Cara saya urus kewangan, berbelanja dan berjimat;


1. Dapat gaji, settlekan komitmen dahulu. Asingkan saving, komitmen dan perbelanjaan ikut kategori.


2. Beli dan borong masa ada jualan murah. Simpan buat stok (periksa tarikh luput ye). Elak membeli masa gaji (cenderung terlebih belanja maklumlah tengah banyak duit 😅 dan elak kesesakan). Cuba perati dan banding harga pada minggu gaji dengan 2 minggu sebelum gaji. Biasanya lebih murah sebelum gaji. 



3. Pantau harga beberapa pasaraya. Pilih harga terbaik. Buat kad ahli, boleh tebus mata ganjaran dalam bentuk voucher/coupon tunai. Ambik kira juga jarak, kos minyak dan masa untuk bandingkan penjimatan. Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink, Watson, berbaloi.


4. Buat senarai semak barang keperluan ikut kategori (barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain2) tuliskan barang yang perlu dibeli, kuantiti, bajet harga dan pasaraya. Untuk elakkan terlebih stok dan expired. Amalkan konsep FIFO (first in, first out).



5. Follow fb pasaraya terdekat supaya mudah anda dapat info jualan murah barang2 keperluan anda.


6. Beli ikut portion yang diperlukan. Contoh berapa kuantiti sayur, buah dan lauk basah untuk bilangan ahli keluarga dalam seminggu atau 2 minggu. Beli sayur dan lauk yang murah tapi berkualiti. Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe.


7. Masak sendiri di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Belajar masak sendiri menu yang kita suka makan tapi mahal harganya jika beli di kedai. Boleh tukar corak pemakanan kepada yang lebih sihat juga, kurangkan fastfood dan junkfood.



8. Boleh start berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang/tanah.



9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama affordable.


10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga. 


*kita tak boleh ubah atau kawal harga. Juga tak boleh berharap menteri atau orang lain jaga kebajikan kita. Apa yang kita mampu buat ialah kita cari alternatif sebagai solusi! Bertabahlah semua. Semoga urusan kita dipermudah dan Allah memurahkan rezeki kita, amin 🤲.


Perkongsian daripada Nu Ha

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Dulu suka beli borong tapi bila banyak bahan yang rosak especially sayur terus bahagi kepada dua - beli masa dapat gaji dengan beli minggu kedua sebab lotus ada banyak promo bila masuk tengah bulan. barang NSK pulak banyak promo masa minggu gaji

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS