Hai..kali ni nak share skit pasal instagrammable place dekat Western Aus(Perth). So boleh la korang-korang yang plan nak pi sana atoq siap-siap iti tempat mana yang nak pi kan. Hahhaha.
Jangan kang ada yang balik Malaysia menyesal tak sudah tak pi tempat-tempat lawa ni untuk tangkap gambaq kan.
So jom kita tengok one by one ok!

King's Park , Perth.



View Perth CBD boleh nampak dari sini.

Caversham Wildlife Park (click SINI for details)



Tak lengkap kan kalau mai Ausie tak tangkap gambaq dengan kangaroo n koala kan?

Fremantle
Terkenal sebagai pelabuhan terbesar di WA. Fremantle pun menjadi tumpuan tourist ke sini sebab banyak port2 menarik untuk bergambar.

Di Fremantle Market.


Di Fremantle, berdekatan Kaili's and Cicirello..both have great Fish n chip!

Rainbow Container ni terletak di Frematle jugak uolls. Gambar ni friendship goal sangat😘



Bajet2 jangan benci cintaku ke ni?

Blue Boat House



Rahsia Hati Perempuan sangat kan..tak Perth kalau tak tangkap gambar dekat sini kan!


Kalau xnak kena beratur lama kat sini silakan mai awai ke sini. Kalau tak jenuh kena que nak bergambar.

Lancelin ,


Terletak 127km(1hr+) dari Utara Perth, Lancelin ni satu small town(fishing town) yang menjadi tumpuan tourist untuk aktiviti sand boarding dek kerana pasir dia yang super halus mulus tu.

Kasik chance la mak nak poyo sat



Dengan si kakak.


The Pinnacles, Nambung National Park (Carventes)


Juga terletak di Utara Perth kira-kira 191km(2.h15m), sehala dengan Lancelin. Kalau dah ke Lancelin tu jangan lupa lajak la ke The Pinnacles ni.






Busselton Jetty


Terletak kira-kira 221.6km ke Selatan Perth. Sebuah town yang aman damai (my favourite) dan terletak dalam Margaret River Region. Busselton Jetty ni dibina masa zaman penjajahan British ke Australia. Dibina menganjur ke tengah laut sejauh 1.81km. Korang boleh jalan kaki hingga ke hujung or boleh naik tram kalau malas.




Managed to walk here! Haaa aplosss👏👏👏



At the end of the jetty😘


Margaret River Chocolate Factory
Located in Margaret River Region, this is among must go list to tourist. What else we have here...of course lots of choc dat can be so attractive for a food blogger / foodies to feed their followers' eyes!

My favourie..macademia cluster!



Lots of choc!



Dekat luar MR Choc Factory ni ada somekind of wild life spot tau. Kat area sini boleh tengok wild kangaroo jumping here and there.



Terjumpa daun maple ni dekat luar MR Choc Factory tu then terus minta Aien tangkapkan gambar. Naik juling mata i tau! Time springgg je ada daun maple cantik macam gini kenn. Perak buih skit dekat Malaysia takdak daun maple!

Augusta, Margaret River
Salah satu pekan kecil di Margaret River Region. Lovely and peaceful sangat. Kat sini la ada Cape Leeuwin Lighthouse, pertembungan two oceans,Indian and South Ocean.





Ni dekat Augusta. Kami berhenti picnic for lunch here

At Cape Leeuwin (click SINI untuk details)



During my 1st time here.



Siap dengan Jamu Tun Teja lagi😘


Canal Rock, Yallingup


Jugak terletak di Margaret River Region. Antara satu spot untuk kaki instagram tegar.


Jaga-jaga kalau ombak besar bertembung, boleh basah jugak baju korang tau!




Breathtaking view! Subhanallah😍



 Albany (click SINI to read the details)


Terletak 414.7km(4hr 30min+) dari Selatan Perth, Albany antara list tempat hampa perlu pi kalau pi lama ke sana. Kat sini more to natural side attraction.




Ni la The Gap and Natural Bridge. This side Natural Bridge yang dekat The Gap tu memang horror untuk orang yang takut ketinggian macam aku.

Wind Farm, should i say more?


Pemberton, Western Australia (click SINI to read the details)


Pekan cowboy yang peaceful. For those travelling to Albany from Margaret River you will meet this small town. Macam town kat dalam cerita Twilight tu. Rumah pun ada yang macam cottage😍😍😍

Adriana with the landmark here.





Greens Pool, Denmark
Beautiful beach located at South Coast. Kalau on the way ke Albany dari Margaret River korang boleh la singgah untuk tengok keindahan alam Allah ni.





Actually banyak gila kot tempat2 yang instagrammable kat Western Australia tu macam Esperance la Pink Lake la. Ni antara tempat yang kami tak sempat nak cover due to limited time almaklumlah negeri yang satu ni besar sangat kan. So kepada yang nak pi bercuti ke Perth boleh la bajet2 untuk amik masa lama sikit bercuti ke sini. Rugi kalau dah pi sana tapi terhad sangat masanya kan. 

Ok lah...daaa




SHARE 22 comments

Add your comment

  1. paling suka blue boat house tu. cantik

    ReplyDelete
  2. bestnya bercuti dekat perth.enjoy your holidays

    ReplyDelete
  3. Wind Farm tu antara project company akak kerja tau..hehee..collaboration..well semua tempat menarik..kena masukkan dalam senarai ni...mana tau lepas kuarkan duit pencen nanti leh pi sini..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Tengok tempat ni teringat pulak cerita Jangan Benci Cintaku

    ReplyDelete
  5. OMG! Sgt la inviting nih!
    Nak kasik penuh tabung dulu ha ha ha...
    Memang 1 tempat aida wajib gi ni, alia.
    Jgn benci cintaku.
    Rahsia hati pompuan.
    Semua ni drama aida jamu mata indahnya perth.

    ReplyDelete
  6. tetiba pulak throwback cerita Jangan Benci Cintaku kan..hahahah..kalau pergi perth tak datang tempat-tempat cantik ni sangat merugikan ,betul tak.Nak datang ke sini bukan selalu.Bila dah datang,wajib singgah tempat² kat atas tu..cantiknya pemandangan kat sana kan..

    ReplyDelete
  7. Blue boat house tu cliche sangat hahaha. Batul la kalau tak ambik gambar dekat situ, tak sah perth kan. tapi yang Rainbow Container cool gila. Nampak cantik sangat

    ReplyDelete
  8. Belum pernah sampai sini lagi. Nice trip you have there. Boleh la refer attraction list kat sini for my next trip.

    ReplyDelete
  9. I love aussie. Pernah pergi Gc tapi tak pernah sampai perth. Teringin la nak pergi. Kena gegeh menabung ni hehe

    ReplyDelete
  10. Kangarooo... Bestnyer dapat pergi aussie. How i wish i dapat and kalau dapat pergi will use ur attraction list. Sure best

    ReplyDelete
  11. Zaman instagram ni semua orang nak dapat spot/location terbaik untuk hasilkan gambar cantik2.

    ReplyDelete
  12. berangan nak pergi sini, tapi memang letak dalam list jugalah nak kesini 1 day nanti... nampak seronok sekali!

    ReplyDelete
  13. ya ampun.cantiknya tempat dia..biru tenang je..wah, ada tempat dalam jangan benci cintaku..hehee..cantik yang dekat container tu

    ReplyDelete
  14. ok..nak gi Aussie memang aku refer balik blog Alia ni..kena sediakan memory card besar sikit, beribu gambar nak kena snap kat sana kan

    ReplyDelete
  15. Bestnya Alia dapat pergi aussie. Boleh jumpa kangaroo.teringat pula drama jangan benci cintaku.best kan pergi tempat orang

    ReplyDelete
  16. Pergi jalan jalan mesti nak tangkap gambar tempat lawa lawa kan. Bagus ada list macam sis alia buat ni kan.

    ReplyDelete
  17. Mengerikan pulak tengok gambar kontainer tu kan. Rainbow container pun nampak menarik, terer engineering macam macam bangunan boleh buat.

    ReplyDelete
  18. Pergi melancong tak bwa kamera untuk tangkap gambar memang tak sah. Sebab tu bateri handphone wajib tahan. Nanti nak tangkap gambar habis bateri kan kempunan

    ReplyDelete
  19. perth ni banyak tempat yg lawa lawa dan berbaloi utk kita ambik gambar. sebab tu wajib ada monopod dan power bank. hehe

    ReplyDelete
  20. Foto fotonya kece banget ya mba. Foto itu penting bangat untuk dokumen traveling sebab gambar itu bisa bercerita.

    ReplyDelete
  21. Port bergambar paling bestkan...
    Mmg byk la gambar di lokasi2 ni

    ReplyDelete
  22. satu tempat ke satu tempat tu jauh jugak ye.. blh share x nk stay kt mn klu pegi sana? maksudnya tempat center

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS