Haaaa cerita Disember lepas baru rajin nak update nya... Sebab aku rasa rugi la kan kalau x update dekat blog ni.... Nak2 sekarang ni lepas MCO ni sempadan negara kita xdibuka lagi... So chances orang nak bercuti dalam negara tersangatlah tinggi kannn.

And bagi aku salah satu tempat menarik yang kita as Malaysian patut visit sebelum pi ke Maldives ka Bora Bora ka adalah Semporna.... And all those beautiful islands kan.

And kebetulan kakak aku kena posting dekat sana... So marilah kita gunakan sebaiknya peluang yang ada untuk terjah ke sana. 

Flight direct ke Tawau ada dari KL. Kalau dari Penang.. U nid to transit to KK and then boleh ke Tawau. But since this was a trip for Mak Jah's clan...so kita haruslah turun ke KL.. n naik flight di sana beramai2.





Ke Tawau here we go! 

Perjalanan dari KL ke Tawau mengambil masa selama 2 jam 50 minit. Flight kami dari KL dalam 1325..sampai Tawau time tu dah dekat2 pukul 1700+. Que dekat Imigration semua.. Tunggu luggage tup tap tup tap dekat kul 6 la jugak. Kul 6 dekat Sabah dah gelap ya. 

Lepas ja da setel terus kami cari van yang mak aku da sewakan untuk kami semua ke Tampi Tampi Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna ada la lebih kurang sejam plus. By the time kami sampai ke Semporna dah lebih kurang pukul 7malam plus2
 
Dekat Semporna.. Kami stay dekat Rumah Inapan Tampi Tampi. 


Sampai-sampai kami dijamu oleh maktok dengan  


Sedap uiii udang lipan yang belang2 tu.. Manissssss... Tak pernah jumpa lagi dekat Semenanjung ni yang belang2 jenis gini. Yang biasa tu pun isi dia Ya Allah manis gila... Bagi aku udang lipan ni isi dia lagi sedap dari ketam. 


Ni lah homestay yang kami duk tu... Memang betul2 atas ayaq ya... Feeling sgt merasa jadi bajau laut... 🤣🤣🤣



Bbq time... Sedap udang freshhh sangat. Isi manissss... 



Keadaan luar rumah inap yang kami stay. 


Memang best ja suasana malam dekat sini. 

Basically rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik masterbedroom... 1 lagi bilik tu size sederhana n satu bilik lagi kecil ja. Tapi ok la... Sebab dia ada ruang yang luas.. So boleh la tidoq dekat ruang tamu dia. Ruang 😴 dia macam rumah-rumah kampung. Aku tak tidoq kat dalam bilik pun sebab aku tamu rasa bahang. Ya lah kan atas laut. Malam-malam panas. Pulak takda aircond. Memang ketibassss la kannn. So aku memang join adik aku tidoq dekat hall tu ja... Berlantaikan kayu... Ahhh feeling2 sangat duk kampung. Maklum lah orang kampung xdak😬








SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Bestnyaa.. walaupun sy org Sabah.. Tak pernah lagi pi Tawau haha sbb jauh sgat

    ReplyDelete
  2. Alolooooo...udang-udang tu menggoda! Nak ikut selit situ sekali....ahaks!

    ReplyDelete
  3. eh besar sangat udang lipan tu... takut plak kita tengok ahahahahhahahaa

    ReplyDelete
  4. Syoknyaa pi ramai2! Rumah tu mcm minangkabau la 😅😅 udang fresh2 ni kalau dpt tak pandang kiri kanan

    ReplyDelete
  5. Cantiknya air laut tenang.. Best g reramai mcm ni,

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS