Alhamdulillah…Adriana mek kenit tu dah masuk 5 bulan…dan Alhamdulillah jugak…Allah masih memberi rezeki untuk Adriana menyusu badan. Seronok bila tengok anak kita membesar dengan air susu kita sendiri…terima kasih Ya Allah, Yang Maha Pemurah…
Buat kawan2 kat luaq sana yang masih ragu2..takut2 susu takda..jangan macam tu….mindset tu kena always positive. Ingat Allah jadikan tetek kita ni suka2 ka…tak ….sebab Allah tau dari  situ la letaknya susu untuk anak2 kita….Allah jugak jadikan kita ni dengan tetek khas untuk anak2 kita..bukan untuk bapak nya ja ya…..kat sini nak list out kan beberapa tips: selok2nya dari awal pregnancy lagi da start cari bahan bacaan berkenaan breastfeeding ni. Kalau nak tau, aku pernah diperlekehkan oleh kwan2 yang kununnya da brpengalaman (da ada anak terlebih dahulu) bila aku cakap psai breastfeeding ni…n mcm mana pngalaman kakak ipaq aku masa mnyusukan Zakwan dulu…for them alaa..ckap pengalaman org boleh la…cuba try tgk nnt mcm mana…ok now, aku da buktikan(bukan nak riak dlm hal ni..tp aku suka sgt kalau ada kwan2 yg tnya psai aku pnya breastfeeding journey..yg mana aku boleh kongsi kan..aku aku kongsi)
1)      Niat kerana Allah. Dalam Al Quran pun dah menyatakan kewajipan seorang ibu untuk menyusukan anak dia selama 2 tahun…yang penting kena niat kerana Allah

Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233. 
Maksudnya:


Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

                                            

2)      Jangan cakap “Susu saya kurang”….tu adalah pantang larang dalam menyusukan anak….sebab kata2 tu doa…kena sentiasa ckp “alaa…xper…maybe aku letih..japg susu aku byk la tu..In Sha Allah”…sambil tu kena la doa2..zikir2 sama…mcm aku hari tu tonsillitis and demam panas…mmg susu drop byk jugak la…dengan badan panasnya..badan xlarat nya…mmg nk pump pun rasa berat lahai…tp bila pikiaq kewajipan dan amanah Allah dalam nak menyusukan Adriana..terus rsa takleh manja2…hewhew….pastu sambil pump sambil doa n ckap menda2 yg positive ja..Alhamdulillah..sekarang nib ack to normal dah.
3)      Always follow pump schedule….kalau baby taknak menyusu…sentiasa pump kluaq so dat otak kita akan rangsang hormone prolactin supaya sentiasa mnghasilkan susu sebab ada demand…kena paham konsep demand and supply…
4)      Amalkan pemakanan yang sihat…banyakkan makan sayur2 hijau…minum air masak yang mncukupi…air manis pun ok jer..Cuma jgn lebih2 ya..cth:milo, horlicks panas.
5)      Banyakkan amalan rohani dan zikir. Sentiasa berdoa supaya Allah murahkan rezeki untuk kita susukan anak kita sampai 2 tahun…amalkan zikir Ya Matin..In Sha Allah  susu akan banyakJ
6)      Jangan berputus asa kalau tips2 kat atas tak Berjaya….boleh jugak usaha dengan mengambil supplement macam Set Menyusu Shaklee terutamanya Alfalfa yang terkenal sebagai milkboosters. Ni adalah salah satu usaha kita ya. Amalkan pengambilan Habbatus Sauda, madu dan halba untuk menambah susu kita.(rujuk makanan2 Sunnah)

Always remember, bagusnya dan hikmahnya suruhan Allah ini buat ibu yang menyusui anaknya. 
1. first, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Second, bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
3. Sistem pertahanan badan anak kuat.
4. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.



pesanan penaja: sesapa yg nak rsa ke"best"an product Shaklee...boleh whatsapp 0133363775....free consultation regarding breast feeding...because sharing is caring

SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS