaloi gak aku angkut dari KL-PENANG. Duduk senget bagai sebab nak bagi muat dalam keta punya pasal. Sampai laki aku membebel-bebel la. Sekarang bila dia tengok hasil aku beli semua ni, baru la muka ada senyummmm. Hahahahha. Tu belum lagi cita aku letak rack hyllis aku kat balcony utk letak pokok2 aku semua. Memang tahan lasak betul. Aku memang rekomen la rack ni. Muahhhh muaahhh sangat kat rack ni. Hahaha. Hoverrr sangat



Kitchen aku wat masa sekarang. Tak tau la akan datang kalau berubah rupa lagi. Tapi In Sha Allah akan menyusul another DIY N HACK project by Alia. Hahaha.

Ok lah...

Saja la nk kongsi. Ruang aku bekerja tiap-tiap hari untuk jamu anak dan laki aku.

posted from Bloggeroid

Nak pinned kt blog sat
Senang nak wat reference.

In Sha Allah tahun depan klau Adriana da ready nak train dia tdoq kt bilik dia sendiri.mana tau kot2 dia nak dapat adik ka hikhik.























Cun tak?


Harap2 cepatlah Ikea Penang bukak...
Senang nak apply konsep Scandinavian kt umah ni.

Sekarang ni boleh reload skit2 la barang-barang ikea pesan kt personal shopper takpun time trun KL wajibun aku kena jejak kaki kt Ikea.kalau tak rasa tak lengkap oiii.
Terapi sangat-sangat tau.
Sambil jalan sambil berangan setiap pelusuk rumah aku tu berkonsepkan scandinavian.
Hahahaha

posted from Bloggeroid


katanya Muslimah Lolita ni dah lama bertapak kat Turkey dan Iran....
aku tengok baju yg org2 kat sana pkai macam sweet ja...
kalau baju dah kebabom gitu...tudung releks2 wat peace sudahhh....


rupa-rupanya pengaruh Harajuku pun boleh tersebar luas ya....
wah2...memang kiut.......


TAPIIIIIIII...............................



bila sampai gini kekdahnya..aku kompius dah lolipop ke lolita ke...zaman Victorian korang ni duduk....
ehhh....sorry dik...
cantik memang cantik...tapi kalau pakai masa Costume party ka sesuai kot...



klau nak jugak pkai baju mcm gini..boleh...tpi part atas kepala tu..takyah la sampai gitu...
dah macam fashion victim akak tengok nyaaa...

akak dulu peminat vintage dress gak...
memang minat la...sanggup p ke bazar2 untuk hunting vintage dress...
ala2 macam gini la pilihan hati ahkakkkk ni haaa...


nice gitewwww
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS