Perghhhh...
Ibu sambal tu apa???
Ibu sambal tu kira nya macam sambal based la...

Kegunaan ibu sambal ni utk memudahkan ibu2...terutama ibu2 yang bkerja...yg tak bkerja pun boleh gak wat ni...senang...tak payah dah nk masak lama2 kat dapoq tu bila ada ibu sambal...
Dengan ibu sambal ni..korang boleh wat asam podeh...wat sambal ikan/ayam/daging..ayam masak merah...ikan sweet sour dll....

Bahan-bahan:
Cili kering 2 genggam(potong&rebus 2 kali..untuk hilangkan hitam air cili kering)
Bawang besar 3 labu
Bawang kecil 6 labu
Bawang rose 5 labu
Bawang putih 1 labu
Asam keping 2 keping
*bahan2 di atas blend ya
Minyak untuk menumis bahan2
Gula merah/ gula putih
Garam


Cara:
1. Selepas blend bahan2 yang disebutkan dekat atas...tumis dengan minyak yang agak banyak...
2. Tujuan guna minyak yang agak banyak utk preserve ibu sambal ni supaya tak cepat rosak.
3. Masukkan asam keping dan tambahkan air...
4. Masak hingga sambal pecah minyak dan pekat.
5. Masukkan gula merah, garam dan cukup rasa.(oh saya suka rasa sambal saya manis..so lebihkan skit gula merah)
6. Masak hingga pekat dan rasa sikit..kalau dah kena taste korang dah boleh tutup api dah.
7. Siap untuk makan terus atau untuk disimpan di dalam peti ais bahagian bawah(kena sejukkan dulu sebelum masukkan dalam bekas dan tutup)

So senang kan...nak makan direct terus boleh...nak guna untuk masak menda lain pun boleh...nk makan direct ni..just masak nasi lemak..goreng ikan bilis dan kacang...rebus teloq...
Dah meleleh....


Tengol gmbaq ni tengah2 malam pun boleh wat meleleh dah...
Ni tips utk orang2 yang tak suka duk kat dapoq lama2...boleh masak ibu sambal byk mcm ni sekaligus...jimat masa..jimat tenaga..dan yg penting..jimat gas dan duit...xpyah nk mkn kt luaq lagi cakap xdan nak masak kan...

Ok ibu2 sekali..harap2 tips ni dapat la tolong hampa semua

posted from Bloggeroid

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. Sila la...
      Dah lama prektis menda ni...
      Sbb alia mmg xsuka duk dapoq lama2

      Delete
  2. alia, sekali msk, hg buat 1 adunan ni ke. atau mmg buat banyak terus.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS