Hai hampa. Bertemu kembali untuk sambungan Travelog Phuket ni. Untuk Day 3 kami mengambil keputusan untuk ambil tour guide. Sebenarnya kami malas nak drive nak-nak pulak ada certain place susah nak dapat parking kan.

Untuk tour guide ni, kami amik 2 bijik van yang selesa nak mampus. Yalah kami kan ada 4 family semuanya so kena la ambil 2 biji kan. Untuk 2 biji van ni charge untuk 8hrs tour dalam 3000B macam tu.


Selesa gila kot dalam ni.


Adriana n d bon2


Antara tempat yang kami lawati adalah Phuket Shooting Range (ala tempat menembak-menembak tu ) , kilang / kedai jual cashew , ladang lebah& madu , Phuket Germs , makan di restoran Muslim yang sedap gilos , tempat beli tshirt dan sourvenir dan tempat naik gajah.

Untuk yang tembak menembak ni only the boys and old boys (pak2 budak yang kertu) ja yang excited. Kami mak2 ni duk lepak2 minum-minum ja sambil bergossip. Tambah pulak dengan hujan2 time tu,aku rasa tarik selimut dekat hotel lagi bagus. Tak larat menguap tunggu bapak-bapak budak duk menembak.

Pengerusi bapak-bapak budak score.



Haaa tempat kedua yang dekat tempat cashew ni best. Best sebab ada tester boleh rasa-rasa. Tapi bein Malaysian kan..alang-alang da rasa...wajib kena rasa semua kan. Dah la macam-macam flavor duk ada. Tau-tau kenyang ja lepas rasa semua sample tu. Sedap wei. Rasa kalau da sedap harus lah membeli kan. Ntah kena rasuk apa ntah membeli tak ingat dunia. Dekat rm120+ jugak kot. Aku syiak masa duk rasa sample tu dah kena jampi and pukau supaya beli kot. Kahkah. Mahal ke murah? Bagi aku mahal. Ntah kenapa aku yang selalu berfikiran rasional ni boleh kena sampuk beli byk dah la mahal. Memang di luar kotak pemikiran aku kot.


Siap tunjuk macam mana asingkan lagi biji tu dari buah gajus.



Kan aku dah cakap mahal.



Macam-macam jenis ada.


Kenyang duk wat food sensory saja.



Beli beli nak beli apa....habis fulusss


Then yang ketiga dalam pakej ni depa bawak la ke tempat yang famous dengan madu organik depa tu. Ok la siap ada kelas lagi terangkan bla bla bla. Dah macam masuk lecture class. Tapi layan ja lah. Sedap jugak air madu yang depa bancuhkan. Sedap lain macam sebab bunga yang lebah2 tu hisap tu memang bunga tu macam special skit. Sory la aku dah lupa part yang bunga-bunga ni. Dan lagi sekali kena pukau, last-last beli jugak satu balang honey tu bawak balik dengan azam nak minum honey tiap2 hari as awet muda. Sudahnya...haremmmm ja duk jadi pameran dekat kitchen tu ha. Ok takpa azam tahun baru ni aku nak minum air madu2 tiap2 hari supaya aku garang macam lebah gitewww.


Slurp slurp sedapnyaaa.


Honey bee honey bee oh honey bee


kat tempat jualan.


Kena masuk class pakcik ni


Macam-macam uncle ni cerita. Nasib dia boleh cakap melayu..he's actually chinese man from Kulim..tapi dah lama duduk kat Phuket. Tapi setahun sekali mesti balik Kulim katanya.

Lepas ke tempat yang madu tu kami terus ke Phuket Germs. Kat sini la ada bilik jualan germs  yang famous dekat Phuket tu. Seronok jugakla dalam ni macam ada tram naik masuk ke dalam gua and diorang wat macam storyline macam mana germs terbentuk.


Haaaa ada cerita-cerita u olls


Sepanjang dalam tram ni duk dengaq la cerita pasal germs dari zaman mesopotamia lagi. Bagaimana germs terbentuk dari haba pendam pelakuran...ehhhh apa kau merepek ni aliaaaaa oiii


Yang betul-betul galleri jualan tu tak dibenarkan amik gambar ya. Aku lalu pun tengok ja lah. Harga pun bukan la harga mampu milik ya. Semua harga mampu Kak Mah je.



Lepas ja keluar dari Phuket Germs  Gallery tu kami terus ke kedai makan. Time tu memang dah lapaq gila wei. Memang makanan-makanan kat situ terbaikk sangat wei. And guess what makanan kami hari tu ditaja oleh VVIP Malaysia yang kami jumpa kebetulan bercuti kat Phuket jugak. Rezeki wei.


Muka kelaparan dua2 beranak ni


The foods are finally here!


Here we go! Ya Allah..lapaq la pulak oiii tengok time2 hujan ni.


Kenal tak sapa kat belakang tu? Thanks Dato belanja kami makan hari tu. 



After lunch tu tour guide kami tu terus bawak kami ke tempat jual tshirt and sourvenir. Selalu aku duk beli kat Patong ja. Tak pernah pun beli kat tempat lain. Ok la harga not bad. Beli untuk pakai sendiri and untuk anak-anak aku and and anak-anak menakan ja. Nak beli apa pun tak tau dah..maklumlah Phuket dah banyak kali pi wei😅. Kat sini aku da malas nak amik gambar. Lagipun macam kedai-kedai baju lain jugak la.

Tempat last yang kami pi adalah tempat yang naik gajah-gajah tu. Bagi aku tempat ni macam kesian ja mat gajah-gajah tu. Lagi-lagi bila tengok dia ketuk kepala gajah-gajah tu wei. Mak nak nangis. And tempat tu busuk. Wekkk. First and the last la nak ke tempat-tempat gajah ni. Bukan sebab busuk ya. Sebab kesian dekat gajah tu.



Yes...aku tak naik pun sebab Aishah tengah tidur time tu. Lagipun kesian kat gajah tu. Dah ka mahal wei satu kepala tak silap aku 800baht. 



Yang anak gajah ni la paling aku kesian sekali sebab dia kena ikat. Nampak dia nak jalan-jalan tapi tak boleh nak pi jauh-jauh kan. I kenot wei tengok binatang-binatang kena macam ni.
😓😓😓

Dah habis yang gajah tu memang terus balik ke hotel. Fuhhh gila penat wei. Tu kalau snokerling and island hoping silap2 balik-balik terkangkang terus kat hotel.

Malam tu macam biasa la dinner pun dekat area kawasan hotel ja. And lepas tu aku pi massage and relax lan diri. Anak-anak suami aku jaga. Bagi chance la bini dia me time kan. Lagipun spa tu walking distance ja dengan hotel. Semuanya tak jauh. Dapatla bini releks kena urut badan kan.

Hee dah-dah sambung len kali pulak ye sambungan next day tu ya. Sebab yang tu nam cerita kat Hatyai pulak.


Untuk entry sebelum ni boleh klik SINI ya 
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Wahh huntung dpt tajaan makan vvip...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..rezeki betul ada VVIP belanja makan...kami punya makan dekat2 11000Baht tau..double dia punya makan..siap bagi lagi makanan depa yang tak tersentuh...sembang2 macam da kenai lama

      Delete
  2. I rasa nak pergi phuket sekarang juga, selepas baca travelog u... bestnya!

    ReplyDelete
  3. Uish bestnya.. Suka zaza baca story2 pergi bercuti2 luar negara ni.. Kalau tgk mknn tu rasa nk beli je byk2.. Hehe 😍

    ReplyDelete
  4. Banyak juga tempat untuk diterjah di Phuket ye. Haha bab kena jampi tu kelakar. Mahal2 pun beli juga ye sampai beratus pula tu.

    Thailand memang terkenal dgn aktiviti tunggang gajah kan. Tp tu lah mcm xsampai hati nk naik. Mcm mendera gajah tu pula. Lagi2 bila tgk gajah tu kena pukul. Aishh..

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2 kat thailand.. hemm tb pun kesian tengok anak gajah tu terikat.. tak bebas.. mesti dia rasa stress

    ReplyDelete
  6. Aaaaa nak pergi phuket jugak. Dah lama teringin tapi belum rezeki. Rasanya this year pun tak sempat ke sana sbb dah ada destinasi lain utk tahun ni. InshaAllah next year kot

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya!! Ciktie beringin nak pergi tambah-tambah lagi bila baca travelog ni

    ReplyDelete
  8. ingat phuket ada pantai jer. rupanya mcm2 ada

    ReplyDelete
  9. banyak juga yer aktiviti menarik di Phuket ni. baru tahu

    ReplyDelete
  10. Saya suka tengok blog travel akak. Sebab akak pi trip mesti cuba aktiviti, masuk muzium, kilang la dan tempat makan ikot selera sama macam saya. Bleh jd guidelines untuk saya nanti. TQ kak

    ReplyDelete
  11. Banyak jugak tempat yang boleh lawat dekat phuket ni, boleh letak dalam list bercuti tu.

    ReplyDelete
  12. Nice info dear. Van tu memang serius selesa. Paling penting selesa. Phuket mmg tempat yg menarik. Bila anak2 dah besar skit bolehla jalan ni

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak ke Phuket, last trip akhir tahun lps ke Hatyai je. Terasa nak kesana semula..tapi planning tak nak ke tempat yg sama..nak ke tempat yg belum pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  14. Best itinerary begini. Rawlin aritu pun depa bawa pergi kedai madu dan kedai batu-batuan. Tapi nan hado Rawlins nak membeli. Hehe. And Rawlins pun tak sanggup tengok binatang-binatang jadi tunggangan, sedih wey.

    ReplyDelete
  15. Macam best je main tembak-tembak tue... Eh, dah lama rupanya tak menjejak kaki ke Phuket... Patut la puan isteri pelik je kita dah lama tak ke Thailand hahaha

    ReplyDelete
  16. Sehari ambil tour guide pun ok jugak dengan harga macma tu. Kadang-kadang deorang tahu port mana yg kita tak tau.

    ReplyDelete
  17. Bestnya jalan-jalan.. ok tak tour guide dia secara overall?

    ReplyDelete
  18. nice vacation there. I wish to have a holiday soon

    ReplyDelete
  19. I dah more than 10 years havent been to Phuket...rindu juga..Last time i rent car ronda2 ...haha best juga

    ReplyDelete
  20. bestnya... nak pergi lagi bila ntah.. huhuhu nama dah blacklist ni.. kekekek

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS