Ada ka kat sini orang yang tak suka makan nasi ayam? Ada ka? Ehhh. Sesuatu sangat kalau tak suka nasi ayam kan. Nasi ayam ni antara comfort food kami anak beranak.
Benda paling simple kalau malas nak masak nasi lauk2 adalah buat nasi ayam ni. Aku paling suka buat nasi ayam ni sebab senang gila. Semua boleh buat Sambil lalu ja.
So disebabkan hari ni memang plan nak buat nasi ayam. So marilah kita pi beli Barang2 dapoq untuk buat nasi ayam and beli stock untuk masak sekali kan.
So balik ja dari beli Barang2 dapur untuk stock minggu ni. Maka aku pun Sambil lalu terus ambil periuk isi air dan panas kan air tu.
Lepas tu terus cuci2 ayam Sambil tunggu air dalam periuk tu panas. Sementara nak panas tu, sempat la cuci semua ayam. And bahagian untuk masak nasi ayam hari ni dan untuk simpan dalma freeser kan.
Bila air dah mula panas, aku masuk kan kaki ayam, tengkuk ayam, kulit ayam ke dalam air yang dah mula panas tu. Lepas tu masuk kan ayam-ayam yang memang dah set untuk buat nasi ayam tu dalam periuk tu jugak. Dalam periuk yang sama masuk kan la halia, bawang, sup bunjut, garam dan perasa.
Bila sup tu dah mula menggelegak dan nampak ayam2 tadi dah mula masak... Aku suka rebus sampai setengah masak. Then aku angkat dari kuah sup tadi.
Sementara tu boleh dah start buat sos nasi ayam dan kicap tu.
Jom tengok cara aku buat nasi ayam aku.
Ayam ni sangat juicy OK. Sebab tu mak aku ajar untuk rebus dulu separuh masak. Sebab nanti bila goreng tak yah Lama2. Pastu kejap ja goreng bagi nampak lapis an luar tu garing2 skit. Tapi dalam still juicy.
Ayam leleh moist!
Dalam bekas lain, tuang sos tiram, kicap manis, gula, garam Dan gaul ayam yang dah rebus separuh masak dengan sup tadi. Dan biarkan seketika. Lepas 20-30minit boleh la start goreng. Masa menggoreng dah jimat sebab ayam dah separuh masak.
Nasi ayam.
Untuk nasi ayam ni ikut korang la nak buat berapa pot. Aku guna 8 pot kecik sebab nasi ayam kat rumah ni laku keras. Untuk 8 pot beras ni, aku cuci beras macam biasa la.
Dalam rice cooker(aku guna Philip pressure cooker) , panas kan minyak dan tu is bawang and daun pandan. Masuk kan beras tadi. Aku masuk kan 4 pot air biasa dan 6 pot kuah sup yang aku masak tadi. Dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. And letak kunyit skit untuk bagi Seri skit dekat nasi tu. Lepas 14 minit nasi siap!
Ni sos special mak aku. Memang xdapat kat mana2 kedai. Orang yang biasa beli nasi ayam aku ni mesti akan puji sos aku sedap. Hahhaha. Tak caya kena try buat.
SOS nasi ayam
Bahan-bahan:
Cili besar-5 bijik
Bawang besar
Bawang putih-5/6 ulas
Gula
Air bertapis/masak
Cuka
Caranya:
1. Buang biji cili besar. Masuk kan semua bahan di atas ke dalam blender.
2. Blender sehingga halus ke semua bahan-bahan tadi.
3. Dah siap boleh tuang dalam mangkuk.
Ni stail mak aku ya. Memang kita orang tak masak sos ni. Sebab bila masak memang kurengg kick dia.
Kicap pedas
Bahan-bahan:
Cabai melaka
Bawnag besar
Bawang putih
Kicap manis
Gula
Cuka
Air masak
Cara dia mudah ja. Masuk kan semua bahan dalam blender dan blend ja. Lepas tu letak dalam mangkuk. Dah sudah.
Kuah kicap cair.
Untuk yang ada anak kecik tu taknak letak sos atau kicap pedas tu boleh la buat kuah kicap cair ni. Cara dia mudah ja. Ambil satu senduk kuah sup. Pastu masukkan balance kicap2 yang Guna perap ayam tdi tu.
Dah siapppp..
Simple ja kannnn..
Oh ya untuk sos tu kan boleh buat cicah cucoq udang yang goreng ranggup2 tu.. Perghhh rasa dia terangkat. Kalau tak habis sos and kicap pedas tu boleh la simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan. Keluarkan la awal. Buat cicah2 memang best.
Masa buat food delivery dulu. Ni antara menu hot yang selalu orang repeat jugak la.
sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa suka makan nasi ayam ni. tapi takpernah try masak sendiri hehehe
ReplyDeleteOk nak try masak la esok..tq sharing resepi
ReplyDeleteNasi ayam memang favourite saya!!!
ReplyDeleteOh my god Nasi Ayam tak pernah mengecewakan ok! Alamak rasa nak minta mak masakkan lah. Rindu lepas baca entri ni. Especially part ayam tu nampak mengancam betul ya. Haha. Resipi nampak simple tapi saya memang selalu cuba tak jadi. Tangan tak ada seni. XD
ReplyDeleteterima kasih untuk resipe, saya slalu fail bab ayam tu
ReplyDeleteMinta izin copy resepi sos.
ReplyDeleteNanti nak try.
Aida selalu guna sos readymade ayamas jer :) ha ha ha...
Lama da x buat nasi ayam, alia.
Tiap kali nak buat, tak jadik sebab anak2 nak menu lain hu hu hu...
Nasi ayam ni mudah dan sedap.
lama tak masak nasi ayam sendiri ..tengok respi ni rasa nak buat pulak ...tertarik ngan ayam yg nampak juicy tuuu yumm yumm
ReplyDeleteNasib baik baru buat nasi ayam.. kurang sikit terliur.. heheheh.. nasi aym mmg byk cara kan masak. Terpulang mana sng
ReplyDeleteya ampun sedap giler tengok nasi ayam dia..terima kasih kerana berkongsi resepi..dahla nasi ni memang feveret seisi famili. ingt nak cuba style masakan ni lahh
ReplyDeleteAdehhhh terus lapaq nasi tengok ayam tu :( ni yang pantang ni bila baca posting tentang makanan...tak boleh tahan da ni...sedap sangat tengok ayam tu...
ReplyDeleteSis punya fav nasi ayam, dapat pulak ayam goreng cam gini,pekena pulak gan sos tu..fuhh sedapp. Nanti nak buat gak lah cam ni..tq tau kongsi resepi
ReplyDeleteFavourite kot nasi ayam ni. Gabungan sos cili dan kicap tu buatkan nasi ayam tu pergh mabeles. Ni yang rasa nak masak nasi ayam hari ni. Hahaha
ReplyDeleteUisshhhh dah lama rsnya tak buat nasi ayam.. boleh la try resepi Alia ni.. lagipun mmg fav anak-anak dan mudah nak masak sebb tak banyak kerja nak buat..
ReplyDeleteKita suka makan nasi ayam..lagi sedpa dapat kuah dan smabl yang aumm..nad pernah buat nasi ayam, memng mudah,tau cara cepat la siap dia..ehhe..Lama dah tak buat nasi ayam ni..hehee..
ReplyDeletela senang je buat nasi ayam ni tapi nak buat tu malas. Yeah BBL memang suka makan nasi ayam, tambah lagi homemade. bertambah la nasi lepas tu. ayam tu nampak sedap betul
ReplyDeleteKalau weekend suka lah masak nasi ayam sebab menu simple kan. Tapi nak try resepi kak Alia pula lepas ni.
ReplyDeleteAmboi sedapnya! Ayam tu nmpk menyelerakan sangat. Well blend dan berkilat sangat. Nak order je rasa heheh.
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam.. Pandainya u masak nasi ayam. Senang tak payah p kedai untuk makan nasi ayam kan. Apa yang penting lagi jimat sebab masak sendiri. Trima kasih sbb kongsi resepi ni
ReplyDelete