Antara port makan kami sekeluarga adalah Winter Warmers dekat Autocity ni. Ya lah, rumah pun sekangkang kera ja dari Autocity kan sebab tu rasa heaven sangat duduk dekat sini. McD dekat..KFC dekat..Sushi King dekat..Sakae Sushi dekat..Tao Cuisine dekat...Nandos dekat..ahhh dan banyak lagi. Hahahah. Heaven..kalau pemalas silakan pilih destinasi nak makan kat mana.
Paling suka sebab Winter Warmers ni tak la terlaku crowded dengan orang and selaku tea person aku memang suka la tea selection dia. Banyak pilihan!
Bab makanan pun varieties and banyak choices! Sebab tu aku suka sangat duk kat sini..hahahhaha...syorgaaa makanan...kul 10 mlm kalau lapaq n husband aku x smpai rumah lagi pun berani la drive thru McD KFC untuk beli kat depa makanan. And of course la one of the course sebab kawasan rumah aku ni gated and guarded kan. So ada rasa safe di situu
Tapi moh ler kita share pasal antara satu port makan kami sekeluarga Winter Warmers Autocity ni.


Ni yang husband aku order hari tu.


Rice with chicken cream..yang ni bagi aku So So je lah. Takda la sedap mana. Aku share dengan Ecah ni. Dia kan perut nasi macam mama dia.


Ni Adriana punya chicken chop. Nak sangat makan chicken chop kan tengah hari buta. Amik ko..tak la sedap mana jugak.


Ni fav aku la. Ikan apa ntah. Kalau tengok menu tau la nama dia. Hahahah. Ni ok sedap.


Macam biasa la kalau dah dekat Winter Warmers mesti la aku order tea kan. Time ni tak ingat dah order tea apa. Depa kan ada banyak gila jenis teaaaa.


Ni pulak orange juice untuk Adriana. Ni pun sedap. Comel ja serve dalam bekas macam tu kan.


Sempat juga beli tea depa yang tengah promo time tu. Tapi dah lupa dah berapa harganya.


Macam comel je kannnn.
Winter Warmers ni standard harga dia macam range dekat Secret Recipe jugak la. Kalau amik yang dalam set yang ada promotion tu jimat la jugak. And varieties of food dia sangat la banyak. Rambang mata jugak la. Sandwich,pasta, nasi la,pastry la scone la macam-macam la. Belum masuk list of tea dia. Tu lagi la panjang. Duduk kat dalam ni boleh acah-acah macam British. Hahaah.
Tu je lah pun nak cerita pasal Winter Warmers Autocity ni.

SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Menarik ada macam-macam jenis tea. Huda pun tea lover, kat rumah ni pun ada 6 jenis koleksi tea dari Europe. Rasa tea oversea sedap. Nak try juga la minum tea kat sini

    ReplyDelete
  2. the food looks so yummy! air liur dah mengalir keluar, rasa lapar dan mau makan sekarang jugak.. hahahah~

    ReplyDelete
  3. Makanan nampak sedap la..biasa la anak- anak kan..sure nak makan benda yang menarik perhatian dia je...table decoration very the english style la

    ReplyDelete
  4. Chicken chop looks chrunchy and delicious. I'm sure my children would love the taste too.

    ReplyDelete
  5. Time begini la tengok juadah ini - terus Rawlins kelaparan dan nak mencari di sekitar Bangi nie. Lapar weh tengok your pictures.

    ReplyDelete
  6. lapar nya tengok spagethi tu . walaupun bru pas makan nasi hahahah.adoiii.

    ReplyDelete
  7. First time dengar tempat makan nama Winter Warmers haha. Maybe next time boleh pergi try haha.

    ReplyDelete
  8. mcm menarik nmpk spaghetti and tea set tu hehe. tapi dekat mana yea Winter Warmers ni? sorry tak berapa familiar Autocity tu kat mana 😅

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ya makanan dia. Anak sis kalu tgok spaghetti tu sure suka..fav dia tu. Hidangan lain pun nampak menarik..tapi tu lah..tempat nya pun sis tak tahu kat mana nk cuba..:)

    ReplyDelete
  10. Maaf tanya, Winter Warmers ni kat mana ekk?? Nampak menarik semua menu2 dia, siap ada jual tea lagi. Selalunya kalau jual tea ni mesti tempat sejuk kan.. hehe

    ReplyDelete
  11. Jauh juga sis jalan jalan untuk makan angin kan. Memang jalan jalan cari makan sebenar ni. Sambil lihat tempat orang sambil isi perut

    ReplyDelete
  12. Lia suka lepak winter warmer dekat Queensbay Mall xpun Gurney Drive . Menu kat sini suka juga sedap .Air dia pun menarik kan.

    ReplyDelete
  13. Menariknya nampak makanan ni semua..eh tapi autocity ni kat mana? Hehe

    ReplyDelete
  14. Xpernah smp autocity lagi..tgk menu fish tu mcm besar je..canriknya tin teh tu... mmg liez suka bekas-bekas mcm tu..nasi dgn chicken cream nampak besar portion nya

    ReplyDelete
  15. Tergoda pulak tengok makanan pepagi ni. Nak nak perut tengah lapar ni. Nampak macam sedap je semuanya tu. Hehhe

    ReplyDelete
  16. Menarik juga restoran ni ya... variasi food juga ya ada.. suka tgk bekas tin tu sebab nampak comel

    ReplyDelete
  17. okay kot harga macam tu. makanan pun nampak sedap dan presentationnya elok je. suasana pun selesa. berbaloi baloi.

    ReplyDelete
  18. Tengok pada gambar makanan tu memang terliur habis. Memang banyak jugalah menu menarik kt sana ya

    ReplyDelete
  19. pandai ambil amba makan sis, mana belajar ye? hehee...tgk makanan tu macam sedap aje...rasa mkn ni masuk aje dlm gambar ni hehe lapar -admin ibupantang.com

    ReplyDelete
  20. Cutenya nama restoran tu Winter Warmers, tapi Autocity tu kat mana?
    Sukanya ngan pelbagai flavored tea ni, bekas nya cantik sangat.
    Cara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS